Ucapan Persaraan PPD

Nama :
Dari ? :
Email :
Ucapan  

Fri, 26 Jun 2009 - Semua Warga SK Kopok (SK Kopok)
Malam gelita menanti hujan, Telaga penuh dinanti timba, Salam bahagia buatmu Puan, Semoga Allah lindungi sentiasa. Mari berteduh di pohon gelam, Langit 'kan runtuh bertimpa-timpa, Warga SK Kopok menyampai salam, Jangan dilupa kami semua. Setulus Ingatan Bakti dan Budimu dari seluruh warga SK Kopok.


Thu, 25 Jun 2009 - warda binti Ismail (smkpg2)
Semoga persaraan bonda membuka ruang berkarya dan berkreativi yang lebih luas kepada bonda. Semakin terisi hidup bonda dengan aktiviti untuk diri sendiri setelah sekian lama berbakti dan menyinari hidup kami di sini. Terima kasih atas segalanya...


Thu, 25 Jun 2009 - Pn. Hjh Majlah Binti Hj. Ayup & En. Mazn (GPK 1 SMK Pasir Gudang 2 & Lecturer UTHM)
We wish for your retirement. Thank you for everything you've done. Our pleasant memories of you, we’ll recall and carefully save. The best of all your days, may you discover sweet fulfillment in new and rewarding ways. Hopefully you'll be fulfilled, happy & peace. May ALLAH bless your life. Thank you... :)


Wed, 24 Jun 2009 - AIN BTE IZAHAR (SMK SERI ALAM 2)
Kami warga kerja SMK Seri Alam 2 , mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Hari Lahir kepada Puan PPD. Terima kasih yang tidak terhingga atas dorongan, sokongan , bantuan dan bimbingan yang diberikan. Sewangi Kasih, Seharum Budi, Sekalung Ingatan dan Jasamu Dikenang Terima kasih


Tue, 23 Jun 2009 - FATIMAH BT ABD HAMID (GB SK TAMAN BUKIT TIRAM)
Selamat Bersara kepada Cik Zaiton Bt idris, Pegawai PPD Pasir Gudang & Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-56. Tahniah kepada pegawai2 di PPD Pasir Gudang kerana berjaya mengadakan sebuah majlis persaran Puan PPD. Syabas juga diucapkan kepada jawatankuasa jamuan(khusus untuk En Mohamad Bin Mahmud) yang begitu dedikasi bagi menyediakan persiapan jamuan dan memastikan majlis berjalan dengan jayanya.Terima Kasih dan Salam Persaraan.


Tue, 23 Jun 2009 - Radziah Razuan (SMK. Pasir Gudang)
Assalamualaikum, Selamat bersara Cikgu dan terima kasih di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang cikgu berikan selama ini. Hampir tujuh tahun bersamamu di SMKPG, cikgulah ibu yang mewah dengan kasih sayang, rakan yang sentiasa mendengar dan memahami dan seorang pemimpin yang senang didekati, tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa memberi panduan. Senyumanmu tetap terpahat dihati, kecekalan dan ketenanganmu amat dikagumi. Jasa cikgu kekal dalam ingatan, semoga dirahmati Allah sentiasa. Terima kasih di atas segala-galanya.


Tue, 23 Jun 2009 - WARGA SMKPG2 ()
Assalamualaikum. Selamat bersara diucapkan kepada bonda PPD..Cik Zaiton bte Idris. Semoga Allah jua yang dapat membalas segala jasa yang telah dicurahkan spanjang perkhidmatan puan dari mula hingga akhir. Terima kasih cikgu..


Tue, 23 Jun 2009 - bonda (zihan (unit kewnagan PPDPG))
salam persraan buat bonda tersayang,happy besday...semoga sentiasa sihat dan sentiasa dibawah lindungan Allah.


Tue, 23 Jun 2009 - WARGA SK SERI KOTA PUTERI (SK SERI KOTA PUTERI)
Salam sejahtera. Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara diucapkan kepada Puan PPD yang dikasihi. Kami akan meneruskan usaha Puan untuk menjadikan daerah Pasir Gudang terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga kami akan mendapat pengganti sebaik Puan. Akhir kata salam perpisahan daripada kami. " Seketika di PPD, selamanya abadi, jauh di mata dekat di hati"


Tue, 23 Jun 2009 - NEZHAN BIN MD ESA (PEN. PENGARAH PENGURUSAN DATA & ABM, JPN)
Salam Persaraan kepada Cik Zaiton, semoga jasa baik yang telah dicurahkan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t. Semoga dikekalkan kesihatan dan dapat beramal kepada Ilahi. Jasa guru kekal abadi. Daripada ex-student MPTI 1993-95. Terima kasih segalanya.


