Tindakan Segera
- SENARAI PENEMPATAN GURU MEDIA & CADANGAN GURU MEDIA DI SEKOLAH RENDAH & MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU - Tindakan : Pengetua dan Guru Besar
- KURSUS ICTL YEAR 4 BAGI GURU-GURU SEKOLAH RENDAH TAHUN 4 DAERAH JOHOR BAHRU - Tindakan :
Berita Terkini
21 Ogs 2008 - Khamis Majlis Penutup Program Pengetahuan ICT Guru-Guru Sekolah Pintar Zon Nusajaya Anjuran UEM Land Berhad bersama PPD Johor Bahru
Program ICT anjuran bersama UEM Land dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru telah dijalankan bermula dari 18 Ogos 2008 hingga 21 Ogos 2008 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) untuk pihak pengurusan dan guru-guru zon Nusajaya. Segala program yang diatur telah berjalan dengan jayanya. Ucapan tahniah kepada UEM Land atas usaha dan sumbangan ke arah celik IT untuk warga pendidikan di Nusajaya dan Johor Bahru
21 Ogs 2008 - Khamis TAKLIMAT SISTEM PENCALONAN & PERMOHONAN MURID KE TINGKATA N1 DAN TINGKATAN 4 SECARA ONLINE SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2009
Taklimat Sistem Pencalonan & permohonan Murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Secara Online Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2009 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 27 OGOS 2008 (RABU)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Mini Auditorium, Maktab Sultan Abu Bakar
Agenda Taklimat :
1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi
2. Taklimat Pemilihan dan Penempatan ke SBP
3. Hal-Hal Lain
21 Ogs 2008 - Khamis KURSUS GURU-GURU PEMBIMBING KOLOKIUM PELAJAR TINGKATAN 6 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2008
Kursus tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut:-
Tarikh : 28 - 30 OGOS 2008
Pendaftaran : 2.00 petang (28 OGOS 2008)
Tempat : MITC Hotel
No. Lot: G.05 Bangunan Rumah Media Melaka,
Lingkaran MITC Tasik Utama, 75450 Air Keroh Melaka
Peserta yang terlibat:
1. Mohamed Nordin bin Ahmad SMK. Sultan Ismail
2. Mohmad Asri bin Mohamad Rejab SMK. Aminuddin Baki
3. Izam bin Ahmad SMK. Gelang Patah
4. Sarimah binti Mohd Noor SMK. Tasek Utara
5. Nor'ashiken binti Saleh @ Daud SMK. Skudai
6. Daisy Irani A/P Subramaniam SMK. Taman Mutiara Rini
7. Zalina binti Md Said Maktab Sultan Abu Bakar
8. Aminah binti Hamid SMK. Dato Jaafar
9. Radziah binti Hassan SMK. (P) Sultan Ibrahim
10, Siti Norzah binti Mat Daris SM. Teknik Johor Bahru
21 Ogs 2008 - Khamis SENARAI PENEMPATAN GURU MEDIA & CADANGAN GURU MEDIA DI SEKOLAH RENDAH & MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
Pihak sekolah rendah dan menengah adalah diminta menyenaraikan nama guru media di sekolah tuan/puan yang dilantik melalui surat JPN Johor ke borang yang disertakan.
Bagi sekolah yang belum ada guru media, diminta mencadangkan nama guru berkenaan dengan diboldkan namanya.
Sila serahkan borang berkenaan kepada Unit Pengurusan Rendah PPDJB(u.p: En. Mohd Amir Hj. Yunus-Penyelia Pendidikan Swasta) sebelum 25 Ogos 2008.
Sekian, untuk tindakan tuan/puan.
