joomla 1.5 templates

exemple cv

web hosting cheap web hosting
Kata Aluan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 18 March 2011 12:02
nama
jatamufti
KATA-KATA ALUAN

dato_tahrir

Sahibus Samahah Dato' Hj. M. Tahrir bin Dato' Kiyai Hj. Samsudin

Mufti Negeri Johor

tsCAKC2HURSegala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam ke atas Nabi Nuhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya  amat bersyukur kepada Allah dengan taufiq 'inayah serta keizinannya jua, Jabatan Mufti Johor, telah berjaya membina laman web untuk tatapan masyarakat Islam negeri ini khasnya dan seluruh umat Islam seluruh dunia.

Dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) yang serba canggih ini,  kini segalanya begitu mudah hanya di hujung jari anda sahaja. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dan dikongsi bersama. Justeru, Jabatan Mufti Johor mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk memberikan pelbagai pendekatan untuk memberikan maklumat yang tepat dan aktiviti Jabatan dengan lebih telus bagi kemudahan masyarakat amnya.

Adalah diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan sebaiknya dan penuh hikmah, dan dapat mengemukakan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal agama Islam, mahu pun aqidah, syariah dan falak syar'ie. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat dan semoga Allah S.W.T memberkati.

Kesimpulannya, penubuhan Jabatan Mufti Johor ini mempunyai matlamat dan harapan yang tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menjadi rujukan permasalahan agama yang tertinggi.

 

Sekian, wassalam.




nama2

Last Updated on Wednesday, 11 May 2011 11:13
 

joomla templates

exemple de cv

web hosting template joomla link building