Skip to main content.

Tindakan Segera


  1. Bengkel Asas Pusat Sumber Sekolah bagi Ahli Zon Gelang Patah
  2. - Tindakan : Guru Perpustakaan dan Media

Berita Terkini


26 Jul 2008 - Sabtu PENAGGUHAN PENGHANTARAN KG BERAKHIR PADA 31 JULAI 2008

Pihak JPNJ akan menggunakan format KG yang baru dan telah diseragamkan di seluruh negeri Johor. Sehubungan dengan itu penghantaran KG Berakhir Pada 31 Julai 2008 adalah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Sekian terima kasih.

Tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran

Ditulis oleh : Nezhan bin Mohd Esa | Pegawai Khas Menengah



25 Jul 2008 - Jumaat MESYUARAT PENGURUSAN DAN ANUGERAH BARU 2008 BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN DAN KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKP/BKPU(A)/BKPU(S)

Mesyuarat tersebut akan di adakan sebagaimana ketetapan berikut:

       Hari      :   Selasa  29.7.2008
       Masa    :    9.00 pagi Hingga 5.00 petang
       Tempat :   Dewan SMK Taman Sutera, Taman Tun Aminah,
                       Johor Bahru.

Sehubungan dengan itu mohon tuan memberi kebenaran dan pelepasan kepada guru biasiswa sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut




Tindakan : PENGETUA

Ditulis oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan



25 Jul 2008 - Jumaat NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR 2008

Ucapan Syabas dan tahniah kepada wakil daerah Johor Bahru dalam Nadwah Kepemimpinan Islam Peringkat Negeri Johor yang berlangsung pada 18-20 Julai yang lepas di Kem Bina Negara Gunung Pulai . 3 orang wakil daerah JB telah terpilih di kalangan 10 orang yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perlis pada 5 Ogos akan datang. Mereka ialah :

AZAURA BINTI RAMLAN - SMK SETA

RIZKY RIVENSKY - SABK ALQURAN WADDIN

NORASHIDAH BINTI ABD SAMAD - SMK DATO' ABDUL RAHMAN YASSIN.

Tahniah dari PPD Johor Bahru.



Tindakan :

Ditulis oleh : OMAR BIN SALLEH | Penolong PPD Pendidikan Islam Dan Moral



25 Jul 2008 - Jumaat Perubahan Tempat Ceramah Pengenalan "Brain Gym" Untuk Keperluan Khas

Tempat ceramah tersebut yang telah ditetapkan pada:

            Tarikh    :    28 Julai 2008

            Masa     :    2.30ptg - 5.30ptg

            Tempat (Asal) :    5, Strait View, JB

            Tempat ( Ditukarkan ke )  :   Dewan SMK Bandar Baru UDA, JB.

Sekian, terima kasih



Tindakan : GPK Pend Khas/Penyelaras Pend. Khas Prog. Integrasi

Ditulis oleh : Mohd Zulkaffli bin Mohd Yusoff | Pegawai Khas Pendidikan Khas



24 Jul 2008 - Khamis Laporan Penerimaan Buku Teks SPBT 2009 melalui eMateks

Sila kemaskini setiap penerimaan bekalan buku teks dengan merujuk Borang 460 melalui eMateks di alamat: www.bbtcentral.moe.gov.my/emateks. Tahniah kepada sekolah-sekolah berikut yang telah membuat kemaskini:
1.SK Tg.Puteri                      5.SJK (C) Pu Sze
2.SMT Perdagangan              6. SK Taman Tampoi Utama
3.SMT Johor Bahru               7.SK Taman Universiti 1
4.SMK Taman Selesa Jaya


Tindakan : PK HEM & Guru SPBT

Ditulis oleh : NORDIN BIN MOHD SAUDI | Penyelia HEM



24 Jul 2008 - Khamis MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN BIL2/2008

Maklumbalas kepada Minit Mesyuarat Pengurusan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Bil2/2008 hendaklah dikembalikan kepada Puan Norasekeen binti Sulaiman Unit Menengah Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru sebelum atau pada 1 OGOS 2008.



Minit Mesyuarat Penolong Kanan Pentadbiran (112) - klik utk muat turun

PKPABIL2/1991 Panduan Pengurusan Mesyuarat (94) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah

Ditulis oleh : Mohd Hanafi bin Samad | Penolong PPD Menengah



24 Jul 2008 - Khamis MESYUARAT BARISAN PENGURUSAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru meminta agar semua Pengetua dan Guru Besar mengadakan Mesyuarat Barisan Pengurusan di sekolah pada setaip minggu. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan sekolah seperti kurikulum, disiplin dan sukan. Salinan Minit Mesyuarat Pengurusan di sekolah hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru untuk perhatian PPPD(M) dan PPPD(R) pada setiap minggu mulai minggu ke 2 Ogos 2008.



