Skip to main content.

WARGA PPD MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI UJIAN PERCUBAAN UPSR 2008


Tindakan Segera


  1. Penghantaran Data NILAM Zon PPD Pasir Gudang
  2. - Tindakan : Guru NILAM dan Guru Perpustakaan Media Sekolah
  3. PENGEMASKINIAN ANTI VIRUS KARPERSKY PERINGKAT SEKOLAH
  4. - Tindakan : Penyelaras Makmal Sekolah / Juruteknik Komputer

Berita Terkini


27 Jul 2008 - Ahad Penghantaran Data NILAM Zon PPD Pasir Gudang

Terima kasih kepada semua GPM sekolah bagi zon PKG Pasir Gudang,Permas Jaya dan Tiram yang telah menghantar disket data bacaan NILAM Januari-Jun 2008.Terdapat sebilangan sekolah yang masih belum menghantar disket tersebut. Mohon kerjasama GPM sekolah berkenaan untuk menghantar ke PKG masing masing. Data akan dihantar ke BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia awal Ogos 2008.Data boleh dihantar melalui email [ pastikan telah dizip mengikut format perisian eNILAM,dan bebas virus ] ke mail box PKG Pasir Gudang. [ pkg_pasir_gudang@moe.edu.my

Maklumat  berkaitan dengan NILAM , Pusat AKSES dan Makmal Perkomputeran Sekolah terkandung dalam instrumen pemantauan PKG ke sekolah yang boleh diturunmuat  di laman web PKG Pasir Gudang.



Tindakan : Guru NILAM dan Guru Perpustakaan Media Sekolah

Ditulis oleh : Halimi Bin Yaacob | Peg. Teknologi Pendidikan



24 Jul 2008 - Khamis MESYUARAT PEMBINAAN APLIKASI SOKONGAN EMIS DAN PRESTASI SSM

Mesyuarat pembinaan aplikasi tersebut telah dijalankan pada butiran seperti berikut:

Tarikh      : 23 dan 24 Julai 2008
Tempat    : Bilik Mesyuarat SMK Tasek Utara, Johor Bahru.

Semua Pegawai Khas Maklumat Daerah seluruh Negeri Johor terlibat dalam pembinaan aplikasi tersebut yang diketuai oleh En. Fadzli Bin Ripin, Pegawai Maklumat JPNJ.


jpn1.jpgjpn2.jpgjpn3.jpg
Ditulis oleh : Mohamad Lutpi Bin Haji Abdul Ghani | Pegawai Khas Maklumat



24 Jul 2008 - Khamis KURSUS OPEN SOURCE DYNAMIC WEB

Kursus tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya. Semua peserta telah diterapkan dengan pelbagai teknik dan kaedah penghasilan web dinamik mengikut era perkembangan teknologi terkini yang mencabar. Joomla dan Moodle adalah antara modul yang digunakan.


web1.JPGweb2.JPGweb3.JPG
Ditulis oleh : Mohamad Lutpi Bin Haji Abdul Ghani | Pegawai Khas Maklumat



24 Jul 2008 - Khamis PERTANDINGAN BADMINTON MSKPP PASIR GUDANG

Pertandingan tersebut akan diadakan pada :

       Tarikh Pertandingan : 08.08.2008 hingga 10.08.2008

       Masa                          : 08.08.2008 dan 09.08.2008 (2.00 Petang hingga 6.00 Petang
                                           10.08.2008 (8.00 Pagi hingga 6.00 Petang)
       Tempat                      : SJK ( C ) Pandan

        Penyertaan                : 1. Terbuka kepada semua warga yang bekerja di bawah Kementerian
                                                Pelajaran Malaysia
                                            2. Pemain yang bermain acara perseorangan boleh
menyertai acara   bergu.
Tarikh tutup penyertaan : Pada atau sebelum 02.08.2008

Segala pertanyaan sila hubungi En. Mohd. Ezzad Bin Salman ditalian 012-3305446.



Ditulis oleh : Norhidayah Binti Husin | Pem. Tadbir



24 Jul 2008 - Khamis MESYUARAT PENGURUSAN KAUNSELING ( HEADCOUNT )

      Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dibawah Unit Kaunseling dan Keutuhan telah melaksanakan  mesyuarat Headcount Kaunseling daerah Pasir Gudang.

