a) Dapatkan borang L02 bagi permohonan lesen iklan di kaunter Jabatan Pelesenan dengan bayaran RM 1.00.
b) Hadir sendiri atau wakil ( surat kebenaran pemohon) di kaunter Jabatan Pelesenan untuk membuat permohonan.
c) Permohonan melalui pos TIDAK dibenarkan.
d) Permohonan (lengkap) akan diterima dan diproses.
Bayaran proses - RM 20.00
3.1. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
a) 2 keping gambar papan iklan (sekiranya telah dipamerkan),
ATAU;
2 contoh lakaran/visual papan iklan yang dicadangkan.
b) Salinan surat perjanjian jualbeli/sewa premis yang sah.
c) Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat yang lengkap.
d) Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan.
e) Salinan Resit cukai harta semasa.
f) Salinan Lesen Premis Perniagaan (jika ada).
g) Surat sokongan dari Jabatan Bomba bagi permohonan papan iklan yang menutup tingkap premis.
h) Salinan polisi insuran (public liability) bagi papan iklan yang melebihi ukuran standard atau dipamerkan atas bangunan. |