joomla 1.5 templates

exemple cv

web hosting cheap web hosting
Bahagian Falak PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 15 March 2011 10:52
nama
BAHAGIAN FALAK


Unit Falak Syar'ie

Unit Falak adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas seperti berikut :

  • Menyediakan takwim Islam dan Miladi, waktu solat, waktu berbuka puasa, imsak Ramadhan serta cuti am bagi Negeri Johor.

  • Menyediakan dan membuat kiraan data-data rukyah, membuat cerapan hilal bagi menentukan awal bulan hijrah dan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Rukyah Negeri Johor dan Kebangsaan.

  • Menentukan tarikh peristiwa sambutan perayaan Islam seperti Maal Hijrah, Hari Asyura, Maulidur Rasul, Isra' Mikraj, Nisfu Sya'ban dan sebagainya.

  • Menyediakan data-data peristiwa berlakunya gerhana matahari dan bulan dan menetapkan tempoh berlakunya gerhana bagi kegunaan solat gerhana Negeri Johor.

  • Menyediakan dan menentukan tarikh berlakunya peristiwa Istiwa' Al-Ka'bah.

  • Tempat rujukan penentuan perbezaan tarikh Miladi ke Hijrah, Hijrah ke Miladi dan menentukan sesuatu peristiwa seperti tarikh kelahiran, kematian, perkahwinan serta menentukan dokumen-dokumen rasmi yang dipohon oleh agensi-agensi kerajaan dan orang perseorangan.

  • Menentu dan mengesahkan arah kiblat bagi pembinaan masjid, surau dan tanah perkuburan dan menyemak arah kiblat kepada masjid-masjid dan surau-surau yang sedia ada sekiranya diperlukan.

  • Urusetia kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Johor da menyediakan data-data rukyah awal Ramadhan, Syawal, Zulhijjah dan melaporkan kepada Sohibus Samahah Mufti untuk disembah maklum kepada DYMM Sultan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dan juga kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Kebangsaan, JAKIM.

  • Menyediakan buku-buku panduan yang berhubung dengan arah kiblat, waktu solat, penentuan puasa dan hari raya, penentuan awal bulan Islam, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya.

  • Mengadakan penerangan dan taklimat berhubung dengan penentuan arah kiblat, waktu solat, kaedah rukyah kepada Pegawai Agama, Imam, Bilal, Noja dan masyarakat dalam negeri Johor.

 

nama2

 

Last Updated on Monday, 20 February 2012 15:00
 

joomla templates

exemple de cv

web hosting template joomla link building