Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Batu Pahat

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Batu Pahat

Piagam Pelanggan

E-mail Print PDF

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN TANAH DAN PELUPUSAN

  1. Bahagian Pelupusan

    Dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan Bahagian Pelupusan mempunyai piagam untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sebagaimana :-

    Setiap pelanggan akan diberikan maklumat yang tepat dan sempurna.

    1. Memproses perakuan permohonan tanah dan menyambung pajakan setelah ulasan dari jabatan yang terlibat diperolehi dalam tempoh 2 bulan bekerja.
    2. Memaklumkan keputusan kerajaan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja.
    3. Memberikan keputusan permohonan Lesen Pendudukan Sementara dalam tempoh 3 bulan bekerja bagi kuasa Pentadbir Tanah dan mengemukakan perakuan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 6 bulan.
 2.    Bahagian Pembangunan Tanah

Bahagian Petempatan boleh melaksanakan tugas bagi mengukur, menyediakan dan laporan setiap lot untuk kerja :-
  1. Permohonan Pembangunan Tanah / Permohonan Tanah / Permohonan Lesen Pendudukan Sementara / Permohonan Hak Lalu Lalang / Permohonan Pengambilan Balik Tanah dalam tempoh 7 hari.
  2. Permohonan Membaharui Tempoh Pajakan / Permohonan Permit Bahan Batuan / Menyediakan Permohonan Ukur dalam tempoh 7 hari.
  3. Penyelesaian Tanah / Permohonan Ubahsyarat Tanah / Tindakan Langgar Syarat Tanah / Laporan Serah Balik Kurnia Semula / Laporan Kebenaran Merancang / Laporan Pecah Bahagian / Laporan Pecah Sempadan / Laporan Cantuman Tanah dalam tempoh 3 hari.
  4. Laporan Pelan Bangunan / Laporan Lesen dalam tempoh 1 hari.
  5. Pembelian dan Penyediaan Pelan dalam 3 jam.
  6. Menyediakan Pelan Hakmilik dalam 2 minit.
  7. Menyediakan Laporan Awal Tanah dalam 1 jam.
  8. Mendaftar Permohonan Ukur / Kemaskini Rekod dalam tempoh 1 jam.

 

BAHAGIAN PENDAFTARAN

  1. Menyempurnakan pendaftaran Suratcara Urusniaga dan Bukan Urusniaga dalam tempoh satu bulan daripada tarikh penerimaan permohonan.
  2. Menyempurnakan pendaftaran perintah pembahagian pusaka setelah diterima daripada Pejabat Pembahagian Harta Pusaka Kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan.
  3. Mematuhi permintaan carian am dan persendirian oleh orang awam dengan serta merta.
  4. Menyiapkan permintaan carian rasmi dan salinan sah dokumen oleh orang awam dalam tempoh satu hari.
  5. Memberi keputusan Permohonan Perintah Jualan atas permohonan pemegang gadaian dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan permohonan.
  6. Memberi keputusan Permohonan Kebenaran Memindahmilik Tanah kepada bukan waris terdekat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan.
  7. Mendaftar hakmilik sambungan / gantian dan hakmilik kekal Pejabat Tanah dalam tempoh 2 minggu selepas hakmilik diterima dari Jabatan Ukur.
  8. Menyediakan dan mendaftar hakmilik sementara / kekal untuk pecah sempadan / pecah bahagian / penyatuan tanah / serahbalik dan kurniasemula dalam tempoh sebagaimana berikut :-
    1. 14 hari bekerja dari tarikh terimaan bagi 50 hakmilik.
    2. 30 hari bekerja dari tarikh terimaan bagi 200 hakmilik dan kurang.
    3. 44 hari bekerja dari tarikh terimaan bagi 1000 hakmilik dan kurang.
    4. 60 hari bekerja dari terikh terimaan bagi 2000 hakmilik dan kurang.
 

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

  1. Setiap masa menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang membanggakan organisasi.
  2. Setiap masa menekankan produktiviti dan kualiti yang berterusan.
  3. Setiap masa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja ke arah penetapan budaya kerja cemerlang.
  4. Komited sepenuhnya terhadap perancangan strategik bagi memenuhi matlamat akhir organisasi iaitu memberi kepuasan kepada pelanggan.

