2.4 LESEN DARI AGENSI KERAJAAN
Pemohon perlulah merujuk terlebih dahulu pada agensi-agensi kerajaan berkenaan bagi beberapa jenis perniagaan yang tertentu sebagaimana berikut;
Tadika, Pusat Tuisyen
Perakuan Sementara Pendaftaran Tadika atau Institusi Pendidikan Swasta dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor
2.4.2 Taska, Rumah Wargatua, Rumah Anak Yatim
Perakuan Pendaftaran Taska dan Surat Kebenaran dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
2.4.3 Rumah Awam Kelas 1, Rumah Bir, Menjual Arak Runcit
Lesen tahun semasa dari Pejabat Daerah Johor Bahru
2.4.4 Pusat Hiburan Keluarga, Karaoke, Permainan Mesin 'Juke Box' Dan Pawagam
Lesen Hiburan tahun semasa dari Pejabat Daerah Johor Bahru
2.4.5 Pusat Snooker
Lesen Permainan Snooker dari Pejabat Daerah Johor Bahru
2.4.6 Lesen Hiburan Bowling
Lesen Hiburan Bowling dari Pejabat Daerah Johor Bahru
2.4.7 Menjual Kenderaan Terpakai, Menjual Alatganti Kenderaan Terpakai, Menjual Barangan Lusoh (Besi)
Lesen Menjual Barang Terpakai dari Ibupejabat Polis Diraja, Daerah Johor Bahru
2.4.8 Menjual VCD, CD, DVD, Video Tape Dan Pawagam
Lesen FINAS dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
2.4.9 Stesyen Minyak
Permit Mengusaha Stesyen Minyak(PDA) dan Lesen Runcit Gas Petroleum Cecair dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur
2.4.10 Menjual Haiwan Peliharaan
Lesen Menjual Haiwan Peliharaan dari Jabatan Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
2.4.11 Perusahaan Percetakan
Lesen Percetakan dari Kementerian Dalam Negeri Cawangan Kawalan Penerbitan Dan Penguatkuasaan Bahagian C, Zon Selatan
2.4.12 Pemberi Pinjam Wang
Lesen Pemberi Pinjam Wang dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kuala Lumpur
2.4.13 Pengurup Wang
Lesen Pengurup Wang Dari Bank Negara Malaysia
2.4.14 Agensi Nombor Ramalan
Lesen Agensi Nombor Ramalan dari Kementerian Kewangan, Kuala Lumpur
2.4.15 Menjual / Pemborong / Pengedar Beras
Lesen Runcit Menjual Beras dari Pejabat Kawalselia Padi Dan Beras, Ng. Johor
2.4.16 Pengedar Gas
Lesen Pengedar Gas Dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Ng. Johor
2.4.17 Menjual, Membeli, Menyimpan, Pengilangan dan Pemasaran Minyak Kelapa Sawit
Lesen dari Lembaga Pendaftaran Dan Perlesenan Minyak Kelapa Sawit (MPOB - Malaysian Palm Oil Board), Johor Bahru
2.4.18 Menjual Minyak Masak, Menjual Tepung, Menjual Gula
Lesen dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Ng. Johor
2.4.19 Pejabat @ Perkhidmatan Kawalan Serangga
Lesen Untuk Mewasapan Dengan Menggunakan Hidrogen Sianida Dan Metil Bromida dari Kementerian Kesihatan Malaysia
2.4.20 Pemasaran Produk Ke Luar Negeri
Lesen Pengilang (Ekspot) Dari Jabatan Kastam
2.4.21 Perusahaan Kosmetik / Perusahaan Ubat Lesen Pengilang Dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia |