MSC Cyberport Johor
Ditulis pada 09/05/2013 12:22MSC Cyberport Johor adalah suatu bentuk hubungan kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta di mana Kerajaan Negeri Johor menjadi peneraju utama untuk mewujudkan hub perdagangan ICT global yang mempunyai persekitaran kehidupan berkelas dunia di dalam Iskandar Malaysia. Usaha ini adalah selari dengan hala tuju Kerajaan Malaysia melalui MSC Malaysia.
Setakat ini MSC Cyberport Johor melaksanakan peranannya di dua lokasi yang diperuntukkan iaitu Menara MSC Cyberport dan Bandar MSC Cyberport yang terletak di dalam kawasan Iskandar Malaysia. Kedua-dua hub ini pastinya menjadi pemacu utama terhadap perkembangan pesat ICT dan industri berasaskan pengetahuan.
Pada 28hb Jun 2006, Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah bersetuju menganugerahkan MSC Malaysia Cybercentre Status kepada Menara MSC Cyberport di mana pelancaran telah dibuat pada 14hb Ogos 2006.
Sesungguhnya , MSC Cyberport Johor merupakan lokasi yang amat strategik dan berbaloi untuk syarikat-syarikat ICT yang mensasarkan pasarannya di Asia Pasifik.
Untuk maklumat lanjut berkenaan MSC Cyberport Johor sila layari Laman Web Rasmi Cyberport Johor
Halaman ini telah dibaca sebanyak 11723 kali

