TERKINI

PENDAFTARAN PTK KURSUS KUMPULAN SOKONGAN GRED 26 KE ATAS DAN GURU GRED DGA34, DGA38, DG48, DG52 DAN DG54 SESI 2009
BAGI SEMUA GURU YANG AKAN MENGAMBIL PTK KURSUS gred seperti di atas, sila muat turun aplikasi dan panduan dari pautan berikut. Tarikh tutup penghantaran cetakan dan disket ke PPD Pontian Sebelum 15 Januari 2009. U/P En. Mohd Rasid (Unit Penilaian Dan Peperiksaan)
Download bahan

Bola Sepak Vetren Johan MSKPP Johor 2008
Tarikh : 1 dan 2 November 2008 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Padang, SMK Kota Puteri, Kulai.

Setelah bergelar Naib Johan dalam 3 siri kejohanan yang lepas, akhirnya pasukan bolasepak Vetren Pontian berjaya juga menjadi Johan menumpaskan pasukan musuh tradisi dari Daerah Muar. Kemenangan diraih dengan tendangan penalti 5 - 4 apabila kedua-dua pasukan terikat dalam kedudukan 1 - 1 sehingga tamat masa tambahan. Dalam perlawanan sebelum pasukan Pontian telah menewaskan pasukan Daerah Kota Tinggi dalam separuh akhir dengan jaringan 7 - 6 juga melalui tendangan penalti. Menurut penhurus pasukan En. Ismail Bin gadel, pasukannya berada dalam keadaan prestasi tinggi tahun ini kerana telah menjalani banyak sesi latihan dan perlawanan persahabatan di peringkat daerah sebelum ini. Tahniah atas kejayaan.

Majlis Perpisahan dan Jamuan Hari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian
Tarikh : 24 Oktober 2008 (Jumaat)
Tempat : Pekarangan PPD Pontian.

lagi gambar

Majlis perpisahan kakitangan yang berpindah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Siantan PPD Pontian iaitu bagi meraikan Tn. Hj. Md Amin Bin Anis yang dinaikan pangkat sebagai Ketua Sektor di JPNJ. Tn. Hj. Ismail Bin Rosdi dinaikan pangkat ke SMK Desa Cemerlang dan Pn. Noor Hapipah Mohd Dahlan dinaikkan pangkat ke W32 di Bahagian Audit Kewangan Cawangan Johor serta Cik Nordiana menamatkan praktikal UITM di PPD Pontian.majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Sobri dan diikuti dengan ucapan wakil dari PPD Pontian iaitu En. Ab Rahim Bin Lamin; Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Kemudian pegawai yang diraikan menyampaikan ucapan masing-masing. Tetamu yang diriaikan dihadiahkan cenderamata dari warga PPD Pontian JAMUAN HARI RAYA PPD PONTIAN telah diadakan mulai jam 10.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Majlis tersebut disambut dengan serdahana tetapi meriah. Tetamu jemputan merupakan dari kalangan pentadbir dan guru kanan sekolah-sekolah daerah Pontian, guru-guru sekolah sekitar PPD. Antara yang hadir sama adalah Tuan Pegawai Daerah Pontian; En. Ramlan Bin Karmani dan juga bekas kakitangan PPD serta ramai lagi.

Program Marhaban Pelajar Tadika Bijak Fikir
Tarikh : 7,8 dan 9 Oktober 2008 (Isnin)
Tempat : Rumah Ibubapa Penjaga Pelajar.

lagi gambar

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2008, TBF telah berjaya mengadakan satu lagi aktiviti untuk murid-murid tadika iaitu Aktiviti Marhaban.  Aktiviti ini telah diadakan pada 7, 8 & 9 Oktober 2008 bersamaan hari Selasa, Rabu dan Khamis. 
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan Aktiviti Marhaban kepada generasi muda selain memupuk nilai murni di kalangan anak-anak dan menanam rasa cinta terhadap Rasullullah S.A.W.
Seramai 57 orang murid berserta 5 orang guru menyertai program ini. Bacaan doa pula diketuai oleh Muhammad Izzuddin Bin Isamudin.

PENGUMUMAN PETUKARAN KAKITANGAN DI PPD PONTIAN BAGI BULAN OKTOBER 2008

Bil
Gambar
Jawatan & Nama
Tarikh Tukar
1

PENOLONG PPD MENENGAH

TN. HJ ISMAIL BIN ROSDI

Bertukar Ke SMK Desa Cemerlang, Pasir Gudang sebagai Pengetua.

01/10/2008

MUAT TURUN DATA SMPP/EMIS BERAKHIR 31 OGOS 2008
13 Okt 2008 - Isnin

Diminta SEMUA GURU DATA SMPP/EMIS muatturun data yang telah di Verifikasi Pada Peringkat Negeri untuk digunapakai bagi tujuan pengemaskinian data untuk penghantaran data berakhir 31 Oktober yang akan datang.Jika terdapat pembetulan atau pengemaskinian yang telah dilakukan pada data yang lepas, mesti gunakan data yang dimuatturun dan buat pengemaskinian semula untuk mengelakkan ralat yang sama berulang setelah diperbetulkan diperingkat negeri.
Sebarang permasalahan sila rujuk Pegawai Khas Maklumat, Unit ICT PPD Pontian.

Klik untuk ke menu SMPP/EMIS

Kalendar Persekolahan Tahun 2009

Pemantauan Program Rintis Bahasa Cina Di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian
Tarikh : 6 Oktober 2008 (Isnin)
Tempat : SK Bandar Pontian.

Program Rintis Bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan telah mula dijalankan di SK Bandar Pontian sejak Januari 2008. Penempatan pertama guru siswazah bahasa Cina iaitu En. Low Kheng Twan telah membuka satu kelas seramai 31 Orang pelajar tahun 1. Dengan sesi pengajaran selama 30 minit para pelajar menunjukkan minat yang mendalam selama 5 waktu seminggu. Dalam sesi pemantauan yang dibuat oleh Penyelia Cina PPD Pontian; Pn Lau Siew Mei beliau mendapati sesuatu yang begitu positif dan menarik dalam pengajaran dan pembelajaran yang berjalan pada hari tersebut. Pelajar memberikan interaksi yang baik terhadap pengajaran guru dengan menggunakan bahasa Mandrin yang mudah pada hari tersebut.

APLIKASI BARU DBLAT 2008
Download bahan .

PENGUMUMAN PETUKARAN KAKITANGAN DI PPD PONTIAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2008

Bil
Gambar
Jawatan & Nama
Tarikh Tukar
1

PENYELIA KANAN HEM

EN. AB RAHMAN BIN MURAD

Bertukar dari Jawatan Penyelia Kanan Sukan PPD Pontian.

01/09/2008
2

PENYELIA KANAN SUKAN

EN. OTHMAN BIN ITHNIN

Bertukar dari Jawatan Penyelia Penilaian Dan Peperiksaan.

01/09/2008
3

PENYELIA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

EN. KAMARUDIN BIN BUNTAT

Bertukar dari PK3 SK. Serkat.

01/09/2008
4

PENOLONG AKAUNTAN 22

PN. NOOR HAFIFAH BTE MOHD DAHLAN

Dinaikkan Pangkat ke W32 di Jabatan Akaunten Negara Cawangan Johor.

01/09/2008
5

PEMBANTU KHAS UNIT PENDIDIKAN ISLAM

USTAZ ZAKARIA BIN SALLEH

Dari SK. Tengku Mahmood Iskandar 1

01/09/2008

MAKLUMAN UNIT ICT
Tarikh : 11 September 2008 (Khamis)

KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PERALATAN ATAU PREVENTIVE MAINTENANCE (PM) PPSMI FASA IV DAN V 2008. Di maklunkan Syarikat Time System Integrator Sdn. Bhd (TIME) akan melaksanakan kerja-kerja tersebut bagi peralatan yang di bawah projek PPSMI Fasa IV dan V. Pihak sekolah perlu bersedia dan menentukan masa dan tarikh yang sesuai jika dihubungi oleh pihak TIME.

PERMOHONAN ONLINE KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Klik Di Sinik Untuk Memohon

MAKLUMAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN

Klik di sini untuk PROSEDUR KHIDMAT Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Yang Telah Dilantik Sebagai PPPS Gred DG41

Program Pemuafakatan PIBG bersama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian
Tarikh : 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seri Gemilang, SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian.

lagi gambar

Program Pemuafakatan PIBG bersama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dan PEMADAM Negeri Johor telah diadakan pada 30 Ogos 2008 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Seri Gemilang SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian. Kira-kira 200 orang peserta terdiri daripada jawatankuasa PIBG sekolah-sekolah daerah Pontian  turut hadir. Program yang julung kali diadakan telah disempurnakan penutupan rasmi oleh Tuan Hj. Mislan bin Karmani, Pegawai Daerah Pontian.