Senarai penempatan & Cadangan Guru Media (162) - klik utk muat turun
20 Ogs 2008 - Isnin Tema Hari Kemerdekaan Ke 51
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Portal 51 Tahun Merdeka 2008 : http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka
![]() |
20 Ogs 2008 - Rabu PENGURUSAN PENILAIAN SISTEM RATING (SSR)
Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang boleh dijadikan rujukan untuk Star Rating Kementerian Pelajaran Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2004 (49) - klik utk muat turun
Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 2008 (34) - klik utk muat turun
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 2006 (20) - klik utk muat turun
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 2007 (25) - klik utk muat turun
20 Ogs 2008 - Rabu Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan Peringkat Sekolah
Kepada:
- SMK Tmn Pelangi
- SMK Seri Perling
- SMK Kompleks Sultan Abu Bakar
- SMK Tmn Mutiara RIni 2
- SMK Nusajaya
- SMK Tasek Utara 2
- SMK Tmn Universiti 2
- SMK Tmn Bukit Indah
- SMK Tanjung Adang
- SMK Kempas
Tuan,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPDJB akan mengadakan sesi bengkel dan
penyemakkan dokumen Aset Alih (Harta Modal & Inventori) bagi sekolah tuan pada:
Tarikh : 21 Ogos 2008
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat,PPDJB
Sehubungan dengan itu, Pegawai Aset dan seorang Pembantu Tadbir yang terlibat
secara langsung dalam Pengurusan Aset Alih di peringkat sekolah tuan diminta hadir
ke bengkel ini.
Sila bawa bersama dokumen seperti dibawah bagi Tahun 2007 dan 2008
- Kew.PA-2
- Kew.PA-3
- Kew.PA-4
- Kew.PA-5
- Kew.PA-10
- Kew.PA-11
Sekian,terima kasih.
20 Ogs 2008 - Rabu TAKLIMAT JAWATAN KUASA KESELAMATAN DAN PROGRAM RIMUP
Sehubungan dengan itu taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 25 Ogos 2008 (Isnin)
Masa : 1.30 tgh - 2.00 ptg (Makan tengahari di Kantin)
2.00 ptg - 5.00 ptg (Taklimat)
Tempat : Mini Auditorium Maktab Sultan Abu Bakar
Peralatan yang diperlukan untuk mewarna Jalur Gemilang (Sek. Men.)
1. Berus Leper - Besar size no. 18 (2 batang)
2. Sederhana - size no. 10 (2 batang)
3. Kecil - size no. 0 (2 batang)
4. Surat khabar lama (1 naskah)
Peralatan yang diperlukan untuk mewarna logo Hari
Kebangsaan(Sek. Rendah)
i. Crayon atau pensil warna untuk setiap murid
* Sila bawa bersama wang sumbangan untuk program RIMUP semasa
menghadiri taklimat ini.
20 Ogs 2008 - Rabu TAKLIMAT PENGURUSAN 3K DAN RMT BERSAMA GPK HEM SEK.RENDAHNEGERI JOHOR
Perubahan tempat taklimat, dari SMKA Johor Jaya ke SMK Taman Bukit Indah Johor Bahru. Tarikh dan masa tidak berubah (Tarikh 21 Ogos 2008 Khamis jam 8.30 pagi).
Kehadiran : GPK HEM atau Wakil Sek.Rendah
19 Ogs 2008 - Selasa PENGURUSAN PENILAIAN SISTEM STAR RATING (SSR)
Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang boleh dijadikan rujukan untuk Sub Kriteria Star Rating
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 (70) - klik utk muat turun
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 (42) - klik utk muat turun
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (31) - klik utk muat turun
19 Ogs 2008 - Selasa MAKLUMBALAS MESYUARAT PENGURUSAN PENYELIA PETANG SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH BIL 2/2008
Maklumbalas Minit Mesyuarat Pengurusan Penyelia Petang Sekolah-Sekolah Menengah Bil. 2/2008 hendaklah dikembalikan ke Unit Menengah Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru sebelum atau pada 29 OGOS 2008.
Minit Mesyuarat Penyelia Petang Sekolah Menengah Bil. 2/2008 (48) - klik utk muat turun
18 Ogs 2008 - Isnin KURSUS ICTL YEAR 4 BAGI GURU-GURU SEKOLAH RENDAH TAHUN 4 DAERAH JOHOR BAHRU
Guru Besar sekolah yang terlibat.
Tuan/puan yang dihormat
Kursus tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut
Tarikh; 26 dan 27 Ogos 2008
Tempat; SK Angkatan Tentera,
Jalan Kebun Teh, 80250 Johor Bahru
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Surat panggilan kursus boleh diambil di"piegeon hole" PPDJB.
