Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Projek Pertanian Moden

Ditulis pada 13/05/2013 09:11

Projek Pertanian Moden Kluang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena lawatan beliau ke Royal Agriculture College (RAC), United Kingdom.

Projek Perdana ini merupakan projek ulung dalam usaha mengeluarkan bahan makanan dan sebagai projek perintis pertanian campuran berskala besar yang diurus secara komersial menggunakan teknologi dan amalan pertanian yang terkini.

Pada 12 Februari 2004, projek ini telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebanyak 21 syarikat telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri bagi menyertai projek ini.

Keluasan projek ini adalah 9000 ekar di mana seluas 3,202 ekar di Padang Hijau, 203 ekar di Pusat Pertanian Ayer Hitam manakala seluas 5,595 ekar adalah di Pusat Ternakan Haiwan Ayer Hitam dan Institut Haiwan Kluang, Johor.

Melalui pelaksanaan Projek Pertanian Moden Kluang, pengeluaran makanan negara dijangka akan meningkat dan secara langsung menambah bekalan makanan bagi keperluan domestik serta dalam masa yang sama mengurangkan bil import bagi bahan makanan negara.

Selain itu, projek ini juga menekankan betapa pentingnya penggunaan teknologi yang bersesuaian dan terkini dalam industri pertanian bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak, bermutu dan kualiti yang lebih tinggi dan stabil.

Projek Pertanian Moden Kluang adalah satu model projek berskala ekonomik dan moden di mana ia dapat menjana pertumbuhan ekonomi dalam sektor pertanian dan dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.

Penglibatan pihak swasta dalam projek ini dengan pengurusan secara komersil serta pengalaman teknologi terkini dalam sektor pertanian dapat mendedahkan kepakaran dan kemahiran kepada lebih ramai penternak, nelayan dan petani.

Halaman ini telah dibaca sebanyak 34797 kali

^ Atas