19 May 2013 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Tips & Panduan Pelancong

Ditulis pada 13/05/2013 09:25:04

Perjalanan Ke Johor

Pelawat boleh sampai ke Negeri Johor melalui penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru. Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor merupakan pintu masuk utama melalui jalan laut. Terdapat juga rangkaian lebuhraya dan rel yang terbaik di Johor.

Prosedur Kemasukan

Pelawat yang ingin datang ke Negeri Johor atau ingin masuk ke Malaysia mesti mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah dengan tempoh sah minima selama 6 bulan selepas tarikh akhir berada di Malaysia.

Keperluan VISA

Warganegara Komanwel (terhad) tidak perlu visa untuk memasuki Negeri Johor. Warganegara ASEAN tidak memerlukan visa untuk lawatan sosial dan perniagaan jika tempoh lawatan tidak melebihi satu bulan.

Waktu Perniagaan

Pejabat-pejabat kerajaan dibuka pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Hari sabtu dan Ahad merupakan cuti am. Waktu perbankan adalah secara umumnya bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari pukul 9.30 pagi hingga 1.00 petang pada hari Sabtu. Kompleks membeli-belah dan pasaraya dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Cuaca

Cuaca di Negeri Johor pada amnya adalah beriklim tropika dengan suhu dari 25.5 ºC hingga 32 ºC. Kelembapan adalah tinggi sepanjang tahun.

Waktu

Negeri Johor berada 8 jam awal dari Greenwich Mean Time (GMT) and 16 jam awal dari waktu standard United States Pacific.

Pemakaian

Baju yang ringkas dan kasual adalah digalakkan sepanjang tahun.

Bahasa

Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi tetapi Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas. Bahasa-bahasa lain adalah Bahasa Cina dan Tamil.

Pengedaran Dadah

Pengedaran Dadah adalah kesalahan besar dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Kastam

Barang-barang seperti peralatan video, kamera, pemain radio kaset, jam, pen, pemetik api, wangian dan kosmetik adalah bebas cukai di Negeri Johor. Pelawat yang membawa barangan boleh cukai mungkin terpaksa membayar deposit (boleh dipulangkan) untuk membawa masuk barangan tersebut.

Undang-Undang Pengedaran Matawang

Bermula dari 1 Oktober 1998, semua pelawat dikehendaki mengisi borang mendeklarasi matawang apabila tiba atau keluar dari Malaysia . Penduduk tetap dan bukan penduduk tetap dibenarkan membawa tidak lebih dari RM1,000 tunai.

Halaman ini telah dibaca sebanyak 11651 kali

^ Atas