Tue, 23 Jun 2009 - MOHD RADZIF BIN YUSOF (JABATAN PELAJARAN JOHOR)
Salam, Selamat Bersara kepada Bonda. Semoga ALLAH membalas semua jasa yang telah dicurahkan. Terima Kasih Atas tunjuk ajar, ilmu dan segala yang telah dicurahkan.


Mon, 22 Jun 2009 - HJ SAMSUDIN.BIN HJ A.BAKAR ((SK.PERIGI ACEH))
ASSALAMUALAIKUM,diucapkan salam perpisahan dan selamat bersara dalam perkhidmatan rasmi sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang.Semoga segala perkhidmatan yang ditabur bakti kepada insan yang kenali sebagai murid dan guru yang pernah belajar dan mengajar akan diberkati Allah .Semoga Allah kurniakan akan kesihatan yang baik samada jasmani atau rohani,diberkati akan umurnya,diluaskan rezekinya dipermudahkan akan segala urusan yang baik baginya, diberikan taufik ,hidayah dan inayaah serta dijauhkan segala perkara yang memudaratkan dirinya dan sentiasa berada didalam keberkatan dan kerahmatan Allah jua.... amin!Walau dimana jua sekalipun kenangan tetap kenangan jua.TERIMA KASIH CIKGU !


Mon, 22 Jun 2009 - Tang Wai Hong (SK Taman Daya)
Salam sejahtera dan salam muhibbah. Terima kasih di atas segala bimbingan, sokongan, nasihat dan tunjukajar yang puan berikan kepada saya. Selamat menyambut Hari Lahir dan selamat bersara. Semoga puan sentiasa diberkati kesejahteraan dan kebahagiaan. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.


Mon, 22 Jun 2009 - EN AIDILADHA RAZAD (SMK PASIR GUDANG)
SALAM PERSARAAN KEPADA PUAN PEGAWAI PPD PASIR GUDANG. SEMOGA SEGALA JASA BAKTI MURNI PUAN MENDAPAT KEBERKATAN DAN LIMPAH KURNIA-NYA. SALAM KEMAAFAAN JUA DAN DOAKAN KEJAYAAN KECEMERLANGAN SAYA DALAM MENDIDIK ANAK BANGSA DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


Sun, 21 Jun 2009 - Norashuha Binti Tajuddin (SMK Taman Mount Austin)
Salam sejahtera untuk bonda. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran, moga dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Tiada salam perpisahan untuk bonda yang akan bersara pada 23 Jun 2009 ini. Ini adalah disebabkan anakanda tidak pernah mahu berpisah atau terputus hubungan dengan bonda. Terkenang semasa mula bertatih untuk menjadi guru di MPTI, bonda bersama Cik Nahariah dan Pn Ropiah adalah insan yang setia tanpa jemu mendidik dan membimbing anakanda. Ketika badai melanda, bonda ada disisi untuk mengesat air mata ini. Bonda bukan sahaja mengajar tetapi bersedia menjadi pengganti ayah bonda semasa anakanda di MPTI. Sesekali anakanda merasa masakan kenduri di rumah bonda. Kenangan itu amat manis. Kini walaupun anakanda mengecapi pelbagai kejayaan dan kebahagian, bonda dalam senyum masih tidak jemu menitip nasihat dan panduan. Pinta anakanda, walaupun istilah persaraan 20 Jun 2009 akan bonda terima, namun anakanda berharap tiada kata perpisahan antara kita. Ya ALLAH berkatilah bondaku. KAU dirahmatilah dia dan berikan keceriaan kepadanya dalam meniti hari-hari persaraannya. AMIN... Salam Kasih Sayang dari anakanda.


Sun, 21 Jun 2009 - ZAITON BT IDRIS (PPD PASIR GUDANG)
BUAT SEMUA YANG MENGENALI SAYA DAN YANG TELAH MENGHANTAR UCAPAN MENGUSIK JIWA. DI SINI AKU MENCARI REZEKI BERBAKTI KEPADA NUSA DAN BANGSA SEMUANYA KINI TERASA KECIL MENGIMBAU KENANGAN LALU DI SINI MENGENAL RAKAN GURU KEAKRABAN TEMAN KINI DISANJUNGI WALAUPUN KINI KITA AKAN BERJAUHAN MENGIKUT HALA TUJU YANG DIIMPIKAN KENANGAN TETAP DI INGATAN KENANGAN PENUH WARNA MENGHIASI KEHIDUPAN SEHINGGA KITA BERTEMU LAGI WAHAI RAKAN-RAKAN GURU....WALAU DI MANA ANDA BERADA TERIMA KASIH CIKGU...... SALAM PERSARAAN DARIPADA SAYA 23 JUN 2009


