Pejabat Menteri Besar Johor
| Bahagian / Unit | : | Pejabat Menteri Besar Johor | ![]() |
||
| Alamat | : | Pejabat Menteri Besar Johor, |
|||
| Ketua Jabatan | : | Encik Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad | |||
| Tel | : | +607-266 6355 / +607-266 6365 | |||
| Faks | : | ||||
Objektif
- Menjadi pemacu kepada kecemerlangan pentadbiran dan kemajuan Negeri Johor.
- Merancang, melaksana dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep Kerajaan Berwawasan, Adil dan Efisien.
- Memberi perkhidmatan perakuan permohonan, rayuan pemilikan tanah, surat-surat sokongan, urusan perjumpaan dan temujanji YAB Menteri Besar Johor.
- Menentukan keberkesanan di dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan secara menyeluruh.
- Menentukan masyarakat yang progresif dan berdikari dapat diwujudkan hasil daripada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan secara cekap dan berkesan.
- Menentukan bahawa setiap program pembangunan diterima oleh kumpulan sasar terutamanya di kawasan yang kurang maju samada di kawasan bandar atau luar bandar.
Fungsi
Selaras dengan perubahan dan keperluan semasa dan bagi mencapai wawasan dan objektif Pejabat Menteri Besar Johor, sebanyak lima (5) Bahagian dan fungsi yang berbeza diketuai Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Menteri Besar Johor ( Pegawai Tadbir Gred N52 ) telah ditubuhkan iaitu:-
- Bahagian Pentadbiran & Kewangan
- Bahagian Pembangunan
- Bahagian Akhbar
- Bahagian Politik
- Bahagian Media dan Komunikasi.



