joomla 1.5 templates

exemple cv

web hosting cheap web hosting
Pentadbiran & Kewangan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 21 March 2011 13:37
nama
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

 

Unit Kewangan

  • Bertanggungjawab kepada Mufti dan Ketua Bahagian Pentadbiran.
  • Memproses dan menyediakan perubahan gaji berkomputer ( Borang A ) bagi semua pegawai dan kakitangan sebagaimana berikut :
                     i. Lantikan pertama;
                    ii. Pelepasan jawatan/perletakan jawatan;
                   iii. Pertukaran;                
                   iv. Menduduki/keluar kuarters;
                    v. Pelarasan gaji;
                   vi. Elaun tanggung kerja/memangku;
                  vii. Elaun-elaun tidak berpencen;
                 viii. Pergerakan gaji;
                    ix. Persaraan;
                     x. Naik pangkat;
                    xi. Cuti separuh gaji/tanpa gaji;
                   xii. Ganjaran;
                 xiii. Semua potongan Biro Angkasa seperti cukai pendapatan, tabung haji, KWSP, koperasi
                         dll.
  • Menguruskan hal ehwal gaji pegawai dan kakitangan.
  • Menyediakan baucer tuntutan perjalanan pegawai dan kakitangan.
  • Menyelenggara rekod pendapatan dalam Kew. 18.
  • Menyediakan borang Cukai Pendapatan melalui borang EC.
  • Menyediakan Sijil Gaji Akhir.
  • Menerima dan merekod bil-bil, menyedia baucer bayaran, merekod dalam Buku Vot dan hantar baucer ke Perbendaharaan.
  • Membuat Pesanan Kerajaan, mengeluarkan Waran Kapalterbang dan membuat tempahan tempat penginapan.
  • Menerima bayaran / hasil, mengeluarkan resit dan merekodkannya dalam Buku Tunai.
  • Memasukkan hasil ke bank, menyelenggara resit dan penyata pemugut dan membuat penyata hasil bulanan.
  • Membuat semakan dan menyelenggara filmsy perbendaharaan.
  • Menyelenggara Akaun Panjar Wang Runcit.
  • Membantu Ketua Bahagian membuat bajet tahunan.
  • Membantu proses pelarasan dan pemindahan gaji sekiranya terdapat perubahan struktur gaji kakitangan awam.

Unit Perkhidmatan

  • Bertanggungjawab kepada Mufti dan Ketua bahagian Pentadbiran;
  • Mendaftar, membuka dan menyelenggara sistem fail Jabatan;
  • Menerima surat-surat, memasukkan ke dalam fail dan mengedarkan kepada pegawai bagi tindakan.
  • Menguruskan pengesahan dalam jawatan, kemasukan ke jawatan berpencen, pemangkuan, kenaikan pangkat dan urusan persaraan;
  • Membantu mengurus penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Laporan Penilaian Prestasi, Penilaian Tahap Kecekapan, anjakan gaji dan anugerah perkhidmatan cemerlang;
  • Menyelenggara pergerakan dan penyimpanan fail;
  • Membuat dispatch surat-surat;
  • Menguruskan semua jenis permohonan dan kelulusan cuti;
  • Menyelenggara dan mengemaskini Rekod Perkhidmatan dan Cuti;
  • Menyelenggara data maklumat HRMIS;
  • Menguruskan semua permohonan pinjaman seperti pinjaman perumahan, komputer, kenderaan dan tambang haji;
  • Membantu menyediakan perakuan anugerah bintang dan pingat;
  • Menyimpan pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan Kerajaan;
  • Mengelola urusan latihan dalaman ( anjuran Jabatan ) dan latihan anjuran pihak luar bagi pegawai dan kakitangan Jabatan; &
  • Membantu urusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan permohonan memasuki peperiksaan Jabatan.

 

Unit Perolehan Dan Mesyuarat

  • Menguruskan stor jabatan yang mengandungi bekalan pejabat dan alat tulis seperti menyimpan dengan selamat, mengemaskini, susun atur dan kebersihan;
  • Merekod permohonan dan pengeluaran barang-barang;
  • Menyelenggara rekod harta modal dalam borang-borang / Kad Kew.312, 312A & 313 dan Buku Kew. 314 & 315;
  • Merekod dan menyediakan nombor inventori kepada semua harta modal dan peralatan jabatan;
  • Membantu membuat verifikasi stok, pelupusan dan hapus kira;
  • Membantu urusetia kerja-kerja tender dan sebutharga;
  • Menyelenggara perjalanan sistem Kad Perakam Waktu;
  • Menyediakan kad individu ( kad kuning, hijau dan merah );
  • Menyediakan borang-borang laporan dan merekodkannya ( Borang B1, B2 dan B3 );
  • Bertanggungjawab menyediakan jamuan mesyuarat, jamuan untuk tetamu, hadiah dan cenderahati; &
  • Bertanggungjawab menjaga kebersihan pejabat termasuk bilik Air, penggunaan api dan air jabatan.

nama2 
 
Last Updated on Tuesday, 22 March 2011 09:22
 

joomla templates

exemple de cv

web hosting template joomla link building