Sun, 21 Jun 2009 - ABDUL AZIZ HOW BIN ABDULLAH (PPD JOHOR BAHRU)
Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung P/S : Selamat Bersara.. Moga Panjang Umur..Sihat Sejahtera..=Caring & Friendly


Sat, 20 Jun 2009 - WOON CHUN HONG (SMK BANDAR SERI ALAM)
Salam sejahtera , Selamat Hari lahir dan Selamat Bersara Kepada Yang Berbahagia Cik Zaiton bte Idris terima kasih diatas sumbangan berkhidmat sebagai pegawai pelajaran daerah pasir gudang , Tahniah dan syabas kerana telah berjaya melakar kejayaan dan kegemilagan atas sumbangan jasa.... semoga dimurah rezeki dan dipanjangkan umur ! TERIMA KASIH CIKGU ! SALAM BERPISAH !


Sat, 20 Jun 2009 - HJH.MASHANAH BT HJ.JAFRI (SK BEKOH, LEDANG)
Assalamualaikum. Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan selamat hari lahir dan seterusnya mengucapkan selamat bersara kepada Cik Hjh.Zaiton bt Idris, PPD Pasir Gudang. Terima kasih atas segala bimbingan dan nasihat sepanjang saya berkhidmat di bawah pentadbiran puan sebagai GB di SK Johor Jaya 1 (Jun 2008 - Mac 2009). Semoga puan akan sentiasa sihat sejahtera dan ceria selalu dalam melalui hari-hari yang mendatang. Segala kesilapan sepanjang bersama pohon dimaafi. Panjang umur mudah-mudahan dapat berjumpa lagi. Insya-Allah. JASAMU DIKENANG.


Sat, 20 Jun 2009 - hazlyiana anida bt. adam (smk. permas jaya 3)
saya ucapkan salam perpisahan kepada puan semoga puan dalam keadaan sihat sejahtera . aminnnnnnnnnnnnn


Sat, 20 Jun 2009 - MD ZAKUAN BIN MOHAMED (Sk Kangka Tebrau)
Saya mewakili guru-guru jQAF daerah Pasir Gudang mendoakan agar hari-hari persaraan puan senantiasa dipenuhi dengan mardatillahi Taala dan kebahagian yang berterusan. " Pasakkan Thabat Depani Cabaran Yang Mendatang" Sekalung Penghargaan di atas rimbunan nasihat dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada kami.... Sekian, terima kasih


Sat, 20 Jun 2009 - ong swee siew (sjkc foon yew 5)
selamat bersara dan semoga tuhan berkati puan sentiasa sihat dan gembira


Fri, 19 Jun 2009 - KHAIRUN NISAK JOHDI (PERMAS JAYA, JB)
Selamat bersara kepada Pn PPD yang dikasihi, Hajjah Zaiton Binti Idris, Terima kasih sekalung budi atas sokongan dan tunjuk ajar, semoga kebahagiaan dan kesejahteraan terus memayungi kehidupan, Terima kasih.


Fri, 19 Jun 2009 - Che Abu Bakar Bin Che Omar (GPK KOKO SK KEMPAS JOHOR BAHRU)
Saya pernah bertugas sebagai PK HEM SK TAMAN DAYA 2 (April-Disember 2008)Saya dan keluarga mengucapkan selamat bersara, semoga terus berbakti kepada masyarakat selepas bersara nanti.Jasa bakti akan dikenang selama-lamanya. Terima kasih.


Fri, 19 Jun 2009 - Fazlin Azzila Binti Omar ()
Salam sayang buat Puan PPD Selamat Bersara & Selamat Hari Lahir,Semoga puan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sihat.Terima Kasih tidak terhingga diatas segala ilmu dan nasihat yang diberikan.


Fri, 19 Jun 2009 - AZIAN BIN ZAINUL BIDIN (SK KOPOK)
Ingin mengucapkan selamat bersara kepada tuan PPD semoga akan terus ceria dan berbahagia hendaknya. Semua warga kerja SK KOPOK mengucapkan maju jaya pada masa akan datang dan beroleh kesejahteraan hidup baik di dunia mahu pun di akhirat.


