Pejabat Daerah Kota Tinggi (PDKT) terletak di Aras 2, Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi, Johor. Kawasan pentadbirannya meliputi 10 buah mukim dengan anggaran penduduk seramai 180,000 orang yang merupakan pelanggan kepada perkhidmatan yang diberikan di pejabat ini. Pejabat Daerah Kota Tinggi merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam pembangunan Kota Tinggi dan sekaligus memperkenalkan Kota Tinggi di mata dunia. Jabatan ini juga merupakan pusat bagi perubahan, cabaran dan pengaruh dalam bentuk sosial dan budaya. Di samping itu Pejabat Daerah Kota Tinggi juga berperanan sebagai institusi sokongan pembangunan di peringkat akar umbi di setiap kawasan di Daerah Kota Tinggi.
PIAGAM PELANGGAN
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang cepat, tepat dan mesra.
Kami komited untuk mengeluarkan pesanan dan inden kerja dalam masa 4 minggu.
Kami komited untuk menyelesaikan bayaran tuntutan dalam masa 4 bulan dari tarikh tuntutan.
Kami komited untuk mengeluarkan lesen hiburan dan 'liquor' dalam masa 3 bulan.
Kami komited untuk membuat keputusan permohonan bekalan air dan elektrik yang layak dalam masa 3 hari.
Kami komited akan sentiasa melayani segala rungutan atau aduan masalah pelanggan pada bila-bila masa dengan penuh kemesraan dan keikhlasan
Kami komited untuk menyiapkan rumah PPRT dalam masa 3 bulan.
Tarikh Akhir Kemaskini ( Friday, 04 December 2009 01:23 )
DIARI PEGAWAI DAERAH
Harap Maaf. Diari Sedang Di Kemaskini....
Tarikh Akhir Kemaskini ( Friday, 04 December 2009 01:25 )
Saham Wakaf Johor
Orang ramai dipelawa untuk menyertai Saham Wakaf Johor bagi mewakafkan sebuah bangunan asrama enam tingkat di Kaherah khas untuk pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir.
Penyertaan dan bayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter Pejabat Agama Daerah atau poskan borang penyertaan serta bayaran ke alamat berikut:
Majlis Agama Islam Negeri Johor (Saham Wakaf Johor) Aras 5, Pusat Islam Iskandar Johor, Blok B Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725 80990 Johor Bahru, Johor
Tarikh Akhir Kemaskini ( Friday, 04 December 2009 01:30 )
Atap Nipah Masih PopularKOTA TINGGI 1 April - Biarpun negara kini membangun pesat dalam bidang pembinaan dengan wujudnya rumah serta bangunan pencakar langit yang mengagumkan, namun sesetengah individu masih mempertahankan keaslian ciri seni bina tradisional.Salah satu ciri tradisional dalam seni bina Melayu yang terus... Berita Penuh....
Kejora Laksana Projek Agropolitan RM59 JutaKerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM59 juta kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) bagi menjayakan projek mega baru, Agropolitan di negeri ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, peruntukan dalam bentuk geran itu bertujuan meningkatkan... Berita Penuh....
Asal Usul Nama SediliTanjung Sedili yang terletak di bahagian timur laut negeri Johor merupakan kawasan yang terkenal dengan kegiatan perikanan selain pelancongan pesisiran pantai. Ia juga merangkumi sebahagian daripada kawasan Sedili Besar dan Sedili Kechil dan terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Kota... Berita Penuh....
10 Bot ,12 Enjin Bantu NelayanKOTA TINGGI 27 Julai - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ibrahim Ismail menyampaikan bantuan 10 bot dan 12 enjin kepada nelayan semasa singgah di Tanjung Sedili di sini dalam program Kembara Mahkota Johor 2008 hari ini.Bantuan tersebut bertujuan membantu nelayan yang kurang berkemampuan di... Berita Penuh....