Program tersebut telah diisi dengan dua slot ceramah yang berkaitan dengan peranan PIBG dalam menangani salahlaku  murid dan penyalahgunaan dadah.  “Ibu Bapa Prihatin Anak Berdisiplin” dan “Murid Murni Masyarakat Madani ” menjadi tema program kali ini.

Diharapkan program pemuafakatan ini menjadi satu jaringan interaksi sosial dan perkongsian pintar Pejabat Pelajaran Darah Pontian, Ibu Bapa, Penjaga dan Masyarakat dalam usaha menangani masalah disiplin murid secara kolaboratif dan efektif.

Dalam ucapannya, Tuan Pegawai Daerah Pontian berjanji akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada segala usaha pemuafakatan ini agar hasrat menjadikan salahlaku sifar di sekolah khasnya tercapai dan masyarakat Pontian amnya.

Sementar itu, dalam ucapan aluannya, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, En. Ab. Rahim bin Lamin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan PIBG dalam semua usaha yang dilaksanakan di sekolah. Tidak ketinggalan kepada PEMADAM negeri Johor yang bekerjasama melaksanakan program pemuafakatan ini.

PELNCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN MENCIPTA JALUR GEMILANG GERGASI
Tarikh : 14 Ogos 2008 (Khamis)
Tempat : Dwean Terbuka SJK(C) Chung Hwa, Kayu Ara Pasong.

SJK(C) Chung Hwa, Kayu Ara Pasung salah sebuah sekolah kurang murid di daerah Pontian telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila semua warga sekolah berkerjasama mencipta Jalur Gemilang Gergasi dengan menggunakan bahan terbuang. Bahan yang digunakan adalah alas kotak minuman dan selinder kertas yang diwarnakan dan disusun membentuk Jalur Gemilang. Sebanyak 564 kuah kotak alas minuman dan 3480 silinder kertas dan membentuk Jalur Gemilang seberat 420 Kilogram. Pada hari pelancarannya sempena kulan kemerdekaan YB Adun Pulai Sebatang; Dato' Tee Siew Kiong telah bersama merasmikan majlis sambutan. Turut diadakan juga adalah pertandingan mewarna pelajar sekolah rendah yang disertai oleh 25 buah SJK(C), 2 buah sekolah SK dan sebuah sekolah SJK(T). Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pn. Lau Siew May selaku wakil PPD Ponian, tahniah diucaokan kepada warga SJK(C) Chung Hwa.

KEMASUKAN PELAJAR KE TINGKATAN 1 DAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH
- Tingkatan 1 - Pencalonan oleh sekolah Rendah
- Tingkatan 4 - Permohonan online terbuka kepada calon PMR 2008 yang cukup syarat.
Klik untuk maklumat lanjut

BAHAN-BAHAN FORMAT KONTRAK BEKALAN PAKAIAN SERAGAM
Download bahan .

Kutipan Data SMPP/EMIS Berakhir 31 Ogos 2008
BMakluman kepada semua pengurus data SMPP/EMIS sekolah sila kemaskini data sekolah masing-masing bagi kutipan 31 Ogos 2008. Tarikh dan cara kutipan akan dimaklumkan melalui surat edaran dalam masa terdekat. Data 30 Jun 2008 boleh dimuat turun dari laman web ppd.
sila klik

- Data SMPP/EMIS 30 Jun 2008

Perutusan Sempena Hari Kemerdekaan Tahun 2008
Berikut dilampirkan perutusan sempena Hari Kemerdekaan 2008 untuk makluman semua.
Sila muat-turun surat siaran seperti yang dilampirkan di bawah (format .PDF)

- Perutusan Dari Menteri Pelajaran Malaysia
- Perutusan Dari KPPM

MAKLUMAN UNIT KEWANGAN
Tarikh : 11 Ogos 2008 (Isnin)

Semua Pesanan Tempatan bagi tujuan kursus (LDP) selama 3 hari di sekolah hendaklah dikembalikan ke Unit Kewangan, PPD Pontian bersama-sama dokumen berikut:-
1. Invoice Pembekal
2. Senarai Tanda Tangan Kedatangan (tanda tangan hidup).
Kegagalan memulangkan dokumen yang lengkap akan menyebabkan bayaran lewat diproses.

TAKLIMAT PENGURUSAN UPSR BERSAMA TUAN TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN JOHOR
Tarikh : 7 Ogos 2008 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tengku Mahmood Iskandar 1.

Satu Taklimat Pengurusan UPSR bersana Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor; Tn. Hj. Markom Bin Giran telah disampaikan oleh sekolah-sekolah yang terpilih bagi menunjukkan usha yang sedang dilakukan untuk mencapai target pencapaian terbaik UPSR. Sesi taklimat tersebut perjalan pada petang 7 Ogos di STMI 1. Sekolah-sekolah tersebut menunjukkan usaha uang mereka sedang lakukan bagi membantu pelajar yang akan menghadapi peperikasaan UPSR dalam masa terdekat ini. hadir sama dalam taklimat tersebut ialah PPDR daerah Pontian; Tn. Hj. Mohd. Kamran Bin Kasiran dan para pegawai dari unit akademik.

SAMBUTAN SUKANIKA TADIKA BIJAK FIKIR KALI KE-8.
Tarikh : 2 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat : Padang SK Bandar Pontian.

lagi gambar

PELAJAR menyertai Sukanika Tadika Bijak Fikir Kali ke 8 di padang SK. Bandar Pontianpada jam 8.30 pagi Sabtu yang lalu. . Antara acara yang dipertandingkan adalah bowlling badang, senamrobik, jalan atas batu, membawa huruf dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga acara untuk ibu bapa dan anak-anak. Acara-acara dijalankan dengan begitu meriah dimana ibu-bapa memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka. Upacara penyampaian hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat pada hari tersebut kepada semua pelajar dan ibu bapa yang mengambil bahagian.

MAKLUMAN UNIT KEWANGAN
Semua sekolah diminta menghantar Laporan Tunggakan Bil Telefon seperti surat arahan PPDPN/UPO/3/58/3(26) Bertarikh 5 Ogos 2008 seperti arahan Pejabat Audit Sekolah Johor dengan rujukan KP1388/JB/TAD/4(99) bertarikh 4 Ogos 2008.
Laporan perlu disediakan menggunakan format Lampiran 1 klik untuk download
Hantar selewat-lewatnya 8/8/08 melalui e-mail PPD Pontian di ppdptn@tm.net.my atau fax ke 6870580 sebarang pertanyaan sila hubungi penolong akaunten PPD Pontian.

MAKLUMAN UNIT KEWANGAN
Semua sekolah bantuan modal diminta menghantar laporan penggunaan utiliti tahun 2007 dan 2008 (Bulan Jan hingga Jun 2008).
Laporan perlu disediakan menggunakan borang Penggunaan Utiliti Sekolah klik untuk download
Hantar selewat-lewatnya 4/8/08 melalui e-mail PPD Pontian di ppdptn@tm.net.my sebarang pertanyaan sila hubungi penolong akaunten PPD Pontian.


SELURUH WARGA PENDIDIKAN MENGALU-ALUKAN KEBERANGKATAN TIBA ROMBONGAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008
24 JULAI 2008

BERLEPAS

KETIBAAN
MASA
LOKASI MAJLIS
PENGISIAN MAJLIS
11.50
12.50 1 JAM
BALAIRAYA KG SRI BUNIAN, PONTIAN.
KEBERANGKATAN TIBA DYAM TMJ KE BALAIRAYA KG SRI BUNIAN, PONTIAN.
• DOA KEBERANGKATAN TIBA
• MAJLIS PERASMIAN DEWAN SERBAGUNA KG SRI BUNIAN
• DOA PERASMIAN
• SANTAPAN RINGAN
• DYAM TMJ MELAWAT PAMERAN ( MAIJ, JKM, MDP, RISDA, MARDI, PEJ PERIKANAN PONTIAN & JHEOA PONTIAN )
§ DYAM TMJ BERANGKAT KE MAJLIS MELETAK BATU
ASAS RUMAH SPKR
12.50
13.10
20 MIN
TAPAK RUMAH SPKR,
KG SRI BUNIAN, PONTIAN.
KEBERANGKATAN TIBA DYAM TMJ KE TAPAK RUMAH SPKR,
KG SRI BUNIAN, PONTIAN.
• UPACARA MELETAK BATU ASAS PEMBINAAN RUMAH SPKR
• BACAAN DOA KESYUKURAN
• DYAM TMJ DAN ROMBONGAN BERANGKAT KE TAPAK FIESTA NENAS, PONTIAN.
13.30
14.45
1 JAM
15 MIN
TAPAK FIESTA NENAS, PUSAT PERDAGANGAN PONTIAN, PONTIAN.