PKPABil1/1993-Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi (206) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru

Ditulis oleh : Mohd Hanafi bin Samad | Penolong PPD Menengah



24 Jul 2008 - KHAMIS CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1429H

Surat dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP(BS/Dsr)201/001/19(11) bertarikh 9 JULAI 2008 telah menyatakan persetujuan memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon mengambil cuti tambahan berganti seperti berikut:

KUMPULAN B – Negeri-Negeri Yang Hari Hujung Minggunya Hari Sabtu dan Ahad

 

Tarikh Cuti.

Jenis Cuti

Tarikh Ganti

29 SEPTEMBER 2008
(ISNIN)

CUTI BERGANTI

26 JULAI 2008

30 SEPTEMBER 2008
(SELASA)

CUTI PERISTIWA

TIDAK PERLU DIGANTI

3 OKTOBER 2008
(JUMAAT)

CUTI BERGANTI

9 OGOS 2008

Cuti tambahan ini hendaklah diganti pada hari-hari Sabtu yang telah ditetapkan walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari. Kelulusan cuti tambahan berganti tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan tidak diberi secara keseluruhan.



Tindakan : Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru

Ditulis oleh : Mohd Hanafi bin Samad | Penolong PPD Menengah



24 Jul 2008 - KHAMIS CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI DEEPAVALI 2008

Surat dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP(BS/Dsr)201/001/19(10) bertarikh 9 JULAI 2008 telah memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil cuti peristiwa dan cuti tambahan berganti seperti berikut:-

KUMPULAN B – Negeri-Negeri Yang Hari Hujung Minggunya Hari Sabtu dan Ahad

 

Tarikh Cuti.

Jenis Cuti

Tarikh Ganti

28 OKTOBER 2008
(SELASA)

CUTI PERISTIWA

TIDAK PERLU DIGANTI

29 OKTOBER 2008
(RABU)

CUTI BERGANTI

6 SEPTEMBER

Cuti tambahan ini hendaklah digantikan pada hari-hari Sabtu yang telah ditetapkan walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari. Kelulusan cuti peristiwa dan cuti tambahan berganti tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan ini tidak diberikan secara menyeluruh.



Tindakan : Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru

Ditulis oleh : Mohd Hanafi bin Samad | Penolong PPD Menengah



24 Jul 2008 - Khamis Ceramah dan Bengkel Pengenalan "Brain Gym" Untuk Keperluan Khas

Ceramah dan bengkel tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah:

          Tarikh       :     28 Julai 2008 ( Isnin )

          Masa        :     2.30ptg - 5.30ptg

          Tempat    :     5, Jalan Straits View, JB ( Tempat ditukar

                               ke  SMK BBU      

Guru-guru Kelas Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas digalakkan hadir.



Tindakan : Penyelaras dan GPK Pendidikan Khas/Guru Pemulihan Khas

Ditulis oleh : Mohd Zulkaffli bin Mohd Yusoff | Pegawai Khas Pendidikan Khas



24 Jul 2008 - Khamis Kursus Pedagogi Calon Galus BM SPM 2008

Untuk makluman Pengetua:

SMK Taman Tun Aminah

SMK Taman Bukit Indah

SMK Taman Selesa Jaya

SMK Taman Selesa Jaya 2

SMK Sri Tebrau

SMK Dato' Jaafar

Kursus Pedagogi untuk Calon Galus BM SPM 2008 akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Julai 2008

Masa  : 2.00 petang (Pendaftaran 1.50 petang)

Tempat :  SMK Taman Selesa Jaya 2

 



Tindakan : Pengetua dan guru BM Ting 4/5 yang tersenarai

Ditulis oleh : RAZIAH BINTI ABDUL RAHIM | Penolong PPD Bahasa



24 Jul 2008 - Khamis Kursus Penghayatan KOMSAS BM SM

Dengan ini dimaklumkan bahawa kursus di atas yang dijadualkan pada 26 Julai 2008 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sekian terima kasih.



Tindakan : Pengetua dan peserta Kursus Penghayatan KOMSAS

Ditulis oleh : RAZIAH BINTI ABDUL RAHIM | Penolong PPD Bahasa



24 Jul 2008 - Khamis Kursus Pengajaran KIA2M Bercantum

Dengan ini dimaklumkan bahawa kursus di atas yang dijadualkan pada 26 Julai 2008 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sekian terima kasih.



