|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 15 March 2011 09:55 |
Unit Istinbat
Unit Istinbat adalah bertanggungjawab untuk mengurus, menyelia dan melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut :
-
Mengurus, menyelia dan menyediakan bahan-bahan serta hujahUnit syarie ( Al-Quran, Hadith, Qias, Ijmak dan lain-lain ) melalui pembacaan dan kajian kitab-kitab muktabar ).
-
Menjawab segala fatwa dan kemusykilan agama.
-
Menyediakan kertas kerja dan penyelidikan untuk dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Johor dan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
-
Memastikan fatwa yang dikeluarkan lengkap, kemas dan bersistematik.
Unit Buhuth
Unit Buhuth adalah bertanggungjawab untuk mengurus, menyelia dan melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut :
-
Membuat kajian dan pemantauan hal-hal ajaran salah dan menyeleweng serta hal-hal aqidah, halal haram dan isu semasa yang ada kaitannya dengan hukum syara' dalam masyarakat serta membuat panduan untuk pegangan mereka.
-
Membuat kajian, memantau dan mengeluarkan panduan tahap kebudayaan, adat istiadat, kepercayaan serta khurafat dalam masyarakat Islam dan menyediakan panduan-panduan untuknya.
-
Membuat kajian terhadap manuskrip lama berhubung dengan fatwa.
-
Membuat pemantauan terhadap tuduhan orientalis atau musuh-musuh Islam dengan menyediakan jawapannya.
-
Mengambil bahagian dalam Research And Development ( R&D) yang berkaitan dengan Islam.
|
|
Last Updated on Monday, 21 March 2011 16:19 |