KEBERANGKATAN TIBA DYAM TMJ KE TAPAK FIESTA NENAS, PUSAT PERDAGANGAN PONTIAN.
• LAWATAN KE PAMERAN / PERTANDINGAN
- GUBAHAN / MASAKAN / MEWARNA KANAK-KANAK
- DEMONSTRASI RAWATAN SPA & MENCANTING BATIK
§ MAJLIS PELANCARAN FIESTA NENAS OLEH DYAM TMJ
• TAKLIMAT BERKAITAN FIESTA NENAS DAN PENANAMAN
NENAS DI NEGERI JOHOR OLEH PEGAWAI LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA
• SANTAPAN TENGAHARI
• UCAPAN PEGAWAI DAERAH PONTIAN
• TITAH DYAM TMJ
• UPACARA PELEPASAN PERTANDINGAN ‘NENAS HUNT’ OLEH DYAM TMJ
• BACAAN DOA KEBERANGKATAN
• DYAM TMJ DAN ROMBONGAN BERANGKAT KE DAERAH BATU PAHAT

PENGURUSAN ONLINE PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH

CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1429H
Tarikh : 22 JULAI 2008 (Selasa)

Surat dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP(BS/Dsr)201/001/19(11) bertarikh 9 JULAI 2008 telah menyatakan persetujuan memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon mengambil cuti tambahan berganti seperti berikut:KUMPULAN B – Negeri-Negeri Yang Hari Hujung Minggunya Hari Sabtu dan Ahad

Tarikh Cuti.

Jenis Cuti

Tarikh Ganti

29 SEPTEMBER 2008
(ISNIN)

CUTI BERGANTI

26 JULAI 2008

30 SEPTEMBER 2008
(SELASA)

CUTI PERISTIWA

TIDAK PERLU DIGANTI

3 OKTOBER 2008
(JUMAAT)

CUTI BERGANTI

9 OGOS 2008

Cuti tambahan ini hendaklah diganti pada hari-hari Sabtu yang telah ditetapkan walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari. Kelulusan cuti tambahan berganti tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan tidak diberi secara keseluruhan.

Surat Siaran Cuti Berganti Hari Raya Muat Turun

TAKLIMAT PENGURUSAN PERINGKAT PPD PONTIAN ATAS KEHADIRAN PPD YANG BARU, EN. AB RAHIM BIN LAMIN SEBAGAI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PONTIAN
Tarikh : 21 JULAI 2008 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Siantan.

Salam perkenalan dari PPD Pontian yang baru En. Ab Rahim Bin Lamin kepada seluruh warga pendidikan Daerah Pontian disampaikan dalam satu taklimat ringkas bersama pegawai dan kakitangan PPD Pontian. Beliau nula dilantik pada tahun 1983 dan ditempatkan di SMK Tongkang Pecah Batu Pahat. Kemudian bertukar ke SMK Ton Sardon, Rengit. Berpindah ke PPD Batu Pahat sebagai pegawai Sains dan matematik hampir 4 tahun. Kemudian belau berkhidmat di SMK Munsyi Sulaiman sebagai GPK1 dan Ke SMK Senggarang dengan jawatan yang sama. Dinaikkan pangkat semula sebagai Penolong PPD Menengah di PPD Batu Pahat. Kemudian bergerak ke SMK Taman Pelangi sebagai Pengetua dan tempat terakhir sebelum ke PPD Pontian adalah sebagai Pengetua di SM Teknik Muar. Beliau yang menetap di Senggarang Batu Pahat kini akan mula berkhidmat mulai 15 Julai 2008 secara rasminya. Dalam ucapannya beliau mengharapkan kerjasama dari seluruh warga pendidikan Pontian untuk bersama semangat yang tinggi yang beliau bawa dengan harapan agar kita dapat merealisasikan citai-cita murni pendidikan Negeri Johor ke peringkat 5 terbaik di peringkat kebangsaan. Untuk menghubungi beliau terus pihak sekolah boleh berhubung ke nombor 013-7789181.

LAWATAN PELAJAR TADIKA BIJAK FIKIR KE WET WORLD BATU PAHAT
Tarikh : 17 JULAI 2008 (Khamis)
Tempat : Taman Tema, Wet World, Batu Pahat
.

lagi gambar

Seramai 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring Tadika Bijak Fikir telah mengadakan aktiviti luar bilik darjah mereka di Taman tema Wet World Batu pahat pada 17 Julai yang lalu. Peserta rombongan tersebut pergi dengan menaiki sebuah bas dan sesetengah pelajar ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Di taman tema tersebut para pelajar menjalankan berbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna dan mandi manda. Pihak taman tema juga menganjurkan pertandingan sukaneka dan para pemenang dihadiahkan cenderahati oleh pihak taman tema tersebut. Pihak tadika mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa kerana memberikan kepercayaan kepada pihak tadika membawa pelajar untuk aktiviti luar.

Pautan Baru Ke Laman Web SK. Sungai Durian
Alamat Web: http://sd15.edu.my
Alamat Email: jba6015@sd15.edu.my

NADWAH KEPIMPINAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2008
Tarikh : 12 JULAI 2008 (Sabtu)
Tempat : SK. Pontian Besar, Pontian
.

lagi gambar

Dengan Tema "Kepimpinan Bestari Akhlak Terpuji" seramai 40 orang pelajar tingkatan 4 dan110 orang pelajar darjah 5 telah menghadiri program tersebut uang diadakan di SK Pontian Besar. Dalam program yang diatur rapi tersebut pelajar disatukan dalam slot ice breaking, ceramah, LDK dan solat berjamaah. Tujuan utama nadwah tersebut adalah bagi melahirkan pemimpin pelajar yang berakhlak mulia, berketerampilan tinggi dan cintakan ilmu pengetahuan. Mereka didedahkan dengan konsep kepimpinan islam yang seharusnya menjadi tunjang kepada sesebuah organisasi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah wakil PPD Pontian iaitu Ustaz Muhammad Subri B. Omar. Tahniah atas kejayaan program tersebut.in Bin Anis meraikan penerima anugerah tersebut. Seramai 250 kakitangan pendidikan Daerah Pontian telah terpilih menerima anugerah tersebut. Tahniah atas kecemerlangan tuan.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2008 (APC)
Tarikh : 30 Jun 2008
Tempat : SMK Dato' Mohd. Yunus Sulaiman, Pekan Nenas, Pontian
.

lagi gambar

Pontian telah menerima kunjungan kali kedua Tuan Pengarah Pelajaran Johor; Tn. Hj. Supa'at B. Tumin ke majlis Anugerah perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Pontian 2007 di dewan SMK Dato' Mohd. yunos Sulaiman. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah mantan PPD Pontian Tn. Hj. MD Amin Bin Anis meraikan penerima anugerah tersebut. Seramai 250 kakitangan pendidikan Daerah Pontian telah terpilih menerima anugerah tersebut. Tahniah atas kecemerlangan tuan.

PROGRAM ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG PERINGKAT NEGERI JOHOR 2008
Tarikh : 27 – 29 Jun 2008
Tempat : SMK Dato' Penggawa Barat dan SMK Teknik, Pontian
.

lagi gambar

Daerah Pontian telah dipilih menjadi tuan rumah sempena Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat Negeri Johor 2008. Pelnagai acara dijalankan seperti persembahan dan sukan. bagi acara persembahan nyanian dan tarian dijalankan di SMK Dato' Penggawa Barat. Bagi acara sukan seperti bola sepak dan bolah jaring dijalankan di SM Teknik Pontian. Bagi acara penutup pada malam 28 Jun dihadiri oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor; Tn. Hj. Supa'at B. Tumin. Berbagai persembahan dijalankan pada majlis makan malam penutup tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang.

MAKLUMAN UNIT KEWANGAN
KUnit Kewangan telah menyelesaikan pembayaran bagi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007. Penerima boleh menyemak akaun bank masing-masing mulai minggu hadapan.
"Tahniah pada penerima terpilih"

PENGUMUMAN KEMASUKAN KAKITANGAN DI PPD PONTIAN BAGI BULAN JULAI 2008

Bil
Gambar
Jawatan & Nama
Tarikh Mula Di PPD
1

PEGAWAI KHAS MENENGAH

EN. YUSAINI BIN KASIRON

Tempat berkhidmat sebelum : SMK SRI PERHENTIAN

01/07/2008
2

PEGAWAI KHAS KGSK

EN. MD ALI BIN ABDULLAH

Jawatan sebelum : Pegawai Khas Menengah

01/07/2008

7/7/2008
BAHAN
KWAPM PONTIAN 2008
Pihak sekolah diminta download bahan berkaitan.

