banner  
MENJANA MINDA MEMBINA MANUSIA  
  
 
 
 
 

 
 
Terkini

5 Mac 2008- Majlis Perpisahan Pegawai Di PPD

Majlis Perpisahan Pegawai di Hotel Pelangi, Muar telah diadakan bagi meraikan pegawai- pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Muar yang telah berpindah ke sekolah kerana kenaikan pangkat dan keperluan perkhidmatan. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha yang dan bakti yang ditaburkan sepanjang perkhidmatan di PPD. Semoga niat murni tuan-tuan dan puan dapat dimanfaatkan oleh anak-anak murid di sekolah.

 

Malaysia dilantik duduki jawatankuasa majlis IBE

MALAYSIA sekali lagi diberi penghormatan dunia apabila dilantik menduduki Jawatankuasa Pentadbiran Majlis Biro Pendidikan Antarabangsa (IBE), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), selama dua tahun berkuat kuasa bulan lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pelantikan itu dibuat pada mesyuarat Majlis IBE di Pusat Persidangan Varembe, Geneva, Switzerland, pada 23 hingga 25 Januari lalu.

Sambil menjelaskan mesyuarat terbabit dihadiri perwakilan dari 28 negara ahli Majlis IBE, beliau berkata, pelantikan Malaysia adalah mengisi kerusi yang dikosongkan Korea Selatan sebagai wakil rantau Asia dalam jawatankuasa berkenaan.

“Berikutan pelantikan ini, Malaysia akan memainkan peranan dalam urusan berkaitan operasi IBE, khususnya dari segi pentadbiran yang meliputi pelbagai aspek seperti kewangan dan pelaksanaan aktiviti.

“Secara keseluruhan, Malaysia akan memberi sumbangan bermakna menerusi jawatankuasa ini untuk membantu memastikan IBE beroperasi pada landasan tepat,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.


15 Februari 2008-Permohonan Pertukaran Guru Jun 2008 Secara Online
Sukacita dimaklumkan bahawa pertukaran guru antara negeri dan bahagian-bahagian di KPM mulai Jun 2008 akan di buat secara on-line (eGTukar).Sistem akan di buka kepada semua guru-guru yang berkelayakan untuk bertukar antara negeri bermula pada 1 April 2008 hingga 30 April 2008 (1 bulan) melalui laman web KPM di alamat URL http://www.moe.gov.my pada APLIKASI DALAM TALIAN ruangan Perguruan.

Subsisdi CCTV di sekolah banyak jenayah, ponteng
SUBSIDI Kementerian Pelajaran perlu untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah - yang harga setiap satu set RM2,000 hingga RM3,000 - di sekolah yang dikenal pasti `kurang selamat', kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Muat Turun Aplikasi PPSMI

Muat Turun Aplikasi BISP versi sekolah

Muat Turun Aplikasi SMPP/EMIS

 


PENAFIAN:

 

KERAJAAN MALAYSIA DAN JABATAN PELAJARAN JOHOR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

 

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Daerah Muar 2008