     Mesyuarat tersebut telah diadakan  di Dewan Mutiara 11 SMK Taman Desa Jaya. En Rosli Bin Mohamad, Ketua Unit, Unit Kaunseling dan Keutuhan Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah dijemput untuk memberikan taklimat kepada semua 98 orang kaunselor dan Guru Bimbingan sekolah menengah dan rendah daerah Pasir Gudang.

      Pelaksanaan program Headcount Kaunseling ini bagi memantapkan pencapaian akademik pelajar melalui UPSR,PMR dan SPM pada tahun ini.



hedcoun11.JPGhed22.JPGhed33.JPG
Ditulis oleh : Azizurahman Bin Samian | Kaunselor Pentadbir



24 Jul 2008 - Khamis PENDEKATAN "HOME THERAPY" DALAM MENGURUS STRES

      Pendekatan "Home Therapy" adalah pendekatan alternatif dalam mengurus stres dikalangan tenaga kerja dalam meningkatkan produktiviti dan persekitaran kerja sihat.

      PPD Pasir Gudang dibawah Unit Kaunseling dan Keutuhan telah memperkenalkan pendekatan "Home Therapy" dalam mengurus stres dengan bantuan En Maslizam Bin Mohd ( Kaunselor SMK Taman Desa Jaya ) dan Pn Siti Mahani Binti Abd Majid ( Kaunselor SMK Dato Penggawa Timur).

       Program ini telah mendapat sambutan oleh guru-guru sekolah daerah Pasir Gudang. Sebanyak 14 buah sekolah telah didedahkan dengan pendekatan ini dan didapati ia mampu membendung masalah stres yang dialami.

       Program ini juga telah dilaksanakan kepada kakitangan JPNJ dan PPD setiap daerah Negeri Johor dibawah kelolaan Unit Kaunseling dan Keutuhan JPNJ sebanyak 2 siri di Ismah Beach Resort, Melaka.

       Pendekatan yang dipraktikkan iaitu terapi urutan,terapi aroma, terapi seni, terapi muzik, terapi tarian, terapi solat, terapi zikir dan terapi komunikatif.

       Harapan agar program ini dapat disebarluaskan kepada semua warga sekolah dan PPD supaya pengurusan stres dapat diurus secara bijak.



edit sret.JPGstres2.JPGstres3.JPG
Ditulis oleh : Azizurahman Bin Samian | Kaunselor Pentadbir



24 Jul 2008 - Khamis PELAKSANAAN PROGRAM "PT Mc CARE" DAERAH PASIR GUDANG.

          Pelaksanaan PT Mc Care di semua sekolah daerah Pasir Gudang berjalan seperti yang dijadualkan. Pihak Kaunselor Pentadbir PPD Pasir Gudang mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih diatas tindakan dan kerjasama yang diberikan oleh semua sekolah.

         Semua sekolah menengah terdiri daripada 32 buah sekolah dan 66 buah sekolah rendah daerah Pasir Gudang telah menjalankan program ini seperti yang diarahkan oleh pihak PPD dan JPNJ dengan bantuan pihak pengetua dan guru besar serta pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah dan rendah.

        Harapan PPD agar program ini akan dilaksanakan secara berterusan semoga daerah Pasir Gudang akan cemerlang, gemilang dan terbilang.



Ditulis oleh : Azizurahman Bin Samian | Kaunselor Pentadbir



23 Jul 2008 - Rabu PENGEDARAN ENAM JUDUL " SIRI BUKU MINDA MELAYU"

Untuk perhatian Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang.

Yayasan Kajian & Strategi Melayu ( YKSM ) telah mendermakan Siri Buku Minda Melayu yang mengandungi 6 Judul seperti berikut;

1. Melayu Boleh Berubah

2. Melayu Mentaliti Kelas Pertama Antara Impian Dengan Kenyataan

3. Minda Melayu dan Islam

4.Budaya Survivalisme Sebagai Peransang Kecemerlangan Bangsa

5. Pengaruh Islam Terhadap Minda Politik Melayu

6. Mengambil Iktibar daripada Bangsa-bangsa Berjaya

Sehubungan dengan itu, buku tersebut oleh diambil di pigeon hole PPD Pasir Gudang mulai hari ini 23 Julai 2008



Ditulis oleh : Erny Binti Yahaya | Pem. Tadbir



23 Jul 2008 - Rabu CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI DEEPAVALI 2008

Surat dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP(BS/Dsr)201/001/19(10) bertarikh 9 JULAI 2008 telah memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil cuti peristiwa dan cuti tambahan berganti seperti berikut:-

KUMPULAN B – Negeri-Negeri Yang Hari Hujung Minggunya Hari Sabtu dan Ahad

 

Tarikh Cuti.