4/7/2008
MAKLUMAT BAHAN PAKEJ LDP SEKOLAH PONTIAN 2008
Pihak sekolah diminta download bahan berkaitan.

MAKLUMAT BAHAN TAKLIMAT PENGURUSAN TANAH SIMPANAN PERSEKUTUAN PENDIDIKAN
Pihak sekolah diminta download bahan berkaitan.

BENGKEL SEMAKAN DATA EMIS VERSI 4.1 (JUN) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN

Tarikh : 07(kumpulan 2), 08(kumpulan 1)dan 10(kumpulan 3) Julai 2008 (Mengikut Kumpulan)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Pusat Latihan Pelajaran Pontian, Jalan Umno, 82000 Pontian Johor.

Senarai Kumpulan
Fokus Kutipan

BAHAN-BAHAN SEBUT HARGA BEKALAN PAKAIAN SERAGAM
Download bahan .

PENGHANTARAN DATA DAN LAPORAN PROGRAM NILAM BULAN JAN - JUN 2008
Dipohon Penyelaras NILAM Sekolah Menghantar Laporan E-NILAM (Soft copy dan hard copy) sebelum 4 Julai 2008
Ke PKG Zon Masing-masing. Sebarang pertanyaan sila hubungi PKG Zon masing-masing.

MAKLUMAT BAHAN HABIS GUNA DI SEKOLAH (PROJEKTOR DAN PENCETAK)
KPM sedang mengumpul maklumat berkenaan.
Pihak sekolah diminta download aklikasi berkaitan.
Juruteknik Komputer atau Pembantu Tadbir yang menguruskan peralatan dan Harta Modal berkenaan diminta memasukkan data ke dalam aplikasi berkenaan.
Surat berkaitan telah diedarkan berserta jadual penghantaran bahan.

PROGRAM SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2008
Tarikh : 9 – 10 Jun 2008 (Isnin & Selasa)
Tempat : Kukup Golf Resort, Pontian

lagi gambar

Daerah Pontian telah dipilih menjadi tuan rumah sempena Program Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2008. Seramai lebih kurang 300 pelajar dan 200 orang guru Pendidikan Khas dari seluruh daerah di negeri Johor terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Bermasalah Pendengaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pembelajaran. Antara pengisian program ini adalah seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Bercerita Kisah Nabi, Pertandingan Khat, Nasyid, dan pertandingan Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor. Penutupan rasmi majlis ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Basari Bin Hj. Abd. Manan, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Dan Moral JPNJ. Program ini juga bertujuan untuk memilih wakil peserta ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 16-20 Jun 2008 di negeri Perlis. Seramai 3 orang peserta dari daerah Pontian telah terpilih mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan iaitu Mohd Sharil b. Daud dari Kelas Pend. Khas SMK Batu 34(Johan bercerita kisah Nabi), Mohd Mustaqim dari kelas Pend. Khas SMK Sri Perhentian (Johan Tilawah Al-Quran) dan Mohd Sufaat bin Superto dari SK Melayu Raya Pekan Nenas (Johan Azan). Daerah Pontian juga meraih Johan bagi kategori pertandingan perarakan dan spanduk. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini khususnya kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru Pendidikan Khas sekolah-sekolah terlibat sebagai jawatan kuasa pengelola.

8.00 PAGI, 26-27/5/2008 KEJOHANAN OLAHRAGA PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2008, PADANG SM. TEKNIK PONTIAN.

lagi gambar

Kejohan Olahraga Prasekolah Peringkat Negeri Johor 2008 telah berlangsung di SM. Teknik, Pontian selama dua hari menemukan wakil-wakil pelajar pra sekolah dari seluruh negeri Johor. Ia dijalankan bagi memenuhi aktiviti prasekolah menggalakkan kegiatan berbentuk fizikal para pelajar pra sekolah. Berbagai acara olahraga dijalankan termasuk lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh dan sebagainya. Kebanyakan pelajar diberikan semangat oleh ibu bapa masing-masing untuk mewakili daerah walaupun terpaksa berkereta jauh dari tempat tinggal masing-masing. Perasmian penutup disampurnakan oleh Ketua Unit Sekolah Rendah JPNJ; Tn. Hj. Seth B. Buntat. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa Olahraga dan semua guru-guru yang memberikan kerjasama dan kometmen yang tinggi dalam menjayakan kejohanan tersebut. Beliau juga berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Johan Keseluruhan dimenangi oleh Daerah Batu Pahat dalam kejohanan tersebut.

24/5/2008, SABTU 9.30 PAGI, MAJLIS SABUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PONTIAN, DEWAN SERI GEMILANG, SMK. DATO' PENGGAWA BARAT.

lagi gambar

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2008 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMK. Dato' Penggawa Barat pada jam 9.30 pagi Sabtu yang lalu. Maljis tersebut telah dihadiri oleh para guru dan para jemputan yang terdiri dari ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri kawasan Pontian, bekas guru dan ketua-ketua jabatan daerah Pontian. Tetamu kehormat pada hari tersebut ialah En. Md. Hasisin B. Zaini; Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ. Majlis dimulakan dengan nyanian lagu Bangsa Johor oleh kumpulan Koir guru-guru daerah Pontian. Kemudian diikuti dengan bacaan doa olen Ustaz Wan Mohd. Yusli B. wan Ibrahim. Kemudian diikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Tn. Hj. Md. Amin B. Anis. Ucapan perasmian disampaikan oleh tetamu kehormat iaitu En. Md. Hasisin B. Zaini; Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ. Dalam ucapan beliau mengucapkan Selamat Hari Guru dan mengucapkan 'Terima Kasih Cikgu' atas jasa mendidik semua orang hingga menjadi insan yang berguna. Beliau menyempurnakan upacara perasmian dengan menyalakan sumbu menggunakan palam pencucuh. Tokoh Guru Tahun 2008 telah dianugerahkan kepada En. Kong Kok Wee seorang tokoh sukan. Beliau menerima pingat, plug, sijil penghargaan, buku-buku dan cenderahati sampingan. Anugerah disampaikan oleh En. Md. Hasisin B. Zaini. Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan sempena hari guru seperti Pertandingan Bowlling, Menulis Cerita Kanak-Kanak dan Penderma Darah Terbanyak. Majlis ditutup dengan nyanian Lagu Negaraku dan jamuan ringan. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis pada pagi itu.

23 Mei 2008, MAJLIS SERAH TUGAS PENGETUA SMK. KAYU ARA PASONG KEPADA PEMANGKU PENGETUA SEMPENA PERSARAAN TN. HJ. MOHD ZIN BIN MARKAM DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH PONTIAN.

TN. HJ MOHD ZIN B HJ MARKAM telah sampai tarikh bersara wajib pada 25 Mei 2008 setelah berkhidmat selama 34 tahun dalam dunia pendidikan. Beliau mula mengajar pada 07 Januari 1974 di SMK. Lurah Bilut, Bentung, Pahang sehingga 31 Disember 1976. 1 Januari 1977 beliau berpindah ke SMK. Alor Akar, Kuantan, Pahang. Setelah menamatkan pengajian peringkat ijazag beliau ditempatkan ke SMK Benut pada 17 Februari 1982 dan berpindah ke SMK. Dato' Penggawa Barat pada 1984. Pada 1 Mei 1993 beliau dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di SMK. Bandar Tenggara, Kulai. Dan mulai 1 Disember 1997 beliau berpindah ke SMK. Seri Kukup dan menjawat jawatan penyelia petang dan kemudian sebagai GPK 1 hingga 31 Disember 1999. Dan mulai 1 Januari 2000 hingga bersara beliau menjawat jawatan sebagai pengetua SMK Kayu Ara Pasong. Tahniah dari semua warga pendidikan daerah Pontian atah perkhidmatan tuan.

