10 JENIS MAKANAN ANTIKOLESTROL
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya
mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan
meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh
menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan
pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk
menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat
bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan
makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya
menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia
boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat
menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik,
rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm
tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet
dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah
sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah
larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan
sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya
bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat
badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai