Friday, 10 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Pelancong > Muar
Aug 13, 2009 •    Bookmark and Share

Muar

Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Info

Masjid Jamek Muar yang pertama telah dibina pada tahun 1887. Dalam tahun 1920an, satu jawatnkuasa dibentuk untuk menguruskan pembangunan Masjid Jamek Muar yang baru. Antara langkah diambil oleh jawantankuasa ini adalah mengutip derma dari orang ramai. Hasilnya RM10,000 dapat dikumpulkan. Kemudian, jawatankuasa membawa rancangan pembangunan tersebut kepada Sultan dan perkara tersebut mendapat perhatian Sultan.

Dalam tahun 1925, kerja-kerja membangunkan Masjid jamek Sultan Ibrahim telah dimulakan. 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 1930, masjid tersebut telah berjaya disiapkan dengan sempurna. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Besar johor, Dato’ Mustafa bin Jaafar.

Panduan: Masjid Jamek Sultan Ibrahim terletak di Jalan Petri, Muar, berhampiran dengan muara Sungai Muar. Jika pengunjung memandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Tangkak dan pandu terus melalui Sungai Mati dan Parit Bunga. Bandar Muar terletak 27km dari susur keluar Tangkak.

Taman Rekreasi Tanjung Emas

Info

Jika anda berkunjung ke Muar dan ingin menikmati suasana yang nyaman sambil melihat matahari terbit, Taman Rekreasi Tanjung Mas adalah pilihan yang tepat.

Taman rekreasi ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk orang ramai dan yang menjadi tumpuan adalah kedai-kedai makan yang menyediakan pelbagai hidangan yang lazat. Disarankan agar pengunjung mencuba makanan terkenal Muar iaitu ikan asam pedas.

Berdekatan taman rekreasi ini juga disediakan rumah rehat kerajaan yang menawarkan penginapan dalam taman kerajaan untuk pengunjung yang ingin bermalam di Muar.

Taman Rekreasi Tanjung Mas terletak di Jalan Kamariah. Jika pengunjung memandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Tangkak dan pandu terus melalui Sungai Mati dan Parit Bunga. Bandar Muar terletak 27km dari susur keluar Tangkak.

Bandar Tekstil

Info

Bandar Tangkak di kenali juga sebagai Bandar Tekstil Malaysia . Di sini pengunjung akan dapati pelbagai jenis kain dan produk berasaskan tekstil dijual di merata tempat seolah-olah tiada penghujungnya. Ini bermakna pengunjung akan dapati terdapat pelbagai pilihan sama ada keluaran tempatan atau luar negeri termasuk Benua asia dan Eropah.

Panduan: Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Tangkak dan menuju ke Bandar Tangkak. Jarak di antara susur keluar Tangkak ke Bandar Tangkak akan memakan masa hanya 5 minit.

Bangunan Bersejarah Muar

Info

Terdapat beberapa bangunan bersejarah yang telah dibina lewat tahun 1800an dan awal tahun 1900an. Ini menyebabkan Bandar Muar menjadi tarikan kepada para pelancong yang meminati bidang rekabentuk bangunan.

Bangunan Kastam yang terletak di Jalan Maharani telah dibina dalam tahun 1909 di mana suatu ketika dahulu Bandar Muar pernah menjadi pusat pelabuhan dan mempunyai terminal keretapi. Berhampiran dengan bangunan ini adalah deretan rumah kedai yang telah dibina sebelum Perang Dunia II.

Selang beberapa blok bangunan adalah bangunan Mahkamah Tinggi Muar yang telah dibina dalam tahun 1885. Di sini didapati rekabentuknya bercirikan neo-klasik. Bangunan lainyang mempunyai rekabentuk bercirikan neo-klasik adalah Bangunan Sultan abu Bakar yang terletak di Jalan Petrie. Hari ini bangunan tersebut telah dijadikan Pejabat Tanah dan Daerah Muar. Tidak dilupakan juga bangunan Sekolah tinggi Muar yang telah dibina dalam tahun 1914.

Jika pengunjung memandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Tangkak dan pandu terus melalui Sungai Mati dan Parit Bunga. Bandar Muar terletak 27km dari susur keluar Tangkak.

Gunung Ledang

Info

Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di Johor dengan ketinggian 1,276 meter. Sesungguhnya, Gunung Ledang lebih terkenal dengan lagenda dan misteri berbanding dengan tarikan alam semulajadi. Sebut sahaja Gunung Ledang pasti akan terlintas di fikiran penduduk tempatan cerita lagenda Puteri Gunung Ledang.

Namun begitu, Gunung Ledang menjanjikan tarikan alam semulajadi yang cukup indah dan nyaman yang di selangi dengan air terjun yang sejuk serta pelbagai flora dan fauna. Kemudahan-kemudahan untuk para pengunjung disediakan termasuk penginapan syele, kawasan khemah, tempat letak kereta dan bilik persalinan.

Jika menaiki bas, sila ambil Bas segamat-Muar dan berhenti di simpang ke Gunung Ledang. Kemuadian, anda dikehendaki berjalan kaki sejauh 1km untuk tiba di kawasan reksreasi tersebut.

Jika menaiki kereta melalui Lebuhraya Utara-Selatan, keluar mengikut susur keluar Tangkak dan menuju ke Bandar Tangkak. Teruskan perjalanan mengikut jalan utama Tangkak-Segamat. 30 minit dari Bandar Tangkak, pengunjung akan tiba di simpang ke Gunung Ledang. Kemudian masuk simpang tersebut dan pengunjung akan tiba ke kawasan rekreasi tersebur kira-kira 1km.

Halaman ini telah dibaca sebanyak 25008 kali