Fri, 19 Jun 2009 - Solikin Bin Ahmad (SKPJ 1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Daerah P.Gudang. Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara kepada Cik Zaiton. Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan. Semoga berbahagia selalu. :-)


Thu, 18 Jun 2009 - HAMDAN BIN ABDUL (WARGA SK SUNGAI TIRAM)
ASSALAMUALAIKUM...SAYA WAKIL S/U PIBG DAN WARGA SK SUNGAI TIRAM MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA KEPADA PUAN HAJJAH ZAITON SEMOGA PENGORBANAN PUAN HAJJAJ SELAMA INI AKAN KAMI INGAT HINGGA KE AKHIR HAYAT..."TERIMA KASIH CIKGU ZAITON"...Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar dalam pengurusan sekolah dan kepimpinan.wasaalam BARAKALLAHU FIKI


Thu, 18 Jun 2009 - Ustz.Maizahanim & Ust. Ahmad A`zmi (SMKPG & SMKPP)
Assalamualaiakum wbkth...selamat menymbut hari ulangtahun dan selamat bersara kami ucapkan kepada cikgu. Terima kasih yang tidak terhingga diatas bantuan,tunjuk ajar cikgu kepada kami selama cikgu menjadi pengetua kami dismkpg dan khususnya diatas semangat ,bantuan dan kerjasama yang cikgu berikan kepada kepada kami dalam kami "mengharungi gelombang kehidupan" yang penuh dengan cabaran.Kami sentiasa mendoakan agar cikgu sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah swt,sehat,ceria dan menjalani kehidupan seterusnya dengan penuh keberkatan dan keredhaan Allah. Amin...Maafkan kesalahan kami selama kami berada dibawah bimbingan cikgu.Dan doakan agar kami tenang dan tabah menghadapi "onak kehidupan" yang penuh dengan cabaran ini.SYUKRAN JAZIILAN YA UMMI...


Thu, 18 Jun 2009 - warga smk desa cemerlang (pasir gudang)
Tuai padi antara masak Padi seberang jadi pilihan Doa mengiringi pepisahan puan amatlah banyak Semuga kami mampu mengikut jejak langkah puan. pemimpin yang baik akan sentiasa dikenang Puan adalah antara segelintir pemimpin yang memberi impak positif kepada orang bawahan dengan begitu baik sekali. Nasihat dan teguran kan kami jadikan panduan. Semuga berbahagia, sihat dan sejahtera. Terima kasih puan.


Thu, 18 Jun 2009 - NORZILA OTHMAN (SMK PASIR GUDANG)
Salam penuh kesyahduan buat Puan PPd yang akan bersara, semoga hari-hari persaraan dipenuhi dengan keindahan dan kerahmatan.. Kami di SMK PG mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala jasa dan keperihatinan Puan sepanjang Puan bersama SMK PG, terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan 'keluarga' SMKPG di Fishing Bay Resort sempena Program Hari Keluarga. Semoga pengganti Puan kelak dapat meneruskan kecemerlangan dan dedikasi Puan, seterusnya dapat mendampingi warga pendidikan agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang... Terima Kasih Puan, ALLAH sahaja yang dapat membalas budi luhur Puan, kelembutan dan sentuhan keibuan Puan akan kami ingati sepanjang zaman...


Thu, 18 Jun 2009 - ADAM HJ.SALIM (SK TMN PERMAS JAYA 3)
ASALAMUA LAIKUM,Saya mewakili warga SK.Tmn.Permas Jaya 3 mengucapkan selamat menyambut hari lahir dan selamat bersara pada puan Hjh Zaiton ..semoga Pn.Hjh sentiasa dalam perlidungan Allah S.W.T dan sentiasa dirahmati ,diberkati untuk menempuh masa-masa mendatang dengan tabah dan gembira selalu.Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar dalam pengurusan sekolah dan kepimpinan.wasaalam


Thu, 18 Jun 2009 - Saifullah Bin Ahmad (SK Senibong)
Assalamualaikum. Kami warga SK Senibong dan Ahli Jawatankuasa PIBG mengucapkan "Selamat Hari Lahir" pada 23 JUN kepada Cik Zaiton binti Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Kami juga mengucapkan "Selamat bersara" . Semoga puan sihat, ceria dan bahagia selalu. Jutaan terima kasih kami hulurkan kepada puan kerana selama ini banyak memberi sokongan, bantuan, tunjuk ajar dan nasihat kepada kami warga sekolah Daerah Pasir Gudang.Didoakan semoga puan sentiasa diberikan keberkatan, kesihatan, kerahmatan dan kebahagian. "TERIMA KASIH,CIKGU!


