Muka Utama

Bahasa Inggeris

E-Aduan

E-Cukai

Buku Pelawat


Paparan terbaik:
Internet Explorer 6.0 &
1024 x 768 pixels



Penafian : Pihak MPJBT tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari laman web ini

 
PROSEDUR PERMOHONAN PINDAHMILIK HARTA
 
PENGENALAN / TUJUAN
 

1.1 Borang I   - Proses pindahmilik harta

1.2 Borang J  - Proses pindahmilik harta bagi kes kematian

Tujuan pindahmilik harta adalah untuk melaksanakan penukaran nama di bil cukai harta bagi memenuhi seksyen 160(1) dan seksyen 160(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

 
GARIS PANDUAN PERMOHOHAN
 

2.1  CARA - CARA PERMOHONAN

2.1.1  Dapatkan borang permohonan pindahmilik (Borang I) di Aras 3, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

2.1.2  Isi maklumat di dalam borang permohonan pindahmilk (satu salinan)

2.1.3  Tandatangan.

2.2  DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

2.2.1  Sesalinan resit cukai harta terkini yang telah dijelaskan

2.2.2  Sesalinan Hakmilik Sementara / Borang 14A

           ATAU

          sesalinan surat perjanjian jual beli (bagi Rumah Pangsa / Kondomonium / Harta-harta           yang belum mendapat hakmilik individu selepas CFO dikeluarkan)

2.2.3 sesalinan surat kematian bagi permohonan pindahmilik Borang J.

2.2.4  sesalinan Kad Pengenalan / Borang 9 (untuk permohonan syarikat)

 
BAYARAN
 

3.1  Wang proses pendaftaran sebanyak RM50 untuk satu pindahmilik.