Jenis Cuti

Tarikh Ganti

28 OKTOBER 2008
(SELASA)

CUTI PERISTIWA

TIDAK PERLU DIGANTI

29 OKTOBER 2008
(RABU)

CUTI BERGANTI

6 SEPTEMBER

Cuti tambahan ini hendaklah digantikan pada hari-hari Sabtu yang telah ditetapkan walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari. Kelulusan cuti peristiwa dan cuti tambahan berganti tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan ini tidak diberikan secara menyeluruh. Permohonan hendaklah dihantar ke Unit Pentadbiran Am untuk perhatian En. Mohd Afandi Bin Abdullah.



Tindakan : Pengetua

Ditulis oleh : Mohd Radzif bin Yusof | Pegawai Khas Menengah



23 Jul 2008 - Rabu PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA KALI KE-47

Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan persidangan tersebut seperti ketetapan berikut:-

Tarikh                   : 28 - 31 JULAI 2008
Masa Pendaftaran : 2.00 petang - 4.30 petang (28 JULAI 2008)
Tempat                 : Hotel The Zon Regency, Johor Bahru Johor 
                              (07-2219999)



Tindakan : Pengetua

Ditulis oleh : Mohd Radzif bin Yusof | Pegawai Khas Menengah



23 Jul 2008 - Rabu KURSUS OPEN SOURCE DYNAMIC WEB

Kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh      : 24 dan 25 Julai 2008 ( Khamis dan Jumaat )
Masa       : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat    : PKG Pasir Gudang

Tenaga Pengajar : Unit LDP Institut Perguruan Temenggong Ibrahim


Surat Panggilan dan Senarai Nama Peserta (134) - klik utk muat turun

Ditulis oleh : Mohamad Lutpi Bin Haji Abdul Ghani | Pegawai Khas Maklumat



23 Jul 2008 - Rabu PROGRAM PERTUKARAN GURU ANTARA BUDAYA NZ-MALAYSIA

Program tersebut telah dilaksanakan selama 3 hari di SMK Taman Pasir Putih. Berikut adalah biodata peserta pertukaran guru:

Nama            : Kara Dixon
Negara          : New Zealand
Sekolah         : Southland College, Invercargill,nz
Kelayakan     : Sarjana Muda Pendidikan SeniDan Bahasa Inggeris


Ditulis oleh : Mohamad Lutpi Bin Haji Abdul Ghani | Pegawai Khas Maklumat



22 Jul 2008 - Selasa KARNIVAL TINGKATAN ENAM DAERAH PASIR GUDANG 2008

Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan Enam Daerah Pasir Gudang akan menganjurkan  Karnival Tingkatan Enam Daerah Pasir Gudang 2008. Acara yang dipertandingkan sepanjang karnival tersebut adalah Bowling, Pentanque, Public Speaking, Pengucapan Awam, dan Bahas Ala Parlimen. Semua pertandingan akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

                       

Bil

Permainan / Acara

Tarikh

Masa Pendaftaran

Tempat

1

Bowling

23 Julai 2008

1.30 PM

Pusat Bowling Taman Johor Jaya

2

Public Speaking dan Pengucapan Awam

24 Julai 2008

1.30 PM

SMK Pasir Gudang 2

3

Bahas Ala Parlimen

28 Julai 2008

1.30 PM

SMK Dato’ Penggawa Timur

4

Pentanque

29 Julai 2008

1.30 PM

SMK Taman Daya

 



Ditulis oleh : Mohd Radzif bin Yusof | Pegawai Khas Menengah



22 Jul 2008 - Selasa KARNIVAL SUKAN DAN MAJLIS BULAN KECERGASAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

Karnival Sukan dan Majlis Bulan Kecergasan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

       Tarikh     : 02 Ogos 2008 ( Sabtu )