Thu, 18 Jun 2009 - Yusnita @ Jula (Unit Prasekolah JPNJ)
"Selamat Bersara Bonda..." Anakanda doakan moga Kebahagiaan Kesejahteraan dan Keceriaan menjadi milik bonda selamanya......


Wed, 17 Jun 2009 - NORAZLINA BT MOHAMED (SMK TAMAN RINTING 2)
ASSALAMUALAIKUM...SAYA WAKIL DARI WARGA SMK TAMAN RINTING 2 INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR DAN KAMI MENGUCAPKAN SELAMT BERSARA..SEMOGA CIK ZAITON DIBERIKAN KESIHATAN DAN KECERIAAN YANG BERPANJANGAN..KAMI BERTERIMA KASIH ATAS SEGALA SOKONGAN DAN TUNJUK AJAR DARI CIK ZAITON... TERIMA KASIH BANYAK- BANYAK !!!!


Wed, 17 Jun 2009 - Zainon bt Omar (SK Pasir Gudang 3)
Assalamualaikum. Saya mewakili warga SK Pasir Gudang 3 mengambil kesempatan mengucapkan salamat menyambut hari ulang tahun dan selamat bersara kepada Cik Zaiton bt Idris,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Semoga puan dapat mengakhiri tugas sebagai penjawat awam dengan jasa-jasa yang sentiasa dikenang. Doa kami agar puan sihat, ceria dan bahagia di samping keluarga. Terima kasih puan.


Wed, 17 Jun 2009 - Musa bin.P.Mohidin (SK.Seri Kota Puteri 4)
Salam.Tuan,saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bersara dari perkhidmatan kerajaan.Semuga tuan sentiasa dirahmati Allah.Segala tunjuk ajar tuan amat berguna kapada saya dan warga SK.Seri Kota Puteri 4 dan menjadi panduan menjalani alam pekerjaan.Akhir kata,saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika berlaku kesilapan dan kesalahan semasa tuan menjalankan tugas sebagai PPDPG.Terima kasih.


Wed, 17 Jun 2009 - ROSILAH BINTI AHMAD (SMK TAMAN SELESA JAYA 2)
Salam Sejahtera, Selamat Bersara, Terima kasih atas segala jasa cikgu semasa menitipkan ilmu di MPTI, semoga sihat dan gembira menempuhi hari-hari mendatang. Terima kasih cikgu.


Wed, 17 Jun 2009 - Zainab Romani (SMK Mutiara Rini)
Assalamualaikum cikgu, selamat bersara dan terima kasih kerana menjadi guru saya (STARP 1984-85). Semoga cikgu terus ceria, bahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah dan tetap terus menyumbang bakti untuk anak bangsa. Terima kasih cikgu!


Wed, 17 Jun 2009 - GB, GPK,GURU & STAF SOKONGAN (SK TAMAN DAYA)
Selamat Bersara. Didoakan semoga sihat dan ceria selalu. Terima kasih


Wed, 17 Jun 2009 - SUHAILA SAPUAN (SK TAMAN DESA JAYA)
Assalamualikum w.b.t dan salam sayang.Tahniah dan syabas kerana telah berjaya melakar kejayaan dan kegemilagan atas sumbangan jasa, bakti dan pengorbanan mu puan, selama berkelana dalam dunia Pendidikan yang sangat mendamaikan dan indah ini. Bermula dengan langkah seorang guru biasa, dengan tabah dirimu didambakan bergelar pendidik sehingga menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Daerah Bongsu Pasir Gudang, Puan, ternyata dirimu sangat luar biasa. Oleh itu, ucapan terima kasih diberikan kerana saya diberi peluang merasai sentuhan pentadbiran di bawah seliaanmu. Didoakan semoga puan sentiasa diberikan keberkatan, kesihatan, kerahmatan dan kebahagian untuk kehidupan seterusnya. "TERIMA KASIH CIKGU"...


Wed, 17 Jun 2009 - STAF SOKONGAN SMK TAMAN MEGAH RIA (SMK TAMAN MEGAH RIA)
Assalamualaikum..kami staf sokongan smk taman megah ria mengucapkan selamat bersara & selamat ulang tahun kepada Puan PPD. Kami doakan, Puan PPD panjang umur, dimurahkan rezeki & sentiasa sihat selalu. Semoga Puan PPD sentiasa dirahmati Allah selalu. Amin....


