|
Written by Administrator
|
|
Monday, 14 March 2011 09:16 |
PIAGAM PELANGGAN
Dengan izin Allah S.W.T, Jabatan Mufti Johor berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan seperti berikut :
-
Setiap aduan/pertanyaan secara bertulis mengenai hukum dan fatwa akan diteliti dan dijawab dalam tempoh satu minggu dari tarikh penerimaannya atau selepas Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Johor dan sekiranya perlu selepas Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor jika melibatkan urusan pewartaan;
-
Sebarang Aduan yang diterima daripada orang ramai mengenai sesuatu perkara yang melibatkan penyelidikan dari segi Syariah, Akidah dan isu-isu semasa berkaitan agama akan disiapkan dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan;
-
Kami akan mengesahkan data-data mengenai Jadual Waktu Solat dan Takwim, Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak pada masa yang ditetapkan;
-
Segala permohonan bagi mendapatkan pembaca doa bagi majlis-majlis rasmi Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta, akan dijawab dalam tempoh dua hari dari tarikh penerimaan;
-
Segala baucer pembayaran berkaitan dengan kewangan akan disempurnakan dalam masa 5 hari dari tarikh penerimaan tuntutan;
-
Surat Pesanan Pembelian Tempatan ( LPO ) dan Pesanan Perkhidmatan ( Service Order ) akan diuruskan dalam tempoh tiga ( 3 ) hari dari tarikh penerimaan.

|
|
Last Updated on Monday, 21 March 2011 15:56 |