Permohonan/Pencalonan Guru Cemerlang Gred DGA32/DGA34/DG44/DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP)

Keterangan:
Syarat-syarat Permohonan/ Pencalonan Guru Cemerlang Gred DGA32/DGA34/DG44/DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP)

Maklumat dan Prosedur
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat pemilihan calon Guru Cemerlang.

2.    Sukacita Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan mengemukakan permohonan/pencalonan pegawai yang layak dari Jabatan/Bahagian/Negeri Y. Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk  tujuan pemilihan Guru Cemerlang GredDGA32/DGA34/DG44/DG48 (KUP) bagi  tahun 2007.

3.    Semasa mengemukakan permohonan/pencalonan, perlu dipastikan calon memenuhi syarat-syarat berikut :-

3.1    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) GredDGA29 dan Gred DGA32 yang sedang mengajar di sekolah/KolejMatrikulasi/Institut Pendidikan Guru/Institut Aminuddin Baki/Politeknik/ Kolej Komuniti.

3.2    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 danGred DG44 yang sedang mengajar di sekolah/Kolej Matrikulasi/InstitutPendidikan Guru/Institut Aminuddin Baki/Politeknik/Kolej Komuniti.

3.3    Telah disahkan dalam jawatan.

3.4    Telah diluluskan Pengisytiharan Harta.

3.5    Mempunyai rekod perkhidmatan bebas daripada tindakan tatatertib.

3.6    Memperolehi  Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang bagi tiga tahun terakhir (85% ke atas).

3.7    Telah lulus Peperiksaan/Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada gred sekarang (Aras III atau Aras IV ).


3.8    Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang PPPLD Gred DGA32:

    a.    Berkhidmat tidak kurang dari 7 tahun pada 01.09.2007 dalam gred DGA29.

    b.    Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.

    c.    Mengajar mata pelajaran kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.


3.9    Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang PPPLD Gred DGA34:

    a.    Berkhidmat tidak kurang dari 3 tahun pada 01.09.2007 dalam gred DGA32.

    b.    Mata pelajaran  kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.

    c.    Mengajar mata pelajaran kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.


3.10    Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang PPPS Gred DG44:

    a.    Berkhidmat tidak kurang dari 7 tahun pada 01.09.2007 dalam gred DGA41.

    b.    Mata pelajaran  kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.

    c.    Mengajar mata pelajaran kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.


3.11    Bagi jawatan Guru Cemerlang PPPS Gred DG48

    a.    Pemohon mestilah PPPS Gred DG44 tidak kurang dari 3 tahun pada 01.09.2007.

    b.    Mata pelajaran  kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.

    c.    Mengajar mata pelajaran kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.



4.    Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah diminta untukmengambil tindakan-tindakan berikut bagi tujuan permohonan/pencalonanini:-

4.1    Senaraikan calon yang memohon/dicalonkan mengikut merit seperti di Lampiran A.

4.2    Memastikan bahawa borang permohonan/pencalonan Guru Cemerlangdiisi lengkap oleh calon yang memohon/dicalonkan(GC/DGA32/DGA34/DG44/DG48-A).

4.3    Mengisi dan membuat ulasan mengenai keistimewaan calon dalam Bahagian Perakuan Ketua Jabatan.

4.4    Menyediakan dokumen-dokumen bagi setiap calon seperti berikut :-

    4.4.1    Salinan Kad Pengenalan.

    4.4.2    Salinan Buku Rekod Perkhidmatan calon yang lengkap dan kemaskini.

    4.4.3    Butir-butir calon untuk Tapisan Keutuhan (Lampiran T1).

    4.4.4    Kenyataan mengenai Pengisytiharan Harta calon yang terkini.

    4.4.5    Kenyataan Tatatertib calon (Format disediakan).

    4.4.6    Salinan Slip Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) calon bagi gred sekarang.

    4.4.7    Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan (Format disediakan).


5.    Bersama-sama ini dilampirkan perkara-perkara berikut untuk tindakan dan rujukan Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan :-

5.1    Borang Permohonan Pencalonan Guru Cemerlang Tahun 2007 (GC/DGA32/DGA34/DG44/DG48-A).

5.2    Borang Tapisan Keutuhan (Lampiran T1).

5.3    Format Kenyataan Tatatertib calon.

5.4    Format Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan.

MUAT TURUN

BORANG PERMOHONAN/PENCALONAN

LAMPIRAN


6.    Borang permohonan/pencalonan yang lengkap diisi beserta dokumenhendaklah dikembalikan kepada Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang diBahagian Sekolah (u.p. KPP Sektor Pengurusan Sekolah Rendah) tidak lewat dari 31 Oktober 2007. Senarai calon seperti di Lampiran A hendaklah juga dikemukakanbersama-sama dengan borang pencalonan/permohonan calon dalam bentuk‘hard copy dan disket (‘soft copy’).