Tindakan : Guru Besar dan guru KIA2M

Ditulis oleh : RAZIAH BINTI ABDUL RAHIM | Penolong PPD Bahasa



24 Jul 2008 - Khamis TAKLIMAT PENYELARASAN STRATEGI MENGHAMBAT ETR BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL PMR DAN SPM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH J. BAHRU

Taklimat yang bertujuan memberi penjelasan dan menyelaras pelbagai strategi bagi menghambat ETR Mata Pelajaran Teknikal akan dilaksanakan sepertimana berikut :-

Tarikh     : 31 Julai 2008

Masa      : 2.00 ptg

Tempat   : SMK Taman Mutiara Rini 2

Semua Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Sekolah-sekolah Menengah (hakiki /lantikan sekolah) diminta menghadiri taklimat di atas. Pohon kerjasama tuan/puan untuk membawa bersama Post Mortem dan Strategi Mencapai ETR (Menjelang Peperiksaan) bagi setiap Mata Pelajaran Teknikal.

 



Tindakan :

Ditulis oleh : SALIMAN BIN SELAMAT | Penolong PPD Teknologi Dan Vokasional



24 Jul 2008 - Khamis KEPUTUSAN AKHIR PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2008

TARIKH   :  24 JULAI 2008
TEMPAT  :  SMK SENAI KULAI JAYA

1.  JOHOR BAHRU
2.  KLUANG
3.  BATU PAHAT

WARGA PPD JOHOR BAHRU MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PESERTA, GURU PENASIHAT DAN SK(P) SULTAN IBRAHIM YANG MEWAKILI DAERAH JOHOR BAHRU.


Tindakan : MAKLUMAN

Ditulis oleh : NORDIN BIN MOHD SAUDI | Penyelia HEM



24 Jul 2008 - Khamis PERUBAHAN TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM (EDICT)ENGLISH DISCOURSE FOR ICT SUBJECT BAGI GURU-GURU ICT SEKOLAH MENENGAH 2008

Pengetua sekolah yang terlibat.
Tuan/Puan yang dihormati,

Perubahan Tempat dan Tarikh Program EDICT adalah seperti ketatapan berikut:

TARIKH         :   28 JULAI hingga 01 OGOS 2008
MASA            :   8.00 pagi
TEMPAT        :   Malaysia Productivity Corporation (NPC)
                           Bandar Baru UDA

Guru yang terlibat:
Abdul Aziz b Abdul Rahman             SMK Tun Syed Nasir Ismail
Wan Nur Enisutina bt Wan Sudin      SMK Seri Perling
Surya Asyikin bt Mohamed               SMK Tasek Utara
Rozila bt. Abd. Rahman                    SMK Taman Selesa Jaya 2

Sekian, terima kasih.


Tindakan : Pengetua sekolah yang terlibat

Ditulis oleh : Ismail bin Abdul Rahim | Penyelia ICT



24 Jul 2008 - Khamis MAJLIS APRESIASI KEBUDAYAAN PEND. KHAS DAERAH J. BAHRU

Dimaklumkan majlis tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah:-

                   Tarikh   :    5 hingga 7 Ogos 2008

                   Tempat :    SMK Sri Perling

Semua sekolah-sekolah Program Integrasi Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru dijemput mengambil bahagian dalam acara-acara dipertandingkan;

     1.   Pertandingan Pameran

     2.  Pertandingan Gubahan

     3.  Pertandingan Masakan

     4.  Pertandingan Tarian Zapin

     5.  Pertandingan Solo Nasyid

     6.  Pertandingan Solo Karaoke

Sekian, terima kasih.

    



Tindakan : Pengetua/Guru Besar Sekolah-sekolah Program Integrasi Pendidikan Khas

Ditulis oleh : Mohd Zulkaffli bin Mohd Yusoff | Pegawai Khas Pendidikan Khas



23 Jul 2008 - Rabu MAJLIS SAMBUTAN HARI TELEKOMUNIKASI DAN INFORMASI MASYARAKAT SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR SERTA PERASMIAN PERPUSTAKAAN AWAM JOHOR

Kepada,
Pengetua, SMK Impian Emas
Pengetua, SMK Taman Sutera
Pengetua, SMK Kempas
Pengetua, SMK Sri Rahmat
Pengetua, SMK Dato Usman Awang
Pengetua, SMK Bandar Baru Uda
Pengetua, SMK Taman Pelangi
Pengetua, SMK Dato Abdul Rahman Yassin
Pengetua, SMK Sri Tebrau
Pengetua, SMK Dato Jaafar

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat menyediakan pelajar dan guru pengiring seperti di dalam lampiran yang disertakan.