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

  1. Setiap masa menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang membanggakan organisasi.
  2. Setiap masa menekankan produktiviti dan kualiti yang berterusan.
  3. Setiap masa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja ke arah penetapan budaya kerja cemerlang.
  4. Komited sepenuhnya terhadap perancangan strategik bagi memenuhi matlamat akhir organisasi iaitu memberi kepuasan kepada pelanggan.

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

  1. Permohonan ( Assignment of Right dan Transmission of eath )diluluskan dalam masa 1 bulan
  2. Aduan mengenai ceroboh tanah kerajaan akan disiasat dalam tempoh 1 minggu.
  3. Aduan mengenai pengalihan bahan batuan secara haram akan disiasat dalam tempoh
  4. 24 jam daripada masa aduan.
  5. Aduan mengenai kilang-kilang haram akan disiasat dalam tempoh 1 minggu dari tarikh aduan.
  6. Permohonan Rizab Melyu akan diselesaikan dan didaftarkan dalam tempoh 6 bulan.
  7. Permohonan menyerahkan rizab atau wakaf akan diselesaikan dalam tempoh 1 tahun.

BAHAGIAN HASIL

  1. Menyelesaikan pembayaran bil-bil cukai di kaunter dalam tempoh 3 minit bagi satu bil.
  2. Menyelesaikan pembayaran bil-bil urusniaga di kaunter dalam tempoh 3 minit bagi setiap satu bil.
  3. Bayaran Cukai Pos diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 2 hari surat diterima (mengepos resit bayaran)
  4. Menyelesaikan permohonan pengesahan bayaran cukai tanah dalam tempoh 4 minit.
  5. Menyelesaikan pengeluaran Permit Bahan Batuan dalam tempoh 10 minit bagi setiap permohonan yang lengkap.
  6. Permohonan pengeluaran wang amanah dalam tempoh 2 bulan
  7. Mengemaskini maklumat dalam SHTJ di kaunter pertanyaan dalam tempoh 3 minit.
Last Updated on Thursday, 23 April 2009 17:18
 
 

Saham Wakaf Johor

E-mail Print PDF
Saham Wakaf Johor

Orang ramai dipelawa untuk menyertai Saham Wakaf Johor bagi 

mewakafkan sebuah bangunan asrama enam tingkat di Kaherah

khas untuk pelajar yang menuntut di Universiti AlAzhar Mesir.

Penyertaan dan bayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter Pejabat

Agama Daerah atau poskan borang penyertaan serta bayaran ke alamat berikut: 

Majlis Agama Islam Negeri Johor
(Saham Wakaf Johor)
Aras 5, Pusat Islam iskandar Johor, Blok B
Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725
80990 Johor Bahru, Johor

Borang penyertaan bolehlah di muat turun di:
http://www.johordt.gov.my/johordt/borangsahamwakaf.pdf

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut:
http://www.maij.gov.my/wakaf/risalah_swj.pdf

Last Updated on Thursday, 30 April 2009 09:16
 

Kembara Mahkota Johor 2009

E-mail Print PDF

Last Updated on Wednesday, 01 July 2009 11:44
 

Semasa

E-mail Print PDF

                   Tarikh    : 18 Jun 2009 (Khamis)

                   Masa     : 7.45 malam

                   Tempat : Stadium Batu Pahat, Jalan Ampuan,

                                    Batu Pahat.

  • Majlis Kurniaan Bungkusan Oleh D.Y.M.M Baginda Sultanah Johor Di Batu Pahat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan D.Y.M.M Baginda Sultan Johor Tahun 2009 Pada Sabtu 13 Jun 2009

 

 

Last Updated on Wednesday, 10 June 2009 08:42
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 2

Undian

Bagaimana Perkhidmatan Kami?
 

Who's Online

We have 1 guest online

Newsflash

The one thing about a Web site, it always changes! Joomla! makes it easy to add Articles, content, images, videos, and more. Site administrators can edit and manage content 'in-context' by clicking the 'Edit' link. Webmasters can also edit content through a graphical Control Panel that gives you complete control over your site.