Friday, 30 July 2010 | W3C | Tukar Bahasa: English | MISTI 2010 di Facebook

 
   Bookmark and Share

Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC)

JSIC telah ditubuhkan pada 16 Ogos 2004 di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. JSIC berfungsi sebagai pusat maklumat utama berkenaan peluang-peluang utama pelaburan di Negeri Johor. Di samping membantu Kerajaan Negeri Johor menjalankan usaha-usaha mempromosikan Johor sebagai wilayah pelaburan yang strategik kepada pelabur-pelabur sama ada di dalam dan di luar negeri.

image

Kelebihan Pelaburan Di Negeri Johor

Lokasi Logistik Dan Kemudahan Yang Terbaik
Johor terletak dalam jangkauan 4 jam waktu penerbangan dengan bandar-bandar utama antarabangsa dimana 28% penduduk dunia menetap dan merangkumi 40% pengeluaran ekonomi dunia.  

Kos Efektif
Johor mempunyai banyak tanah perindustrian dengan harga yang berpatutan dan premises kilang, ruang tanah komersial, pekerja mahir dan perkhidmatan sokongan. Pengurangan dari segi kos amat besar.

Mesra Perniagaan, Efisyen Dan Perkhidmatan Yang Telus
Kerajaan Negeri telah menubuhkan beberapa kemudahan untuk mengokong pertumbuhan industri seperti Pusat Perlaburan Negeri Johor (JSIC), Jawatankuasa Pembangunan Industri, Jawatankuasa Pentabiran Taman Industri dan Pusat Pentabiran dan Pengetahuan Ilmu Negeri Johor dan Pusat Pembangunan Tenaga Kerja Johor.

Persekitaran Hidup Yang Sempurna Dan Kualiti Hidup Yang Tinggi
Johor mempunyai kemudahan perumahan yang baik didalam persekitaran yang teratur dengan landskap yang menarik. Bagi pencinta alam dan yang sukakan cabaran mereka boleh menikmati pelbagai jenis kemudahan yang terdapat di tempat rekreasi di darat atau di laut. Mempunyai Nilai Taraf hidup yang tidak terlalu tinggi.