| |
Pengenalan Majlis Perbandaran Muar |
|
| |
Pengishtiharan Majlis Perbandaran Muar telah di sempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 14 April 2001. Majlis Perbandaran Muar yang suatu ketika dahulu di kenali sebagai Majlis Daerah Muar Selatan ( Di bawah Akta Kerajaan Tempatan, peruntukan peruntukan sementara 1973) merangkumi 17 buah mukim yang sehingga kini di duduki hampir 230, 000 orang penduduk pelbagai etnik. |
|
| |
........................................................................................................... |
|
| |
Majlis Perbandaran Muar telah menggariskan beberapa objektif yang harus di jadikan panduan oleh setiap pekerja di sini bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi dan dinamik. Antara objektif penubuhan MPM adalah :- |
|
| |
|
 |
Memberi Perkhidmatan sebaik mungkin kepada pembayar pembayar cukai, mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan pentadbiran. |
|
|
| |
 |
Mempertingkatkan prestasi pentadbiran dan pengurusan. |
|
| |
 |
Mempertingkatkan kebersihan dan perancangan pembangunan dalam semua sektor di kawasan pentadbirannya supaya menjadi lebih tersusun dan seimbang. |
|
| |
 |
Memperindahkan kawasan MPM sejajar dengan aspirasi dan harapan kerajaan. |
|
| |
 |
|
|
| |
........................................................................................................... |
|
| |
Selaras dengan penubuhan Majlis Perbandaran Muar, logo, jata dan bendera MPM di perkenalkan bagi melambangkan sesebuah organisasi. Di samping itu sebuah lagu, "Gemilang MPM" digubah dan di jadikan lagu Rasmi MPM. Keterangan mengenai logo, jata serta bendera MPM boleh di dapati di capaian di bawah:- |
|
| |
|
 |
Logo Rasmi MPM |
|
|
| |
|
 |
Jata Rasmi MPM |
|
|
| |
|
 |
Bendera Rasmi MPM |
|
|
........................................................................................................... |
| |
Berbekalkan motto "BERKHIDMAT BERBAKTI DENGAN KUALITI", MPM menyasarkan untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang terunggul di daerah Muar. MPM mempunyai wawasan untuk menjadi pusat kecemerlangan (Centre Of Excellence) di kalangan pihak berkuasa tempatan. MPM juga berusaha untuk mengubah imej tradisi dan mengekalkan kesinambungan antara masyarakat dan pihak kerajaan. |
|