|
ANGKASAWAN
negara, Dr
Sheikh Muszaphar
Shukor , Peggy
Whitson dan
Yuri Malenchenko
bersama krew ISS
sebaik memasuki
stesen angkasa
antarabangsa itu.Di
sini saya sertakan
sekali laporan dari
berita harian
berkenaan cerita
angkasawan malaysia
yang telah sampai di
sana dan menyambut
hari raya aidilfitri
di Stesen Angkasa
Antarabangsa.
“MOSCOW:
‘Selamat Hari Raya
kepada seluruh
rakyat Malaysia’,
itulah ungkapan
pertama angkasawan
negara, Dr Sheikh
Muszaphar Shukor
Sheikh Mustapha,
sebaik kapal angkasa
Soyuz TMA-11
berlabuh di Stesen
Angkasa Antarabangsa
(ISS), awal pagi
tadi.
Berikutan
percantuman Soyuz
dengan ISS itu, Dr
Sheikh Muszaphar
mencipta satu lagi
sejarah untuk diri
dan negara menjadi
rakyat
Malaysia
pertama bertapak di
stesen angkasa.
Pada
sidang media selama
10 minit antara
Pusat Kawalan Misi (MCC)
di sini dengan ISS
yang sedang berlegar
di ruang angkasa
Russia, angkasawan
pertama negara yang
kelihatan segar dan
bersemangat, juga
mengucapkan salam
kepada yang keluarga
terutama ibu, Datin
Zuraida Sheikh Ahmad
dan ayahnya, Datuk
Sheikh Mustapha
Sheikh Shukor serta
abangnya, Sheikh
Ahmad yang turut
berada di MCC.
Turut
hadir pada majlis
bersejarah itu,
iaitu kali pertama
warga Malaysia
mengucapkan salam
dan doa kepada
seluruh rakyat
daripada angkasa
lepas ialah Menteri
Sains, Teknologi dan
Inovasi, Datuk Seri
Dr Jamaluddin Jarjis;
Pengarah Program
Angkasawan Negara,
Kol Dr Zulkeffeli
Mat Jusoh,
penyelidik, saintis
dan wartawan
Malaysia. Beliau
juga meminta rakyat
Malaysia
untuk terus
mendoakan supaya
Allah memberi
kekuatan kepadanya
untuk melaksanakan
misi negara dan
penyelidikan yang
dijalankan mencapai
objektifnya.
Dr
Zulkeffeli dalam
taklimat media
berkata, rentetan
kepada peristiwa
bersejarah itu
bermula 90 minit
sebelumnya, apabila
Soyuz menghampiri
ISS dan kedua-duanya
dapat bercantum pada
jam 6.52 petang
waktu tempatan
bersamaan dengan jam
10.52 malam tadi di
Malaysia.
Kapal
angkasa Soyuz
berlabuh di ISS
selepas mengorbit
bumi lebih 700 kali
dalam tempoh 48 jam
selepas dilancarkan
di
Baikonur Cosmodrome
,
Kazakhstan
, 10 Oktober lalu.
Sebaik
saja mendarat di ISS,
MCC berhubungan
secara berterusan
dengan krew Soyuz
termasuk dengan
angkasawan negara,
Dr Sheikh Muszaphar.
Ketika
berlegar di orbit,
Soyuz hanya
mempunyai
perhubungan darat
dengan MCC setiap 90
minit, iaitu 10
minit setiap kali ia
melepasi ruang
angkasa Russia”.
|