Berita SemasA

 

Pemberitahuan

Pembayaran akhir cukai Tanah hendaklah dijelaskan sebelum 01 Jun pada setiap tahun.

 

"Garis Panduan Permohonan Kebenaran Memindahmilik Tanah Antara Orang Perseorangan Borang PM.1"

Download Borang

 

 

 

Pautan

 

 

 

 

 

Info web

Makluman

Pejabat Tanah Batu Pahat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

+ A | - A

Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Batu Pahat

Piagam Pelanggan

Monday, 11 August 2011 03:11 administrator
E-mailPrintPDF

BAHAGIAN HASIL

  • Sentiasa memberikan layanan yang saksama dan mesra dalam menguruskan perkhidmatan kepada semua pelanggan di Bahagian Hasil.
  • Menyelesaikan pembayaran bil-bil cukai di kaunter dalam tempoh 5 minit bagi setiap bil.
  • Menyelesaikan pembayaran bil-bil urusniaga di kaunter dalam tempoh 5 minit bagi setiap bil.
  • Menyelesaikan pengeluaran Permit Bahan Batuan dalam tempoh 10 minit.

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Setiap masa menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang membanggakan organisasi.
  • Setiap masa menekankan produktiviti dan kualiti yang berterusan.
  • Setiap masa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja ke arah penetapan budaya kerja cemerlang.
  • Komited sepenuhnya terhadap perancangan strategik bagi memenuhi matlamat akhir organisasi iaitu memberi kepuasan kepada pelanggan.

BAHAGIAN PETEMPATAN

  • Menyediakan Laporan Pencerobohan Tanah Kerajaan.
  • Menyediakan laporan Permohonan Hak Lalulalang.
  • Menyediakan laporan Pembangunan(Perizaban).
  • Menyediakan laporan dan ulasan Permohonan Pelan Bangunan, Lesen Barang Lusuh, Permohonan Paip Air dan lain-lain.
  • Menyediakan dan menguruskan Penjualan Pelan.

BAHAGIAN PENDAFTARAN

  • Menyempurnakan Pendaftaran Suratcara Urusniaga/Bukan Urusniaga seperti pindahmilik, gadaian, melepaskan gadaian, pajakan, esmen, perintah jualan, kaveat, perintah mahkamah, pembetulan nama, suratkuasa wakil dan sewaan dalam tempoh satu minggu daripada tarikh penerimaan permohonan.
  • Menyempurnakan Pendaftaran Perintah Pembahagian Pesaka setelah diterima daripada Pejabat Pembahagian Pesaka dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan
  • Memenuhi permintaan Carian Am dan Carian Persendirian oleh orang awam dengan serta-merta.
  • Menyiapkan permintaan Carian Rasmi dan Salinan Sah Dokumen oleh orang awam dalam tempoh satu hari.
  • Memberi keputusan Permohonan Perintah Jualan atas permohonan pemegang gadaian dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan permohonan.
  • Memberi keputusan Permohonan Kebenaran Memindahmilik Tanah kepada bukan waris terdekat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan permohonan.
  • Mendaftar Hakmilik Gantian/Sambungan Hakmilik Kekal Pejabat Tanah dalam tempoh 2 minggu selepas hakmilik diterima dari Jabatan Ukur.

BAHAGIAN KURNIAAN

  • Memberikan kepuasan awal permohonan tanah untuk diproses selanjutnya atau ditolak dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Memproses perakuan permohonan tanah dan sambung pajakan kepada kerajaan dalam tempoh 6 bulan bekerja.
  • Memaklumkan keputusan kerajaan yang diterima dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Memberi keputusan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dalam tempoh 3 bulan bekerja bagi kuasa Pentadbir Tanah dan mengemukakan perakuan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 6 bulan.

BAHAGIAN KUAKUASA

  • Permohonan 'Assignment of Right' dan 'Transmission of Death' diluluskan dalam masa 1 bulan.
  • Aduan mengenai tanah kerajaan akan disiasat dalam tempoh 1 minggu.
  • Aduan mengenai pengalihan bahan batuan secara haram akan disiasat dalam tempoh 24 jam daripada masa aduan.
  • Aduan mengenai kilang-kilang haram akan disiasat dalam tempoh 1 minggu dari tarikh aduan.

Last Updated on 11-10-2011

Pengumuman

Monday, 11 August 2011 03:11 administrator
E-mailPrintPDF

.


 

 

 

YYY