Friday, 10 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Pelancong > Segamat
Mar 11, 2011 •    Bookmark and Share

Segamat

Labis Hot Spring

Info

Labis Hot Spring (Air Panas Labis) terletak kira-kira 10 km dari Bandar Labis. Tempat ini cukup popular di bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malahan pengunjung dari dalam dan luar negeri. Ini kerana, para pengunjung yang datang akan berpeluang untuk mandi atau berendam di dalam kolam air panas semulajadi. Menurut para pengunjung yang datang ke Labis Hot Spring ini, dengan melakukan aktiviti seperti mandi dan berendam di dalam kolam air panas mampu mengubati pelbagai penyakit. Di samping mampu merangsang tubuh agar lebih segar dan kuat sebaik sahaja selepas mandi. Dari Bandar Segamat, pengunjung terus menuju ke selatan Bandar mengikuti Jalan Utama Segamat-Yong Peng menuju ke Bandar Labis. Labis Hot Spring terletak kira-kira 10km dari Bandar Labis.

Jambatan Patah, Buloh Kasap

Info

Jambatan Patah terletak di dalam kawasan Bandar Buloh kasap. Jambatan ini pada satu ketika pernah menjadi laluan utama untuk menyeberangi Sungai Muar. Namun, pada tahun 1942, sewaktu Perang Dunia Ke-2 berlaku, Tentera British telah memusnahkan sebahagian jambatan ini bagi menghalang kemaraan Tentera Jepun. Kini, Jambatan Patah tidak diperbaiki bagi menjadikan ianya sebagai tempat bersejarah kesan Perang Dunia Ke-2. Sebuah lagi jambatan telah dibina berhampiran dengan Jambatan Patah bagi membolehkan orang ramai melihat jambatan tersebut dengan lebih jelas. Jambatan Patah terletak kira-kira 8 km dar Bandar Segamat. Dari Bandar Segamat, pengunjung perlu melalui Jalan Ibrahim menuju ke Seremban. Dari Jalan Ibrahim, pengujung juga kan menemui Jalan Abdullah dan seterusnya Jalan Buloh Kasap di mana letaknya Bandar Buloh Kasap dan Jambatan Patah.Halaman ini telah dibaca sebanyak 11331 kali