CUKAI HARTA
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen-Seksyen 127, 129 dan 163 Akta Kerajaan Tempatan, 1976, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (RM 2084/2000 bertarikh 25 Oktober 2000) telah pun bagi tahun 2001 mengenakan kadar tahunan atas dasar yang berbeza di atas Nilai Tambah bagi semua pegangan bercukai dan ke atas bangunan-bangunan, yang baginya Seksyen 163 dipakai di dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
Kadar ini berpandukan kepada jenis pegangan dan kegunaannya dan memecahkan kawasan kepada bahagian dengan kadaran yang berlainan seperti berikut:
Jenis Pegangan |
Kadar Cukai Harta |
Kadar Cukai Harta Sg Tiram |
Rumah Murah (RM 25 ribu) |
0.25% |
0.25% |
Rumah Murah (RM 50 ribu) Kos Sederhana |
0.25% |
0.25% |
Rumah Murah (RM 80 ribu) Kos Sederhana |
0.18% |
0.18% |
Kediaman |
0.14% |
0.07% |
Perdagangan |
0.2% |
0.10% |
Perusahaan |
0.28% |
0.14% |
Kediaman Rizab Melayu |
0.10% |
0.05% |
Pertanian dan lain-lain |
0.05% |
0.02% |
Pembayaran Cukai Harta perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu bagi Penggal I bermula dari 1 Januari sehingga 28 Februari dan Penggal II bermula dari 1 Julai sehingga 30 Ogos pada setiap tahun.
Sekiranya bayaran bagi Penggal semasa tidak dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan, notis/denda cukai harta akan dikenakan mengikut kadar yang tertera seperti berikut:
NOTIS CUKAI HARTA
AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 - AKTA 171
[Seksyen 147(1) - Tindakan jika kadar tidak dibayar]
Notis Cukai |
Kadar |
| Bagi tunggakan RM 1.00 - RM 50.00 |
RM 3.00/unit |
| Bagi tunggakan RM 50.01 - RM 100.00 |
RM 5.00/unit |
| Bagi tunggakan RM 100.01 - RM 500.00 |
RM 10.00/unit |
| Bagi tunggakan RM 500.01 - RM 1,000.00 |
RM 20.00/unit |
| Bagi tunggakan RM 1,000.01 - RM 5,000.00 |
RM 30.00/unit |
| Bagi tunggakan RM 5,000.01 - ke atas |
RM 50.00/unit |
Majis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengeluarkan Notis Tunggakan Cukai Harta (Borang E) mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Seksyen 148) sekiranya pembayaran belum dijelaskan. Jika pembayaran tidak dibuat dalam 15 hari dari notis diposkan/diserahkan, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengeluarkan Waran Tahanan (Borang F) bagi menahan harta alih (sita) yang mempunyai nilai yang sama.
WARAN TAHANAN
AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 - AKTA 171
[Seksyen 148(4) - Tindakan Untuk Menuntut Tunggakan]
Denda Lewat Bayar Hasil |
Kadar |
Bayaran Waran Tahanan Cukai Harta |
6% daripada jumlah tunggakan cukai harta |
Walaubagaimanapun, jika pihak pembayar cukai harta mempunyai masalah dalam menjelaskan tunggakan cukai harta, pihak Majlis menerima permohonan pembayaran secara ansuran dengan menghadirkan diri di ibu pejabat Skudai untuk perbincangan.
NOTIS JUALAN ATAU PINDAHMILIK (Borang I)
Selain dari tanggungjawab membayar cukai harta yang ditetapkan, pembayar cukai harta perlu mengetahui Notis Jualan atau Pindahmilik. Di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindahmilik dan pembeli atau penerima pindahmilik dalam tempoh 3 bulan memberi notis mengenainya kepada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Borang I. Kegagalan berbuat demikian apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Sila dapatkan Borang I (Pindahmilik) di mana-mana kaunter bayaran MPJBT. Permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sesalinan Resit Cukai Harta yang telah dijelaskan, sesalinan Geran (Suratan Hakmilik Sementara/Borang 14A) atau sesalinan Surat Perjanjian Jual Beli (bagi Rumah Pangsa/Kondominium/Harta-harta yang belum mendapat hakmilik individu selepas CFO dikeluarkan), sesalinan Kad Pengenalan dan wang pendaftaran sebanyak RM50.00 untuk satu pindahmilik.