Wed, 17 Jun 2009 - MOHAMAD ZAKEE ISHAM BIN ABD GHANI (SJK(T) LADANG MADOS)
Salam.Saya wakil daripada SJK(T) Ladang Mados ingin mengucapkan selamat bersara kepada Cik Zaiton Binti Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan ingin meluahkan jutaan terima kasih di atas segala perhatian dan tunjuk ajar yang diberikan kepada pihak kami. Dan kami berbesar hati kerana Cik Zaiton pernah merasmikan msjlis penutupan Larian Hijau RIMUP 2008 yang telah diadakan di sekolah dan merupakan satu penghormtan yang besar kepada pengurusan sekolah kami. Di harap Cik Zaiton dapat menikmati suasana persaraan dengan penuh keceriaan dan kegembiraan dan kami warga SJK(T) Ladang Mados mendoakan agar berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah hendaknya. Amin. Sekian, terima kasih.


Tue, 16 Jun 2009 - Hjh Bedah bte Bidin (SK Taman Megah Ria)
Assalamualaikum. Saya mewakili warga SK Taman Megah Ria dan Jawatankuasa M4P Rendah Daerah Pasir Gudang mengucapkan "Selamat Hari Lahir" pada 23 JUN kepada Cik Zaiton binti Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Kami juga mengucapkan "Selamat bersara" dan selamat menjadi YB. Semoga puan sihat, ceria dan bahagia selalu. Jutaan terima kasih saya hulurkan kepada puan kerana selama ini banyak memberi sokongan, bantuan, tunjuk ajar dan nasihat kepada kami warga sekolah dan jawatankuasa M4P Rendah Daerah Pasir Gudang. Terima kasih cikgu!


Tue, 16 Jun 2009 - Jamilah binti Nain (SK Sungai Tiram)
Assalamualaikum.Kami di SK Sungai Tiram ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun dan selamat bersara kepada Puan PPD, Cik Zaiton binti Idris. Semoga gembira menempuhi hari-hari mendatang. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar puan di samping perhatian dan timbang rasa yang jarang ada pada orang lain. Diharapkan kunjungan Puan ke SK Sungai Tiram beberapa kali sepanjang Puan di PPD akan memberi kenangan manis serta maafkan kami jika ada yang terkurang.Jasa dikenang jadi sebutan, budi dijulang jadi ingatan. Terima Kasih, puan.


Tue, 16 Jun 2009 - Abd.Rashid (SK Tmn Pasir Putih)
Saya mewakili semua warga SK Tmn Pasir Putih mengucapkan selamat bersara.Diharap hari yang mendatang dilalui dengan tenang dan didoakan juga agar puan sentiasa sihat selalu.Amin


Tue, 16 Jun 2009 - WARGA SK TMN DAYA 3 ()
Kami warga SK TMN DAYA 3,ingin mengucapkan selamat bersara dan selamat ulang tahun semoga Puan PPD sentiasa di rahmati Allah.Jasamu kami kenang dan jutaan terima kasih.


Tue, 16 Jun 2009 - HAJI ISMAIL BIN ROSDI@ RADEN ISMAIL (SMK DESA CEMERLANG)
selamat bersa moga sihat dan ceria selalu. Bulan Jun dinanti gembira Bulan Ramadhan kita berpuasa Moga puan sentiasa ceria hidup dilimpah Kasih Yang Kuasa. Dari Ipoh ke Tanah Rata Bekalan perjalanan siap sedia Warga SMKDC selalu dimata Kejayaan diikat dijanji setia


Tue, 16 Jun 2009 - PN ZAWIAH BT MD-AMIN & WARGA SMKPG 3 (SMK Pasir Gudang 3)
Asalamualaikum, Cik Zaiton yang saya hormati.Saya mewakili semua warga SMK Pasir Gudang 3 mengucapkan selamat hari lahir dan selamat bersara. Kami doakan cikgu sentiasa sihat dan berbahagia disamping keluarga. Jutaan terima kasih atas segala sokongan, bantuan dan nasihat yang telah diberikan kepada kami. Secara peribadi, saya banyak terhutang budi kepada cikgu yang banyak membimbing saya untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang. Terlalu banyak yang saya pelajari tapi... satu perkara yang tak dapat saya kuasai, iaitu sfat tenang dan 'cool' cikgu apabila menghadapi situasi-situasi genting@panas. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih cikgu.Walaupun telah bersara khidmat cikgu tetap kami perlukan. Boleh kan.. Dan persahabatan kita kekal selama-lamanya.