Link web terbaru SK Kampung Jawa, Ayer Baloi, Pontian Johor

26. Mei 2008 - BAHAN KARNIVAL PPDa PERINGKAT DAERAH PONTIAN

Bagi sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan Karnival PPDa 2008 Peringkat Daerah sila muat turun syarat dan panduan pertandingan.
Kaedah Pemarkahan e-PPDa.
LAMPIRAN CONTOH PAPAN CERITA e-PPDa
PANDUAN DAN SYARAT KARNIVAL KEB 2008

PENGURUSAN ONLINE PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH

10 Mei 2008 - Khamis TEKS UCAPAN HARI GURU TAHUN 2008

Kata Alu-Aluan dan Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Hari Guru 2008 "Guru Cemerlang Negara Terbilang"

Kata Alu-Aluan KPPM - klik utk muat turun

Perutusan Hari Guru KPPM - klik utk muat turun

MUATTURUN APLIKASI ADAPP SEKOLAH

UCAPAN HARI GURU

PENGUMUMAN KEMASUKAN KAKITANGAN DI PPD PONTIAN BAGI BULAN MEI 2008

Bil
Gambar
Jawatan & Nama
Tarikh Mula Di PPD
1

PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17

EN. ZAINOL BIN DENAN

Tempat berkhidmat sebelum : SK Kampong Sawah

01/05/2008
2

PEKERJA RENDAH AWAM GRED R1

EN. TOGI BIN MARZUKI

Tempat berkhidmat sebelum : SJK (C) CHEOW MIN

01/04/2008

2 Mei 2008, 9.00 Malam- malam Sebutir Mutiara Setaut Kasih, Jamuan Persaraan Pengarah Pelajaran Johor, Dewan Seri Gemilang, SMK. Dato' Penggawa Barat.

lagi gambar

Majlis bermula dengan paluan kompang menyambut ketibaan yang diraikan En. Ramlan Bin Sariman; Pengarah Pelajaran Johor yang akan bersara wajib pada 13 Mei 2008. Majlis yang meriah dan berserdahana pada malam itu juga disambut dengan tarian zapin oleh kumpulan Zapin SK Bandar Pontian. Selepas itu doa dibaca dan hadirin menjamu selera dengan diiringi oleh alunan lagu gazal oleh Kumpulan Gazal SMK Kayu Ara Pasong. Pengetua SMK Kayu Ara Pasong juga menyumbangkan suara merdunya dengan menyanyikan dua buah lagu khas untuk tetamu yang diraikan. Kemudian diikauti dengan tayangan gambar-gambar Tuan Pengarah sewaktu bertugas di PPD Pontian sebagai Pegawai Pelajaran Daerah. Majlis seterusnya mempersembahkan persembahan boria dari SK Serkat dan diikuti dengan tarian ulik mayang dari SMK Dato' Ali Hj. Ahmad. Tuan PPD Pontian, Hj. Md. Amin B. Anis menyampaikan ucapannya dengan ucapan tahniah atas perlantikan En. Ramlan B. Sariman sebagai pengarah walaupun tidak lama. Ucapan Tuan Yang Diraikan ringkas dan padat pada malam itu dengan beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga pendidikan daerah Pontian. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam itu.

02/5/2008 9.00 PAGI Jumaat, Lawatan Rasmi Ahli Parlimen Pontian, Yb. Hj. Ahmad Bin Maslan . Bilik Seri Siantan PPD Pontian.

LAWATAN Ahli Parlimen Pontian , Yb. Hj. Ahmad B. Maslan ke PPD Pontian, bagi mengikut perkembangan pendidikan di Daerah Pontian. Dalam taklimat ringkas disampaikan oleh Tn. Hj. Ismail B. Rosdi menerangkan tentang perkembangan pendidikan di Pontian antaranya analisa sekolah dan enrolmen bagi Parlimen Pontian, Pembangunan dalam Projek RMK9, Pendidikan Prasekolah, Penidikan Swasta, Bantuan Kewangan, Pencapaian Akademik dan Ko-kurikulum. Dalam ucapan balas ahli parlimen, beliau menyatakan hasratnya untuk mengikuti sepenuhnya perkembangan pendidikan dan beriltizam untuk hadir dalam kesemuanya undangan sekolah-sekolah. Beliau selaku wakil rasmi kerajaan pusat akan memastikan segala perkembangan pendidikan sentiasa berada di bawah pengetahuannya dan beliau perlu hadir disetiap majlis bersama masyarakat di dalam kawasannya.

30/5/2008 9.00 PAGI Rabu, MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2008 SK. TENGKU MAHMOOD ISKANDAR 1.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2008 SK. Tengku Mahmood ISkandar 1, taman Saujana disambut dalam majlis yang serdahana. Ia dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian murid-murid dan guru-guru berarak sambil berselawat dari pekarangan tapak perhimpunan . Majlis di dewan dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan terjemahannya dan bacaan doa oleh Uztaz Zabil. Kemudian diikuti dengan ucapan Puan Guru Besar. Penceramah undangan uang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Hj. Hanafi B. Abd. Razak; Pegawai jabatan Mufti Negeri Johor.

PENGUMUMAN PERTUKARAN KAKITANGAN DI PPD PONTIAN BAGI BULAN APRIL 2008

Bil
Gambar
Jawatan & Nama
Tarikh Pertukaran
1

PENOLONG AKAUNTEN W22 Naik Pangkat ke W26

EN. ABDUL RAZAK BIN SHAMSUDIN

Tempat berkhidmat baru : Jabatan Akaunten Negara Cawangan Johor

16/04/2008
2

PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17 Naik Pangkat Ke N22

EN. MD AKHSAN BIN MASWAN

Tempat berkhidmat baru : Bahagian Perkembangan Kurikulum KPM

16/04/2008

KUTIPAN DATA SMPP/EMIS 30 APRIL 2008

PENTING untuk Guru Data, sila kemaskini data SMPP/EMIS untuk kutipan 30 April 2008.
Panduan serta isu berbangkit bulan lepas sila lihat dimuka SMPP/EMIS.
Data 31 Mac 2008 yang berada disekolah digunakan semula untuk kuripan April.

Semakan Utama (Jadual Waktu Mengajar Guru-guru)
Tarikh Bengkel :6,7 dan 8 Mei (Mengukut Kumpulan)
Tempat : Pusat Latihan PPD Pontian, Jln. UMNO.

20/4/2008 3.30 PETANG, AHAD, MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM NEGERI JOHOR (PKAYI) 2008, PADANG SMK. DATO' ALI HAJI AHMAD.

lagi gambar

KEJOHANAN Olahraga Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Negeri Johor 2008 telah dijalankan di padang SMK' Dato Ali Haji Ahmad, Pontian. Ia disertai oleh semua perubuhan anak yatim Negeri Johor dan Rumah-rumah Kebajikan. Antara acara yang dijalankan adalah acara balapan dan acara padang seperti lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Majlis perasmian penutup disumpurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Merangkap Ahil Parlimen tanjung Piai; Yb. En. Wee Jeck Seng. Kejohanan tersebut diuruskan dengan kerjasama KOAM Daerah Pontian dan Unit Pengurusan Sukan PPD Pontian.

21/4/2008

MUATTURUN LAPORAN AKTIVITI KRK (Semua Sekolah Menengah Kecuali SM An-Nurr dan SM Teknik)

BORANG PENGUMPULAN MAKLUMAT PELAJAR WARGA ASING SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN (Tutup)

Muat Turun Borang KG Format Baru 2008 (Bagi Sekolah Menengah Sahaja)

APLIKASI PPSMI

12/4/2008 9.40 PAGI, SABTU, MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI TERTINGGI KRS DAN TKRS DAERAH PONTIAN 2008, DEWAN SERI GEMILANG, SMK. DATO' PENGGAWA BARAT.

lagi gambar

Dewan Seri Gemilang, SMK. Dato' Penggawa Barat, 9.40 Pagi, Majlis Pentauliahan Pegawai Tertinggi KRS dan TKRS Peringka Daerah Pontian 2008 dengan kekuatan 90 anggota disumpurnakan oleh Kolonel Tuan Ramlan Bin Sariman; Pemangku Pengarah Pelajaran Johor. Pentauliahan tersebut diberi kepada semua Penolong PPD, Pegawai-pegawai PPD, Tuan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan 1, sekolah-sekolah Daerah Pontian. Pentauliahan tersebut bembawa pangkat Leftenan Kolonel dan Majer. Dalam ucapan perasmian Kolonel Tuan Ramlan Bin Sariman menyatakan harapan beliau agar dengan pentauliahan ini dapat memberi perangsang dan galakan kepada pihak sekolah untuk terus menjalankan aktiviti KRS dan TKRS di sekolah masing-masing.

9/4/2008 8.00 PAGI, RABU, MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2008 TADIKA BIJAK FIKIR .

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2008 Tadika Bijak Fikir, taman Saujana disambut dalam majlis yang serdahana. Ia dimulakan dengan murid-murid dan guru-guru berarak sambil berselawat dari pekarangan TBF hingga ke kawasan kediaman berdekatan. Kemudian diikuti dengan persembahan nyasid "Junjungan Mulia" oleh murid-murid TBF dan guru-guru. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian murid-murid dijamu dengan nasi beryani pada waktu rehat. Pada jam 10.00 pagi dimulakan dengan pertandingan melukis dan mewarna tulisan Khat bagi murid 6 dan 5 tahun.