Senarai sekolah yang terlibat boleh dimuat turun. Terima kasih
Senarai sekolah rendah ICTL Year4 2008 (224) - klik utk muat turun
18 Ogs 2008 - Isnin KARNIVAL PRA SEKOLAH NEGERI JOHOR 2008
Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru telah berjaya mengelolakan Karnival Pra Sekolah Peringkat Negeri Johor pada 16 hingga 17 Ogos 2008 bertempat di SK (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn Haji Aminudin Bin Adam, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru.
Ucapan tahniah dan syabas kepada kontinjen Daerah Johor Bahru kerana telah mencapai status Johan Keseluruhan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
- Johan : Johor Bahru
- Naib Johan : Muar
- Ketiga : Batu Pahat
- Keempat : Mersing
- Kelima : Pasir Gudang
18 Ogs 2008 - Isnin ANUGERAH BARU 2008 BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN
Rujuk surat JPNJ/36/0313/01(12/2008) bth: 12.08.2008 tentang Anugerah Baru 2008, Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Pelajar Sekolah Menengah. Bagi sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru sila ambil tindakan atas perkara 3.1 hingga 3.8 dalam surat tersebut.
18 Ogs 2008 - Isnin MAKLUMAT BAYARAN INSURAN TAKAFUL PELAJAR 2008
Rujuk surat PPD/JB/05/07/003/Jld.2/(02) bth: 11.08.2008 tentang Maklumat Bayaran Insuran Takaful Pelajar SR/SM Johor Bahru sehingga pada 31Julai 2008. Bagi sekolah-sekolah yang belum hantar borang 'Lampiran A' sila hantar ke Unit HEM, PPDJB pada atau sebelum 20.08.2008 untuk penyatuan peringkat daerah.
18 Ogs 2008 - Isnin KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEPADA JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 BILANGAN 4/2008
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah yang terlibat.
Tuan/puan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dijalankan pada ketetapan berikut.
Tarikh: 26 Ogos 2008
Masa: 8.00 pagi
Tempat: PKG Bandar Baru Uda,
d/a SK Kompleks Uda,
Jalan Sekoi, 81200 Tampoi, Johor Bahru.
Pendaftaran: 8.00pagi
Senarai Peserta: Sila rujuk lampiran (Sila muat turun bahan)
Terima kasih
Senarai Juruteknik FT17 Daerah Johor bahru (148) - klik utk muat turun
18 Ogs 2008 - Isnin MESYUARAT PENGURUSAN PENILAIAN SISTEM STAR RATING (SSR)
Bahan-Bahan Mesyuarat Pengurusan Penilaian Sistem Star Rating (SSR) Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2008 di bawah Bidang Kuasa KPM
Jaminan Kualiti Pengurus Sekolah dan Kepimpinan (62) - klik utk muat turun
Taklimat Star Rating (68) - klik utk muat turun
18 Ogs 2008 - Isnin PERUTUSAN KEMERDEKAAN 2008 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KE-51
Surat dari Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS/SPPK)602/3/1/02(01) bertarikh 7 OGOS 2008 mengarahkan agar Titah Perutusan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Teks Perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia dan Teks Perutusan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dibacakan pada 29 OGOS nanti semasa Perhimpunan Khas Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
Titah Perutusan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (66) - klik utk muat turun
Teks Perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia (38) - klik utk muat turun
Teks Perutusan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Mala (38) - klik utk muat turun
18 Ogs 2008 - Isnin KEM WAJA DIRI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2008
Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru telah berjaya mengelolakan program tersebut pada 11 hingga 13 Ogos 2008 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan guru-guru pengiring dari seluruh daerah di negeri Johor.
Ucapan tahniah dan syabas kepada fasilitator yang terlibat dan seluruh jawatankuasa kerja yang memberi komitmen yang tinggi.
sila layari : http://www.eduwebtv.com bertarikh 15 Ogos 2008 untuk lintas langsung majlis perasmian penutup.
![]() |
16 Ogs 2008 - Sabtu SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PTK
Tips dan latih tubi : http://www.teachersrock.net/kuiz.htm
arkib berita