Tue, 16 Jun 2009 - ABD RAHIM BIN MOHD ARIS (SMK BANDAR SERI ALAM)
Assalamualaikum. Saya serta seluruh warga SMK Bandar Seri Alam ingin mengucapkan selamat bersara kepada Puan PPD , Cik Zaiton Binti Idris. Terima kasih di atas segala jasa baik dan segala usaha puan ppd sepanjang perkhidmatan puan ppd sebagai peneraju utama di daerah Pasir Gudang.Jasa mu akan tetap dikenang dan tak mungkin hilang diingatan. Patah hilang berganti ...Namun sukar untuk dicari orang yang mempunyai karisma dan semangat yang kental seperti puan ppd. Terima kasih segalanya....


Mon, 15 Jun 2009 - ZOL BIN YAHAYA (SMK PASIR GUDANG 1)
Assalamualaikum. Saya ucapkan selamat bersara, semoga cikgu sentiasa dilindungi Allah. Saya minta maaf di atas apa jua kesilapan semasa bersama-sama cikgu.


Mon, 15 Jun 2009 - BASIR BIN HJ KONIT & WARGA SKKL (SK KONGKONG LAUT)
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM MUHIBBAH...
Saya dan seluruh warga SKKL mengucapkan selamat bersara seterusnya selamat menyambut hari lahir kepada Tuan PPD, Cik Zaiton Binti Idris ..Terima kasih atas segala jasa Tuan selama dalam perkidmatan sebagai pendidik. Jasamu Tetap Dikenang...
Setiap yang mula akan berakhir.. Setiap yang muda meningkat usia..
Begitulah yang akan dihadapi dalam hidup ini.KAMI BERDOA AGAR TUAN PPD SENTIASA DIRAHMATI DAN DIREDHAI ALLAH SWT.
Amin...


Mon, 15 Jun 2009 - Rohana Bt. Haji Bahari (Sk. Taman Bukit Tiram.)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sesungguhnya, seluruh warga PPD Pasir Gudang amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh tuan. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan tuan yang tidak pernah mengenal penat lelah, telah membawa PPD Pasir Gudang ke tahap yang lebih baik dan membanggakan. Tiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat dan lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan walau sukar untuk ditelan, Persaraan bukannya bermakna berakhirnya sumbangan tuan terhadap usaha untuk memajukan pendidikan. Sesunguhnya, jauh disudut hati , harapan agar tuan akan terus menaburkan khidmat bakti untuk negara dalam konteks yang tidak formal khususnya dalam bidang pendidikan. Akar keladi melilit selasih. Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Ayam itik di pinggir hutan, Nampak dari tepi telaga, Nama yang baik jadi kenangan, Seribu tahun dikenang juga.


Mon, 15 Jun 2009 - NORMIZAN BINTI MOHD YUSOFF (SK PERMAS JAYA 4)
Selamat Bersara buat Tuan PPD yang sangat kita sayangi. Kita telah kehilangan satu permata yang bermakna di PPD Pasir Gudang. Walaupun beliau sudah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah, tetapi beliau tidak pernah melupakan kami yang berada di bawah seperti Kakitangan-kakitangan Sokongan di Daerah Pasir Gudang. Beliau adalah seorang penjawat awam yang tegas dan berdedikasi serta disayangi oleh kita semua di daerah Pasir Gudang. Selamat menjalani hari-hari mendatang dengan sabar dan tabah. Semoga ceria selalu hendaknya.


Mon, 15 Jun 2009 - Norela BT Ahmad (SMK DP)
Saya mewakili warga kerja SMK Dato' Penggawa Timur, mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Pn PPD Cik Zaiton bt Idris. Semoga Pn PPD dipanjangkan usia, sihat selalu dan dapat meneruskan menabur bakti kepada warga pendidik. Jasa dan sokongan Pn PPD kepada kami sangat banyak tidak terbilang oleh jari jemari, dengan sokongan Pn PPD kami dapat mencapai banyak kejayaan baik dalam bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi yang ikhlas itu. AMIN.Terima kasih tidak terhingga juga diatas perhatian yang diberikan selama ini kepada sekolah SMK Dato' Penggawa Timur. SAKIT SUNGGUH TERKENA SEMBILU SAKIT LAGI TERSENGAT TEBUAN MEMANG HATI TERASA PILU TERPAKSA BERPISAH DENGAN PUAN.


Mon, 15 Jun 2009 - Us Ziman bin Mohammad (PPD Kulai)
Selamat bersara diucapkan dan tahniah kerana dapat menamatkan tugas dalam perkhidmatan awam dengan jayanya, Syukur juga puan masih dilimpahkan ni'mat kesihatan sehingga kini dan diharapkan akan berpanjanga Insyakallah...... "Selamat Bersara"


Mon, 15 Jun 2009 - ibnu_Umar (SK Permas Jaya 5)
Selamat bersara, Jasa mu tetap dikenang. Saya dan rakan-rakan serta semua warga SK Permas Jaya 5 mendoakan kebahagiaan puan. Sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan. Andainya termakan, terminum halalkan kami. Wassalam.


