18 May 2013 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Iskandar Malaysia

Ditulis pada 13/05/2013 08:51

Iskandar Malaysia terletak di dalam Negeri Johor, kawasan paling pesat membangun di selatan Semenanjung Malaysia di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan bergabung untuk membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju. Ianya hanya 4 hingga 8 jam penerbangan dari bandar raya Asia yang sedang berkembang pesat seperti Bangalore, Bahrain, Delhi, Dubai, Hong Kong, Hanoi, Ho Chi Minh, Shanghai dan Taipeh. Ia juga terletak dalam jangkauan pasaran global yang meliputi kira-kira 800 juta orang.

Wilayah Pembangunan Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong. Kawasan di dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Bahru dan sebahagian daripada Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup (Mukim Ayer Masin).

Penduduk Iskandar Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk seramai 1.35 juta (atau 43% daripada penduduk Johor yang berjumlah 3.17 juta pada 2005), dengan tenaga kerja membentuk kira-kira 66% daripada penduduk.

Pembangunan Iskandar Malaysia adalah berasaskan empat komponen penting seperti berikut:

  1. Penggubalan Pelan Induk Perniagaan, iaitu Rancangan Pembangunan Menyeluruh (RPM)
  2. Penubuhan badan kawal selia yang kukuh, iaitu Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDAI) yang akan merancang dan memudahkan kelulusan menerusi sebuah pusat hentian setempat dan menangani pembangunan sosial
  3. Penubuhan Pemaju Raya, iaitu South Johor Investment Corporation Berhad (SJICB) yang akan mempelopori pembangunan pemangkinan di Iskandar
  4. Pemberian pakej insentif untuk menggalakkan inisiatif pemangkinan

Wawasan Iskandar Malaysia:

  • Iskandar menyumbang 60% daripada KDNK Negeri Johor, dengan sektor perkhidmatan menjadi pemacu utama pertumbuhan
  • Menyediakan ramai tenaga kerja berpendidikan yang mahir dan fasih bertutur Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan bahasa antarabangsa lain seperti Mandarin
  • Campuran medan pembangunan baru dan medan pembangunan semula dan kos sara hidup lebih rendah berbanding Singapura dan Hong Kong
  • Infrastruktur telekomunikasi terkini
  • Rangka kerja institusi awal yang cekap dan telus
  • Kemudahan kargo darat, laut dan udara bertaraf dunia yang menyenangkan pengendalian bekalan dan pengedaran bahan mentah
  • Lapangan terbang moden di Senai, mengendalikan 1.25 juta pelawat dan lebih 7,500 ton kargo pada 2005
  • Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang - pelabuhan pemindahan kargo Malaysia yang bertaraf dunia
  • Cemerlang dalam sektor berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat, bioteknologi, pelancongan, pendidikan & penjagaan kesihatan, kewangan Islam, pembuatan dan industri elektrik dan elektronik
  • Destinasi pelancong antarabangsa dan kemudahan sukan yang baik, termasuk kemudahan beli-belah dan penjagaan kesihatan & kesejahteraan
  • Kadar inflasi rendah (kurang daripada 3.5%)

Kelebihan di atas akan memudah dan melestarikan konsep pembangunan gaya hidup lengkap dengan campuran budaya, warisan dan gaya seni bina Timur yang seimbang, digabungkan dengan teknologi terkini, serta logistik dan sistem keselamatan bertaraf dunia.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Laman Web Rasmi Iskandar Malaysia

Halaman ini telah dibaca sebanyak 22298 kali

^ Atas