5/4/2008 8.00 PAGI, SABTU, MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN AKTIVITI MAAL HIJRAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH PONTIAN KALI KE-34, SMK PARIT BETAK.

lagi gambar

Majlis Tadarus Al-Quran Dan Aktiviti Maal Hijrah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringat Daerah Pontian telah berlangsung di SMK. Parit Betak Pontian. Ia adalah acara yang menemukan wakil dari sekolah-sekolah di Pontian. Antara acara yang dipertandingkan adalah Tadarus Al-Quran, berzanji bagi lelaki dan perempuan, nasyid, hafazan Al-Quran, kuiz Maal Hijrah, dan tulisan jawi. . Upacara perasmian penutup disumpurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Tn. Hj. Md. Amin B. Anis.

5/4/2008 8.00 PAGI, SABTU, PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6, SK. TENGKU MAHMUD ISKANDAR 1.

Program Motivasi Pelajar tahun 6, SK Tengku Mahmood Iskandar 1 telah diadakan bilik tayang sekolah tersebut pada hari sabtu jam 8.00 pagi. Hadir dalam program tersebut adalah 100 orang pelajar Tahun 6 dari sekolah tersebut. Penceramah unadangan program tersebut ialah Tn. Hj. Abdul Karim Bin Kadir dari SK. Seri Sekawan Desa..

4/4/2008 6.30 PETANG, JUMAAT, PROGRAM SOLAT HAJAT PELAJAR TAHUN 6, SK. PONTIAN BESAR.

Majlis Solat Hajat Pelajar tahun 6 SK. Pontian Besar, telah diadakan di Masjed Jamek kampung Pontian Besar, Pontian. Para pelajar hadir bersama ibu bapa masing-masing. Majlis dimulai dengan solah maghrib berjamaah, Bacaan yasin dan tahlil dan Solat hajat. Mewakili Pejabat Pelajaran Pontian adalah Ustaz Muhammad Subri Bin Omar, Penyelia Pendidikan Islam Dan Moral PPD Pontian

01/04/2008
SEGERA SEMUA SEKOLAH DIMINTA MENGEMASKINI BEBERAPA BAHAGIAN TAMBAHAN DALAM BORANG PEMANTAUAN - Sistem Pemantauan Penggunaan ICT oleh KPM 2008
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah oleh KPM di semua Sekolah Daerah Pontian kemaskini di http://rnd.moe.edu.my/statusict/ sebelum 10 April 2008, Pertanyaan : En. Azhari b. Subuh (PKG Pekan Nanas) 07-6993424.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah oleh Kementerian Malaysia telah berjaya di"online"kan dan sedia untuk dikemaskinikan maklumat oleh sekolah.
Perkara yang perlu sekolah lakukan ialah:

1. Mendaftar dalam sistem menggunakan Kod Sekolah
2. Login menggunakan Kod Sekolah sebagai ID Pengguna
3. Mengemaskini Profil Sekolah
4. Mengemaskini maklumat kemudahan ICT yang ada di sekolah:

21/03/2008 - PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2008 SECARA ONLINE
Pertukaran guru antara negeri dan bahagian-bahagian di KPM mulai Jun 2008 akan di buat secara on-line (eGTukar). Sistem akan di buka kepada semua guru-guru yang berkelayakan untuk bertukar antara negeri bermula pada 1 April 2008 hingga 30 April 2008 (1 bulan) melalui laman web KPM di alamat URL http://www.moe.gov.my pada PERKHIDMATAN APLIKASI DALAM TALIAN ruangan Perguruan.

18/03/2008

Makluman Pengasingan Maklumat Berkaitan SMPP/EMIS di Laman Web Rasmi PPD Ke Laman Web Rasmi Pengurusan SMPP/EMIS JPN Johor

Berkuatkuasa 25/03/2008, sukacitanya dimaklumkan bahawa semua maklumat berkaitan dengan SMPP/EMIS yang terdapat di Laman Web Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Pontian akan dialihkan dan dipautkan sepenuhnya ke Laman Web Rasmi Pengurusan SMPP/EMIS Jabatan Pelajaran Negeri Johor di http://emis.pelajaran.info/ . Oleh yang demikian, semua guru data sekolah-sekolah daerah Pontian diminta melayari Laman Web ini dan mendaftar sebagai ahli. Semua urusan berkaitan memuat-turun (download) dan memuat-naik (upload) data SMPP/EMIS dan Aplikasi akan dikawal dan hanya dibenarkan kepada sekolah yang mendaftar sebagai ahli. Cadangan untuk memudahkan perkara ini adalah dengan mendaftar diri / sekolah dengan menggunakan ID dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh PPD kepada semua sekolah bagi tujuan memudahkan pihak sekolah mengingati ID dan Kata Laluan. Sebarang masalah berkaitan dengan penyelesaian Masalah (Trouble-Shooting) Aplikasi SMPP/EMIS boleh dirujuk di ruangan Soalan Lazim.

Bahan Taklimat dan Manual Pengguna eGTukar Secara Online Guru-Guru Tahun 2008

1. MANUAL PENGGUNA e-GTukar - MODUL PERMOHONAN (PEMOHON)
2. MANUAL PENGGUNA e-GTukar - MODUL PENGESAHAN (PENGETUA / GURU BESAR)
3. Power Point Penerangan Sistem Pertukaran Guru e_GTukar
4. Power Point Pendaftaran untuk mendapatkan Id dan Kata Laluan Oleh Pemohon
5. Power Point Permohonan - Cara Mengisi Borang Online
6. Power Point Pengesahan - Cara Pengetua / Guru Besar Membuat Pengesahan Permohonan Online Guru-guru
7. Power Point Pendaftaran Pegawai Mengesah- Cara Pengetua / Guru Besar Mendaftar Diri Sebagai Pegawai Pengesah
8. Borang Permohonan Manual eGTukar (sekiranya Maklumat Guru Tiada Dalam Sistem)

Jadual Mesyuarat / Taklimat eGTukar Secara Online Guru-Guru Tahun 2008

Tarikh Taklimat, Tempat Taklimat, Masa.
1 Sekolah Rendah 18/03/2008 SK. Bandar Pontian. 8.00 pagi
2 Sekolah Menengah 19/03/2008 SMK Senai, Kulai 9.00 pagi

Pegawai-pegawai yang terlibat menghadiri Mesyuarat / Taklimat tersebut :
1. Ketua Unit Sekolah Menengah / Rendah JPNJ
2. Penyelia Kanan Sekolah Menengah / Rendah JPNJ
3. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Menengah / Rendah (PPDM/PPDR)
4. Pengetua / Guru Besar semua sekolah
5. Guru Data sekolah

TINDAKAN SEGERA - Sistem Pemantauan Penggunaan ICT oleh KPM 2008

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah oleh KPM di semua Sekolah Daerah Pontian kemaskini di http://rnd.moe.edu.my/statusict/ sebelum 18 Mac 2008, Pertanyaan : En. Azhari b. Subuh (PKG Pekan Nanas) 07-6993424.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah oleh Kementerian Malaysia telah berjaya di"online"kan dan sedia untuk dikemaskinikan maklumat oleh sekolah.
Perkara yang perlu sekolah lakukan ialah:

1. Mendaftar dalam sistem menggunakan Kod Sekolah
2. Login menggunakan Kod Sekolah sebagai ID Pengguna
3. Mengemaskini Profil Sekolah
4. Mengemaskini maklumat kemudahan ICT yang ada di sekolah:

i) Pusat Akses
ii) Makmal Komputer (yang dibekalkan oleh Kerajaan sahaja)
iii) Talian SchoolNet
iv) TV Pendidikan
v) CD/DVD Perisian Kursus
vi) Peralatan PPSMI

Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan pada BILA-BILA masa dan TIADA HAD bilangan kemaskini. Tarikh 19 Mac 2008 ialah tarikh data akan diambil di BTP Kementerian Malaysia untuk dianalisa dan dibuat laporan. Pengemaskinian masih boleh dibuat selepas tarikh tersebut. Alamat sistem juga ada dilink di portal BTP http://www.moe.edu.my/.

