23 May 2013 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Bio Desaru

Ditulis pada 13/05/2013 08:59

Kerajaan Negeri Johor telah mensasarkan satu tanda aras baru dan menjadi model kepada industri pertanian di Malaysia dengan memperkenal dan memgembangkan pembangunan bio pertanian berintegrasi.

Kira-kira 3,642 hektar tanah di Tanjung Balau, kawasan berhampiran pusat peranginan Desaru, telah diperuntukkan dan dinamakan Bio Desaru - Lembah Makanan Berorganik.

Fungsi utama Bio Desaru diperkenalkan adalah untuk meningkatkan hasil makanan melalui tanaman, ternakan dan akuakultur. Di samping menjadi pusat penyelidikan dan latihan.

Johor Biotechnology and Biodiversity Corporation (JBBC) telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan Bio Desaru menjadi wilayah pembangunan pertanian berasaskan bioteknologi yang termoden.

Setakat ini Bio Desaru telah menerima pelaburan dari syarikat luar dan dalam negeri berjumlah 1.5 billion.

Dengan kemudahan dan pelaburan yang disalurkan sudah pastinya suatu hari nanti Bio Desaru akan menjadi Hub Makanan Berorganik dan Pusat Pelancongan Pertanian. Sekali gus menepati sasaran Kerajaan Negeri Johor dan objektif Kerajaan Malaysia.

Maklumat lanjut sila layari Laman Web Rasmi Bio Desaru.

 

Halaman ini telah dibaca sebanyak 10871 kali

^ Atas