Agihan Penyertaan :

BIL

SEKOLAH

BIL. PELAJAR

BIL.GURU PENGIRING

SESI

MASA

1

SMK IMPIAN EMAS

40

2

PAGI

7.30 PAGI

2

SMK TAMAN SUTERA

40

2

3

SMK KEMPAS

40

2

4

SMK SRI RAHMAT

40

2

5

SMK DATO' USMAN AWANG

40

2

6

SMK BANDAR BARU UDA

40

2

PETANG

12.00 TGH

7

SMK TAMAN PELANGI

40

2

8

SMK DATO' ABDUL RAHMAN YASSIN

40

2

9

SMK SRI TEBRAU

40

2

10

SMK DATO JAAFAR

40

2


Tentatif Pergerakan :

SESI PAGI

PERKARA

07.30 pg

Sekolah-sekolah yang tersenarai pada sesi pagi perlu menyediakan pelajar dan guru pengiring

dan terus bergerak ke Perpustakaan Awam Negeri Johor .

08.30 pg

Semua peserta rombongan tiba di Perpustakaan Awam Negeri Johor  dan berkumpul di khemah yang disediakan.

Pihak penganjur akan memberi beg cenderamata , kupon minuman dan pek minuman pagi.

Peserta Rombongan akan diberi taklimat ringkas dan akan bergerak ke tempat pameran

dan akan terlibat dalam aktivii yang disediakan

11.00 pg

Peserta Rombongan diberikan pek makanan tengahari  dan kembali berkumpul di khemah.

11.30 pg

Bersedia untuk kembali ke sekolah

SESI PETANG

12.30 tgh

Sekolah-sekolah yang tersenarai pada sesi petang perlu menyediakan pelajar dan guru pengiring

dan terus bergerak ke Perpustakaan Awam Negeri Johor .

01.30 ptg

Semua rombongan tiba di Perpustakaan Awam Negeri Johor  dan berkumpul di khemah yang disediakan.

Pihak penganjurkan akan memberi beg cenderamata dan kupon minuman dan pek makanan tengahari

Rombongan akan diberi taklimat ringkas dan akan bergerak ke tempat pameran

dan akan terlibat dalam aktivii yang disediakan

3.00 ptg

Rombongan akan kembali berkumpul di khemah dan pek minuman petang akan diberikan oleh pihak penganjur

5.00 ptg

Rombongan akan kembali berkumpul di khemah dan bersedia untuk balik ke sekolah.


Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit HEM (u.p : En. Abdul Aziz How Bin Abdullah - 0123920342)


Tindakan : Sekolah yang berkaitan

Ditulis oleh : ABDUL AZIZ HOW BIN ABDULLAH | Pegawai Khas Pencegahan Dadah



23 Jul 2008 - Rabu TAKLIMAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PENGELOLA / FASILITATOR KEM WAJA DIRI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2008

Taklimat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh          :  30 Julai 2008
Masa           :  2.30 petang
Tempat        :   Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor
Keperluan    :   Sila bawa bersama senarai AJK  dan kertas
                       cadangan yang berkaitan.


Tindakan : GPK KOKURIKULUM ATAU GURU BERKENAAN

Ditulis oleh : ABDUL AZIZ HOW BIN ABDULLAH | Pegawai Khas Pencegahan Dadah



23 Jul 2008 - Rabu Edaran kedua - PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

Semua guru yang belum memiliki Ijazah Pertama adalah digalakkan memohon Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Kursus Secara Sambilan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) Ambilan November 2008. Berikut adalah syarat permohonan :
1. Warganegara Malaysia
2. PPPBS yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
3. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 15 Nov. 2008
4. Telah disahkan dalam jawatan
5. Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa.
6. Memiliki Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
7. Pemohon yang sedang mengikuti KSPK atau KDP 14 minggu tidak dibenarkan memohon.
8. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
9. Telah membuat pengistiharan harta tidak melebihi 5 tahun.
Pemohon boleh memperolehi maklumat program ini dengan melayari laman web beralamat http://www.moe.gov.my mulai 16 Julai 2008. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos 2008.

Setiap permohonan hendaklah mencetak 3 salinan borang permohonan bersama dokumen yang lengkap (rujuk Lampiran 1) dan melalui sekolah kepada Jabatan Pelajaran Johor.



Lampiran 1 (342) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Guru Bukan Siswazah Sekolah Rendah dan Menengah

Ditulis oleh : Nezhan bin Mohd Esa | Pegawai Khas Menengah



arkib berita