Mon, 15 Jun 2009 - PN AZIZAH BINTI MOHD ZAKI (PENGETUA, GURU-GURU, STAF SOKONGAN, PELA)
ASSALAMUALAIKUM............. KHAS BUAT YANG DI HORMATI CIK ZAITON BINTI IDRIS SELAMAT BERSARA DAN HAPPY BIRTHDAY. KAMI DOAKAN AGAR PUAN SENTIASA DI BERKATINYA DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN DAN BIMBINGAN KEPADA KAMI SEMUA.


Mon, 15 Jun 2009 - MOHD IRWAN BIN IDRIS (SMK TAMAN MEGAH RIA)
ASSALAMUALAIKUM WBT. Setiap dari kita akan meningkat umur. Setiap dari kita akan meredah cabaran. Namun, setiap dari kita akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam. Di bawah kepipimpinan Pegawai PPD Pasir Gudang kita Cik Zaiton Bt Idris, PPD kita semakin maju ke hadapan. Diharapkan dapat diteruskan perkhidmatan di Pasir Gudang tapi apakan daya perkhidmatannya sudah sampai tempohnya. Kami warga dari SMK Taman Megah Ria berharap Puan PPD dapat memberi khidmad nasihat mencurah bakti lagi kepada daerah ini. KAMI BERDOA AGAR PUAN PPD DICURAHKAN RAHMAT DARI ILAHI. KHIDMAT BAKTI AMAT KAMI HARGAI. WA'ALLAH A'LAM WASSALAM


Mon, 15 Jun 2009 - Muhammad Nur Farhan Bin Mohd Sukri (Bekas Pelajar SMKPG ( 1 ) 2004 - 2008)
Selamat beristirehat...Saya mendoakan agar cikgu bahagia dengan kehidupan yang akan datang ini..saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mengajar saya hingga sekarang saya telah berjaya melanjutkan pelajaran saya ke Kolj Poly _ Tech Mara Batu Pahat dalam progam Diploma In Computer system & Networking...Cikgu..tanpa mu saya takkan berjaya samapi ketahap ini..Semuanya berlaku didepan mata saya ketika saya masuk ke SMKPG(1) dan ketika cikgu dinaikkan pangkat menjadi pegawai ppdpg..Insyaallah jika tiada sebarang halangan saya pula akan mengajar di SKKPG (1)..Sekian dari saya cikgu..Jika ada terluang masa sms atau telefonlah saya cikgu..saya takda nombor cikgu..Ni Nombor saya : 017-7404469 / 017-70442718 dan email hot_paan@yahoo.com / paan_hot@yahoo.com.my / al_hidayahtul_hikmah@yahoo.com.my..... Cikgu sekian dari anak muridmu Muhammad Nur Farhan Bin Mohd Sukri...


Sun, 14 Jun 2009 - zurainee binti lakiman (sk kongkong laut)
Assalamualaikum w.b.t..

Tanggal 23 Jun semakin menjelma. Pada detik itu, warga PPD Pasir Gudang tidak dapat menghalang pemergian Tuan PPD yang akan bersara.

Keramahan Tuan PPD menjadikan beliau mudah didekati. Segala masalah dapat ditangani dengan baik dan berhemah. Beliau menangani segala aduan dengan begitu baik sekali demi menjaga dan merapatkan lagi hubungan sillaturrahim.

Orang berpengalaman seperti beliau sering melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh kesungguhan dan mencurahkan ilmu demi kebaikan semua pihak. Sifat dedikasi dan ketegasan, menjadikan beliau seorang yang sentiasa dihormati serta disegani.

Tuan PPD seorang yang mempunyai iltizam yang tinggi. Segala masalah dicarikan jalan penyelesaiannya dengan strategi komunikasi dan pendekatan perhubungan yang begitu baik dan bersopan – santun. Setiap lontaran idea akan disusuli dengan usaha yang terancang dan diikuti ikhtiar yang tinggi.



PPD Pasir Gudang tempat bercerita,

Duduk berbual sambil berangan,

Walaupun kini tamat perkhidmatannya,

Segala jasamu menjadi teladan.



Jamuan dihidang pembuka selera,

Tidak terkira nilainya berapa,

Sunguhpun tuan akan bersara,

Harap kami tidak dilupa.