Friday, 10 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Pelancong > Kluang
Mar 11, 2011 •    Bookmark and Share

Kluang

Hutan Rekreasi Gunung Belumut

Info

Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak di tenggara Bandar Kluang. Gunung Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu yang licin dan berlumut. Perjalanan ke puncak gunung ini melalu jalan balak adalah mudah. Ini membolehkan ramai pengunjung berpeluang untuk ke puncak. Sekali gus berpeluang menikmati panorama Kluang dari puncak Gunung Belumut. Terdapat sebuah air terjun yang sederhana tinggi tetapi amat popular kepada pengunjung terutama pada musim cuti atau hujung minggu. Untuk ke Hutan Rekreasi Gunung Belumut, pengunjung perlu melalui Jalan Utama Kluang-Jemaluang. Dari situ, pengunjung akan memasuki Ladang Kelapa Sawit, Felda Ulu Dengar dan kemudian akan tiba di hutan rekreasi tersebut.

Hutan Rekreasi Gunung Lambak

Info

Terletak kira-kira 5km dari Bandar Kluang, Hutan Rekreasi Gunung Lambak menjadi destinasi yang cukup menarik bagi pengungjung yang dahagakan keindahan alam semulajadi. Di kaki Gunung Lambak, terdapat sebuah hutan rekreasi yang cukup ideal untuk berkelah. Di sini pengunjung akan berpeluang untuk berenang dan mendaki gunung. Selain di penuhi dengan pelbagai flora dan fauna, air terjun yang dingin dan nyaman juga ada terdapat di sini. Bagi kanak-kanak, taman permainan ada disediakan. Kemudahan penginapan juga ada disediakan. Dari Bandar Kluang, berjalan ke arah selatan menuju ke Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin. Tidak jauh dari kampong tersebut akan kelihatan Taman Rekreasi Gunung Lambak.

Stesyen Keretapi Kluang

Info

Salah sebuah tempat utama yang perlu dilawati apabila tiba di daerah Kluang adalah Stesyen Keretapi Kluang yang telah beroperasi semenjak 1915. Bagi pengunjung yang suka kepada rekabentuk bangunan bersejarah, stesyen ini amat sesuai dan cukup nostalgia. Selain itu, pengunjung tidak boleh melepaskan peluang untuk mengunjungi warong yang terletak berhampiran Jalan Omar. Di sana , pengunjung akan berpeluang menikmati minuman kopi, roti bakar dan telur setengah masak yang cukup sedap dan sememangnya telah popular bukan sahaja di kalangan penduduk Kluang malahan di seluruh Johor dan mungkin telah meliputi seluruh Malaysia . Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, sila ambil susur keluar Ayer Hitam. Masuk simpang ke Bandar Kluang dan pengunjung akan tiba ke pusat Bandar kira-kira 23km dari susur keluar Ayer Hitam. Stesyen Keretapi Kluang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kluang. Halaman ini telah dibaca sebanyak 13236 kali