11/03/2008,

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilanjut
KUALA LUMPUR 10 Mac - Permohonan bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilanjutkan sehingga 25 Mac ini. Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini, permohonan mengikuti program ini boleh dibuat secara talian melalui laman web kementerian tersebut di www.moe.gov.my bermula 30 Januari lalu. Tambah kenyataan itu, permohonan ini hanya dibuat menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara bermula 5 Mac lalu dengan bayaran RM6.00
- Utusan Malaysia

Pengumuman Penting Semua Peserta Program PJJ KPM-OUM

Pengumuman penting buat semua peserta Program PJJ KPM-OUM.
Mohon mengambil tindakan dan makluman seperti yang dinyatakan di dalam surat edaran. [Klik Sini]

Permohonan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA

07/03/2008,

PERAYAAN HARI GURU KALI KE-37 TAHUN 2008
Untuk makluman semua, Kementerian Pelajaran melalui salinan surat yang dipanjangkan ke PPD telah menetapkan tema dan slogan sambutan perayaan hari guru bagi tahun 2008 adalah seperti berikut :
Tema : GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Slogan : " Terima Kasih Cikgu"

Kuiz PTK Boleh Membantu Calon

Senarai Sekolah Yang Tidak Mengisi Maklumbalas Terhadap Borang Semakan Status Lantikan Guru Media Di SM & SR 2008
Pihak kami beranggapan Guru Media sekolah berikut telah mendapat surat lantikan sebagai guru media.

Bil
Kod
Nama Sekolah
Gred
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
JBA6005
JBA6006
JBA6028
JBA6030
JBA6033
JBA6037
JBA6042
JBA6045
JBA6049
JBA6050
JBA6051
JBA6052
JBB6021
JBC6010
JBC6019
JBC6022
JBC6025
JEA6008
JEA6009
SK SERI BUNIAN
SK SUNGAI BUNYI
SK PONTIAN BESAR
SK API API
SK PULAI SEBATANG
SK SANGLANG
SK SERI SINARAN
SK SERI JAYA
SK SERI AL ULUM
SK SERI SENANG HATI
SK PARIT MARKOM
SK BATU 24
SK SRI BENUT
SJK(C) LOK YORK
SJK(C) PEI CHUN (2)
SJK(C) TAH TONG
SJK(C) YU MING 2
SMK AYER BALOI
SMK PARIT BETAK
A
A
B
A
A
A
A
B
A
A
A
B
B
B
A
B
A
A
A

BORANG SEMAKAN STATUS TANAH SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN (Unit Pembangunan) Tutup 11 Mac 2008

6 Mac 2008, 6.00 petang - SMK Dato' Mohd. Yunus Sulaiman Mendahului 3.35 Mata di Hadapan SMK. Dato' Ali Hj. Ahmad dan Muncul Sebagai Johan Sekolah Menengah Kejohanan Olahraga MSSJ Daerah Pontian Kali Ke-41 , Padang SM. Teknik Pontian.

lagi gambar

JOHAN SMK. Dato Mohd. Yunus Sulaiman mendahului dari 17 pasukan untuk muncul johan sekolah menengah. Bagi sekolah rendah pula dijuarai oleh Zon Bandar. Hadiah kejuaraan disampaikan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian; Tn. Hj. Md Amin B. Anis. Dalam ucapan penutup tuan ppd meniupkan semangat kepada semua pemenang agar bersedia untuk menyahut cabaran sebagai wakill daerah ke peringkat negeri dan memenangi pingat emas dalam kejohanan tersebut yang akan berlansung pada 26 - 29 Mac 2008 di Daerah Kulai. Kejohanan ditamatkan pada jam 6.45 petang.
Keputusan Akhir Kejohanan.
Keputusan Penuh Kejohanan.

6 Mac 2008, 4.00 petang - Kunnjungan Tuan Pengarah Pelajaran Johor seketika ke Kejohanan Olahraga MSSJ Daerah Pontian Kali Ke-41 , Padang SM. Teknik Pontian.

lagi gambar

KUNJUNGAN istemewa Tuan Pengarah Pelajaran Johor, Tn. Hj. Mokhy B. Saidon ke padang SM. Teknik Pontian bagi meniup semangat para peserta di Kejohanan Olahraga MSSJ Daerah Pontian Kali ke-41. Istemewanya lawatan beliau adalah merupakan kunjungan terakhir ke Daerah Pontian sebelum beliau bersara wajib pada hari Jumaat, 7 Mac 2008. Dalam kehadiranya seketika itu beliau sempat mengunjungi semua khemah peserta walaupun dalam keadaan padang yang lecak. Turut menemani beliau adalah Pegawai Pelajaran Daerah Pontian; Tn. Hj. Md Amin B. Anis. Tuan Pengarah sempat menyampaikan hadiah kepada para pemenang beberapa acara. Dalam ucapan ringkasnya beliau sempat menyatakan harapannya kepada para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh walaupun dalam bidang sukan kerana bidang sukan sekarang ini juga menjamin kerjaya yang menarik dan mencabar. Beliau berangkat semula ke Johor Bahru pada jam 4.45 petang bagi menghadiri majlis persaraan beliau pada malam ini.

5 Mac 2008, 4.00 - Kejohanan Olahraga MSSJ Daerah Pontian Kali Ke-41 Berlangsung Dalam Suasana Hujan, Padang SM. Teknik Pontian.

lagi gambar

HUJAN membasahi padang SM. Teknik Pontian sepanjang Kejohanan Olahraga MSSJ Daerah Pontian Kali ke-41. Sukan tahunan tersebut berlangsung selama 4 hari mulai petang 3 Mac dengan pembukaan perasmian disumpernakan oleh Tuan Pegawai Daerah Pontian; Tn. Hj. Mislan Bin Karmani. Olahraga tersebut disertai oleh semua sekolah menengah harian daerah Pontian, MRSM, SM Pei Chun dan semua 4 zon sekolah rendah iaitu Zon Benut, Zon Pekan Nenas, Zon Bandar dan Zon Kukup. Acara yang dipertandingkan adalah semua acara padang dan balapan. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pontian setinggi-tinggi tahniah kepada semua jawatankuasa, pegawai, penaja dan atlet yang menjayakan kejohanan tersebut. Pajlis penutupan rasmi akan dijalankan pada jam 5 petang esok oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pontian; Tn. Hj. Md. Amin B. Anis. Tunggu berita selanjutnya esok.....

LOGIN dan KATALALUAN semasa hendak muat turun

Muatturun Data SMPP/EMIS 31 Januari 2008 (Selepas Mesyuarat Negeri)

Pekeliling Waktu Bekerja Dan Cuti Rehat Pengetua/Guru Besar

Borang Semakan Status Lantikan Guru Media Di SM & SR 2008 (Di buka Sehingga 6 Mac 2008)
Bagi sekolah gred A dan B kecuali Sekolah SKM yang baru melantik guru media atau guru media lama yang belum mendapat surat lantikan dari Bahagian Sekolah JPNJ silalah mengisi borang tersebut.

Sekolah berikut boleh membuat penyemakan kerana telah mengisi pada borang awal online:
SMK. Dato' Mohd. Yunus Sulaiman : En. Mohamad Tahar Bin Yaman
SMK. Kayu Ara Pasong : En. Razali Bin Mustamar
SK. Melayu Raya : Pn. Selemah Binti Mintol
SK. Pengkalan Raja : En. Abu Bakar Bin Mat Drom

27 Februari 2008, 9.00 - MALAM TAUTAN KASIH, MERAIKAN PETUKARAN KENAIKAN PANGKAT HJ. HASSAN B. TOPIT SEBAGAI PENGETUA DAN PERLANTIKAN HJ. MD. AMIN BIN ANIS SEBAGAI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PONTIAN. BERTEMPAT DI HOTEL PONTIAN.

lagi gambar

JAM 8.30 malam Tetamu mula hadir di pekarangan Hotel Pontian bagi menghadiri Malam Tautan Kasih anjuran Badan Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah semua ahli, semua ahli PKPSM, wakil MGB dan wakil PUSPANITA Daerah Pontian. Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu yang diraikan iaitu Tn. Hj. Hassan Bin Topit dan Tn. Hj. Md. Amin Bin Anis berserta isteri masing-masing. Bacaan doa di ketuai oleh ustaz Muhamad Subri B. Omar; Penyelia UPIM PPD Pontian. Kemudian hadirin dijemput menjamu selera. Selesai jamuan majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Majlis; Tn. Hj. Ismail B. Rosdi Penolong PPD Menengah. Kemudian diikuti dengan Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian; Tn. Hj. Md. Amin. Bin Anis. Selepas itu Diikuti dengan tayangan Multimedia kenangan Tn. Hj. Hassan Bin Topit sewaktu beliau menerajui pendidikan di Pontian. Acara penyampaian cenderahati dari unit-unit, PKPSM, MGB, PUSPANITA dijalankan selepas itu. Sejurus itu Tn. Hj. Hassan B. Topit menyampaikan ucapan, dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih atas layanan baik semua warga pendidikan di daerah Pontian walaupun hanya seketika beliau berkhidmat di Pontian. Beliau juga memohon ribuan ampon dan maaf dari seluruh warga pendidikan sekiranya terdapat kesilapan sepanjang beliau berada di Pontian. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan. Majlis diacarakan oleh En. Md. Roslan B. Marjan; Kaunselor Pentadbir PPD Pontian.