        Masa     : 7.00 Pagi

        Tempat : SMK Taman Daya

Sehubungan dengan itu, pada pagi tersebut majlis akan dimulakan dengan Aktiviti Senaman Pagi Perdana yang akan di sertai oleh Semua Warga Pendidik PPD Pasir Gudang, Semua Pengetua, Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan adalah dikehendaki hadir untuk menyertai senaman tersebut.Komitmen dan kesediaan tuan untuk menjayakan karnival ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 



Ditulis oleh : Norhidayah Binti Husin | Pem. Tadbir



22 Jul 2008 - Selasa KARNIVAL j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH PASIR GUDANG 2008

Karnival ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh    : 26 Julai 2008

Hari       : Sabtu

Masa     : 7.45 pagi - 1.30 tengahari

Tempat  : Dewanraya Taman Cendana, Masai

Sebanyak 3 acara yang akan dipertandingkan iaitu Dikir Barat, Kalam Jama'i (Choral speaking) dan Hadiqatul kalimat. Semua pertandingan ini di dalam Bahasa Arab.

Semua dijemput hadir.



Ditulis oleh : Ustaz Mahmood Bin Kassim | Penolong PPD Pendidikan Islam Dan Moral



21 Jul 2008 - Isnin MAKLUMAT DIRI PEGAWAI KANAN SEKOLAH MENENGAH

Mohon kerjasama semua Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang untuk melengkapkan perkara berkenaan mengikut format yang diberikan TANPA MENGUBAHNYA.

Bagi sekolah menengah Gred B, sila lengkapkan semua maklumat berkenaan dan isikan di ruang CATATAN sebagai 'LANTIKAN DALAMAN'

Sila hantar maklumat yang telah lengkap dalam bentuk "HARD COPY' dan "SOFT COPY"  untuk perhatian En. Supiandi Bin Yusof

Kerjasama segera yang tuan / puan berikan diucapkan ribuan terima kasih



BORANG PEG. KANAN (64) - klik utk muat turun

Tindakan : PEN. KANAN PENTADBIRAN

Ditulis oleh : Supiandi Bin Yusof | Penolong PPD Menengah



18 Jul 2008 - Jumaat CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1429H

Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah diminta membuat permohonan untuk mengambil Cuti Peristiwa dan Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 1429H seperti berikut;

   
 
 TARIKH CUTI JENIS CUTI   TARIH GANTI
 29 SEPTEMBER 2008 ( ISNIN) CUTI GANTI  26 JULAI 2008 
30 SEPTEMBER 2008 ( SELASA )  CUTI PERISTIWA  TIDAK PERLU DIGANTI 
 3 OKTOBER 2008 ( JUMAAT ) CUTI BERGANTI  9 OGOS 2008 
   
Sila rujuk surat PPD/PGU/SM/09/16/22 bertarikh 18 Julai 2008.    
     



Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Ditulis oleh : Supiandi Bin Yusof | Penolong PPD Menengah



17 Jul 2008 - Khamis KARNIVAL SUKAN DAERAH DAN MAJLIS PENUTUP BULAN KECERGASAN

Majlis tersebut akan diadakan di SMK Taman Daya pada 2 Ogos 2008 mulai jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang.

Acara senam pagi perdana akan dimulakan pada jam 7.30 pagi. Semua Pengetua/ Guru Besar/ GPK/ Pengerusi Kebiru di kehendaki hadir. Pelajar sekolah berdekatan di galakkan hadir untuk senam perdana tersebut.

Pemeriksaan kesihatan percuma disediakan untuk warga pendidik yang berminat.



Ditulis oleh : Daud bin Othman | Penyelia Sukan



16 Jul 2008 - Rabu AJK MSKPP DAERAH PASIR GUDANG, JOHOR

Sila rujuk  lampiran fail dibawah, AJK yang telah dilantik

      

           

           

 

 



Ditulis oleh : Daud bin Othman | Penyelia Sukan



15 Jul 2008 - Selasa Kejohanan Bola Sepak Juara Sekolah MSS Johor.

Kejohanan tersebut akan diadakan di SMK Aris Bendahara dan SMK Sultan Abd Jalil , Kluang Johor pada 18 dan 19 Julai 2008

SMK Pasir Gudang telah terpilih mewakili MSSM dDerah Pasir Gudang Johor. Bersama-sama lah kita mendoakan kejayaan mereka. Anda dijemput hadir menyaksikan kejohanan tersebut.



Ditulis oleh : Daud bin Othman | Penyelia Sukan



arkib berita