Saturday, 04 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Pelancong > Mersing
Mar 10, 2009 •    Bookmark and Share

Mersing

Hutan Rekreasi Gunung Arong

Info

Hutan ini terletak kira-kira 17km dari Bandar Mersing. Ia menawarkan keindahan hutan dan air sungai yang cukup jernih. Sesuai bagi pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kota dan mencari ketenangan.

Kemudahan-kemudahan untuk para pengunjung disediakan seperti penginapan syele, bilim persalinan. Tandas dan pondok atas pokok. Bagi pengunjung yang ingin meneroka keindahan alam semulajadi hutan rekreasi ini, terdapat laluan-laluan denai. Pengunjung juga boleh mengunjungi Muzium Hutan yang memaparkan pelbagai maklumat tentang hasil-hasil hutan termasuk cara kegunaan dan sejarahnya.

Panduan: Hutan Rekreasi Gunung Arong terletak di jalan utama Mersing-Endau. Jika pengunjung dari Bandar Mersing, perjalanan akan mengambil jarak kira-kira 17km manakala jika pengunjung dari Endau, perjalanan akan mengambil jarak 22km.

Pantai Penyabong

Info

Nama asal Pantai Penyabong adalah Pantai Pasir Lanun. Ini kerana Pantai Penyabong pernah menjadi pilihan utama tempat persembunyian lanun suatu ketika dulu disebabkan pantainya yang bersih dan airnya yang segar.

Pengunjung yang datang ke sini boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti manaiki bot, kayak, memancing, berkhemah dan meneroka hutan yang berdekatan. Selain itu, pengunjung boleh melawat Perkampungan Orang Melayu dan melihat kelong.

Terdapat kemudahan penginapan kelas pertengahan disediakan. Begitu juga kemudahan seperti kedai makan, kedai cenderamata dan sewaan peralatan untuk beraktiviti.

Panduan: Untuk tiba di Pantai Penyabong, pengunjung perlu mengambil jalan menuju ke Perkampungan Nelayan Endau. Namun sebelum tiba ke perkampungan tersebut, kira-kira 3km dari Bandar Mersing, belok ke kanan dan bergerak kira-kira 13km untuk tiba di Pantai Penyabong.

Pantai Tanjung Leman

Info

Tanjung Leman lebih dikenali sebagai batu loncatan untuk ke Pulau Sibu dan Sibu Tengah. Ini kerana, terdapat sebuah jeti yang membolehkan bot atau feri membawa pengunjung ke dua-dua tempat tersebut.

Lokasinya kira-kira 72km ke selatan Mersing dan agak jauh dari jalan utama menyebabkan Tanjung Leman agak sukar ditemui. Namun, apabila tiba di Tanjung Leman, pengunjung boleh berkayak, menyelam dan melihat burung pelbagai sepsis.

Panduan: Jika pengunjung dari Bandar Mersing, bergerak ke selatan. Kira-kira 44km dari Bandar tersebut, belok ke kiri dan pengunjung akan melalui jalan utama ladang kelapa sawit yang agak sempit dan tidak rata.

Pantai Air Papan

Info

Pantai Air Papan amat sinonim dengan Pesta Air Papan yang diadakan setiap tahun pada 1 Mei. Setiap tahun, ramai pengunjung tempatan dan luar Negara datang untuk menyertai pelbagai pertandingan dan permainan. Pantai yang rata dan panjang kira-kira 3km ini adalah amat strategic untuk bermain pelbagai permainan tradisional dan membuat persembahan.

Selain terkenal dengan Pesta Air Papan, pantai ini juga amat popular untuk para pengunjung berkelah di hujung minggu dan cuti am. Mereka boleh berenang di air biru atau bersantai di bawah pohon rendang yang tumbuh sepanjang pantai. Dari panatai ini, pengunjung akan dapat lihat kelibat Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Tioman, Pualau Batu Gajah, Pulau Setinggan dan Pulau Tengah

Panduan:Dari Bandar Mersing, pengunjung begerak ke utara menuju ke Kuantan. Kira-kira 10 minit perjalanan, pengunjung akan tiba di Pantai Air Papan.

Halaman ini telah dibaca sebanyak 17920 kali