26 Februari 2008, 9.00 - KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH PONTIAN 2008. BERTEMPAT DI PADANG SMK. DATO' PENGGAWA BARAT.

lagi gambar

Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pelajaran Daerah Pontian telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Pontian 2008 pada 26 Februari 2008 bertempat di Padang SMK Dato’ Penggawa Barat Pontian . Seramai 200 orang pelajar Pendidikan Khas Daerah Pontian yang terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran telah menyertai acara balapan seperti 100m,200m, 400m, 800m, 4 x100m juga acara padang seperti lompat jauh, lontar peluru,lempar cakera dan lompat tinggi. Seramai 80 orang guru Pendidikan Khas yang bertugas sebagai pengurus pasukan dan merangkap pegawai kejohanan begitu dedekasi dan sabar melayani pelbagai ragam dan karenah murid istimewa ini bersukan olahraga. Penutupan rasmi kejohanan ini telah disempurnakan oleh En. Md. Amin B. Kasbin Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Pontian. Disamping memberi peluang bersukan dan mengeratkan silaturahim dikalangan guru serta murid, kejohanan ini juga bertujuan untuk memilih peserta ke kejohanan olahraga Pendidikan Khas peringkat negeri Johor yang akan diadakan pada 24-26 Mac 2008 di Kulai Johor.

BORANG STATUS ALARM SYSTEM DI MAKMAL-MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH RENDAH & MENENGAH NEGERI JOHOR (Telah Di Tutup )

Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Pontian 2008

Pendaftaran Calon Persendirian Individu STPM 2008

Pendaftaran SPM (Calon Persendirian) 2008

Borang Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) - Borang Tersebut Perlu Dihantar Ke JPNJ sekiranya pihak sekolah ingin membeli peralatan ICT menggunakan Wang SUWA, Bukan Untuk Pemohon Peralatan ICT Baru dari PPD atau JPNJ.

21 Februari 2008, Pagi - LAWATAN RASMI PENGARAH PELAJARAN JOHOR, TN. HJ. MOKHY BIN SAIDON KE BEBERAPA SEKOLAH KE DAERAH PONTIAN.

lagi gambar

SEAWAL 7.30 PAGI Tuan Pengarh Pelajaran Johor; Tn. Hj. Mokhy B. Saidon telah sampai di SK. Kampung Sawah, kemudian beliau melawat ke SK. Parit Haji Adnan, SK. tajung ayer Hitam, SMK. Kayu Ara Pasong, SJK(C) Chi Chih dan SMK. Ayer Baloi. Dalam lawatan tersebut beliau telah masuk ke berapa bilik darjah dan bertanyakan tentang perkembangan pelajar dalam kelas tersebut, beliau menasihatkan guru supaya tahu tentang TOV pelajar masing-masing sekiranya ditanya. Beliau juga mahukan semua sekolah menjaga kebersihan sekolah supaya berada pada tahap maksimum, Pada bilik-bilik khas seperti stor sukan perlu juga berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sebarang aktiviti sebelah pagi seperti mesyuarat atau latihan sukan adalah dilarang dan jika betul-betul perlu dijalankan juga perlulah mendapat kebenaran pihak PPD. Tuan Pengarah juga menegur segelintir guru yang membuat rancangan tahunan dengan cara photostat tanpa mengambil kira pencapaian pelajar. Beliau juga menegur segelintir guru yang tidak menanda buku sejak pertengahan Januari. Buku latihan juga baru dua atau tiga muka surat dibeberapa kelas di sekolah Kebangssan berbanding hampir penuh pada buku latihan pelajar di SJK(C) Chi Chih. Dalam lawatan ini Tuan Pengarah amat gembira dapat bersama dalam sukan tahunan di SMK Kayu Ara Pasong dan SMK Ayer Baloi.
Secara keseluruhannya lawatan pengarah tersebut sangat bermakna bagi Daerah Pontian walaupun banyak teguran dari tuan pengarah, namun begitu beliau sangat berpuas hati pada akhirnya dinyatakan kepada Tuan PPD; Hj. Md. Amin B. Anis. Tuan PPD mengharapkan semua pihak mengambil tindakan segera terhadap segala teguran dan anggaplah teguran tersebut ikhlas dari seorang ketua.

Aplikasi Pengurusan Maklumat PPSMI
Aplikasi Sisten Maklumat Pendidikan Khas

13 Februari 2008, 8.30 malam - MAJLIS PEMBENTANGAN DATA SMPP/EMIS PERINGKAT NEGERI BAGI KUTIPAN DATA 31 JANUARI 2008, HOTEL SERI PELANGI, MUAR.

PEMBENTANGAN DATA SMPP/EMIS peringkat telah berlangsung sebanyak dua sesi iaitu 8.30 malam 13 Feb. dan sesi kedua 8.30 pagi 14 Feb. Pembentangan data tersebut dilakukan setelah data tersebut disemak dan ditentusakan oleh semua pegawai maklmat daerah bersama unit ICT dan Maklumat JPNJ. Pada sesi pembentangan tersebut dihadiri oleh Ketua Unit Maklumat, Ketua Unit Menengah, Ketua Unit Rendah, Ketua Unit Pendidikan Khas, Ketua Unit SPIM dan dari daerah di hadiri oleh Penolong PPD Menengah, Penolong PPD Rendah, Pegawai Khas Pendidikan Khas Dan Penyelia Pendidikan Islam. Pembentangan tersebut adalah bagi memastikan data Negeri Johor yang akan dihantar ke Unit Perancangan Dasar KPM tidak berlaku kesilapan. Data tersebut juga akan digunakan bagi anggaran belanja mengurus (ABM) 2008 dan 2009. Antara item terpenting yang dibentangkan dan disemak adalah enrolmen pelajar, jumlah kelas dan bilik darjah, head count guru dan bukan guru mengikut waran perjawatan yang diperuntukan. Majlis tamat jam 1.30 tengahari.

1 Februari 2008, SIMBOLIK PERTUKARAN PUCUK KEPIMPINAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN PONTIAN DARIPADA TN. HJ. HASSAN BIN TOPIT KEPADA TN. HJ. MD AMIN BIN ANIS.

25 Januari 2008, 4.30 Petang - MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KPM
2008 PARLIMEN TANJUNG PIAI, DIADAKAN DI DEWAN SM. TEKNIK PONTIAN.

lagi gambar

PENYAMPAIAN Bantuan KPM peringkat Parlimen Tanjung Piai telah berlangsung pada hari Jumaat 25 Januari2008 dengan dihadiri oleh Wakli Rakyat Peringkat Dewan Undangan Negeri Kukup dan DUN Pekan Nenas. Hadir sama mewakili JPNJ ialah Ketua Sektor SPPK, Tn. Hj. Markom B. Giran dan En. Salleh Salim Bin Abd. Majid mewakili PPD Pontian serta semua ibu bapa dan pelajar yang menerima bantuan. majlis dimulakan dengan Bacaan Doadan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh wakil PPD Pontian. Kemudin wakil DUN berucap iaitu Ucapan Yang Berhormat Ahli DUN Pekan Nenas; Sdr. Wee Jeck Seng. Penyampaian Bantuan KPM disampaikan kepada semua penerima yang layak dilangsungkan pada petang itu juga. majlis petang itu diakhiri dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan sedikit jamuan minum petang.

Aplikasi SAP (Sistem Analisa Peperiksaan) 2008

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 9/2001 Pinjaman Kenderaan

Maklumat Terkini Permohonan Guru Cemerlang - Contoh Panduan Pemarkahan dan Senarai Semak

A. Borang Pencalonan Dg48 Ke Bawah
B. Garis Panduan Bagi Aspek Yang Dinilai
C. Lampiran T1
D. Panduan Permarkahan Bagi Borang Permohonan Guru Cemerlang Dga32

 

Bengkel Kutipan Data SMPP/EMIS Data Berakhir 31 Januari 2008 Akan Diadakan Mengikut Kumpulan
Seperti Jadual Di Bawah;

Kumpulan
Tarikh
Sekolah
1
31 Januari 2008
Semua SJK(C), SJK(T), SK. JBA6001 hingga JBA6006 Lihat Senarai
2
4 Februari 2008
Semua SMK, SMT, SMA(An-Nur) Dan SK..JBA6007 hingga JBA6024 . Lihat Senarai
3
5 Februari 2008