Muka Utama

Bahasa Inggeris

E-Aduan

E-Cukai

Buku Pelawat


Paparan terbaik:
Internet Explorer 6.0 &
1024 x 768 pixels



Penafian : Pihak MPJBT tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari laman web ini

 

JABATAN PERBENDAHARAAN

PENGENALAN

Jabatan Perbendaharaan bertanggungjawab ke atas kutipan hasil Majlis dan mengawal perbelanjaan Majlis sewajarnya bagi memperbaiki tahap kehidupan pembayar cukai

FUNGSI

a) Menguruskan sumber pendapatan Majlis

b) Menguruskan tanggungjawab kewangan Majlis

c) Menyediakan bajet dan laporan kewangan Majlis

PIAGAM PELANGGAN

1. Kami berjanji akan mengeluarkan bil-bil cukai harta kepada pembayar cukai pada akhir bulan Januari dan Julai setiap tahun dan memastikan bil-bil diterima sebelum notis dikenakan dengan syarat keterangan alamat surat-menyurat adalah lengkap.

2. Kami akan memproses setiap bil-bil tuntutan dengan cekap dan adil dalam tempoh 30 hari dari tarikh tuntutan diterima dengan syarat semua dokumen adalah lengkap sebagaimana yang dikehendaki.

(A) MAKLUMAT CUKAI HARTA

1. Siapa yang perlu membayar cukai

Semua pemilik harta yang memiliki harta di dalam kawasan pentadbiran MPJBT samada tanah kosong atau berbangunan seperti :

Perdagangan

-

Rumah Kedai, Kompleks Perniagaan, Pam Minyak

Perusahaan

-

Kilang Teres, Kilang Berbandung, Kilang Sesebuah, Bengkel

Kediaman

-

Rumah Murah, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Pangsapuri, Kondominium, Flat

Tanah Kosong

-

Lot Pertanian, Lot Perindustrian

Lain-lain

-

TNB, SAJ, Telekom, Kolam Pembentungan/Pengoksidaan

 

2. Bila cukai perlu dibayar

Cukai harta perlu dijelaskan sebanyak dua (2) kali setahun yang telah ditetapkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu :

Penggal Pertama

-

mulai 1 Januari hingga 28 Februari

Penggal Kedua

-

mulai 1 Julai hingga 30 Ogos

 

3. Jika cukai gagal dijelaskan

Sekiranya pemilik gagal menjelaskan cukai dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan di bawah Seksyen 147(1), Seksyen 148 atau Seksyen 156 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) akan dikenakan :

Seksyen 147(1)

•  Denda lewat mengikut jumlah tunggakan terkini akan dikenakan

Seksyen 148

•  Notis Borang E akan dikeluarkan dengan memberi tempoh 14 hari untuk membuat bayaran.

•  Sekiranya gagal, Waran Tahanan (Borang F) akan dikeluarkan bagi membolehkan apa-apa harta alih yang dijumpai di premis berkenaan akan disita.

•  Caj waran sebanyak 6 % akan dikenakan daripada jumlah tunggakan.

•  Harta alih yang disita akan dilelong jika sekiranya pemilik masih gagal menjelaskan jumlah tunggakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh sitaan.

•  Tindakan sivil di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah jualan akan diteruskan jika jumlah tunggakan melebihi nilai harta alih.

Seksyen 156

 

•  Tunggakan akan dituntut sebagai hutang dan notis akan dikeluarkan oleh pihak peguam yang dilantik oleh MPJBT.

•  Pemilik harta akan dikenakan kos guaman serta lain-lain kos bayaran yang berkenaan.

 

4. Tanggungjawab Penyewa

•  Penyewa hendaklah menyerahkan bil tuntutan cukai harta kepada pemilik dengan kadar segera.

•  Penyewa perlu juga memastikan pemilik telah menjelaskan bayaran cukai harta pada tempoh yagn telah ditetapkan.

•  Tindakan menahan (menyita) harta alih penyewa akan diambil jika pemilik gagal berbuat demikian.

(B) KEMUDAHAN CARA BAYARAN

1. TUNAI di mana-mana kaunter bayaran ibu pejabat MPJBT dan kaunter cawangan.

2. CEK / BANK DRAF atas nama " MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH " di mana-mana kaunter ibu pejabat MPJBT dan kaunter cawangan.

3. Melalui pos - KIRIMAN WANG / WANG POS / POSTAL ORDER / MONEY ORDER atas nama " MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHTU TENGAH ".

Sila pastikan butiran berikut dicatat di belakang cek / wang pos :

•  No. akaun cukai harta
•  Nama dan alamat surat-menyurat
•  No. Telefon

Kepilkan bersama bil cukai harta yang hendak dijelaskan

4. Kad Kredit MASTER / VISA di kaunter ibu pejabat MPJBT dan kaunter cawangan kecuali Kaunter Bergerak.

5. Internet Banking

Maybank2u.com

www.maybank2u.com.my

RHB Bank

www.rhbank.com.my

AmBank Berhad

www.ambg.com.my

Citibank Berhad

www.citibank.com.my

Public Bank Berhad

www.pbebank.com.my

6. Kaunter Bank

•  Bank Islam Malaysia Berhad www.bankislam.com.my

•  Bank Pertanian Malaysia

7. MBF Cards

•  Telefon 07-3345553

•  Internet banking

(C) JADUAL KAUNTER BAYARAN

 

LOKASI

WAKTU BAYARAN

IBU PEJABAT SKUDAI
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
81300 Skudai, Johor.
No. Telefon : 07 - 5561005
Sambungan 6016/17/18/19/20/21
No. Faks : 07 - 5568007 / 07 - 5581561
Isnin - Khamis
8.10 pagi - 4.00 petang
Jumaat
8.10 pagi - 4.00 petang
Ahad
9.00 pagi - 1.00 petang
CAWANGAN ULU TIRAM
Jalan Bidara
81800 Ulu Tiram, Johor.
No. Telefon : 07 - 8611259
Isnin - Khamis
8.10 pagi - 4.00 petang
Jumaat
8.10 pagi - 4.00 petang
Ahad
9.00 pagi - 1.00 petang
CAWANGAN TAMAN PERLING
Pasar Awam
Jalan Camar, Taman Perling
81200 Johor Bahru, Johor.
No. Telefon : 07-2381513
Isnin - Khamis
8.10 pagi - 4.00 petang
Jumaat
8.10 pagi - 4.00 petang
Ahad
9.00 pagi - 1.00 petang
CAWANGAN TAMAN JOHOR JAYA
No. A-17, Bangunan Arked Johor Jaya
Jalan Dedap 14
Taman Johor Jaya
81100 Johor Bahru, Johor.
No. Telefon : 07 - 3557012
Isnin - Khamis
8.10 pagi - 4.00 petang
Jumaat
8.10 pagi - 4.00 petang
Ahad
9.00 pagi - 1.00 petang
KAUNTER BERGERAK
( Dewanraya Masai )
Isnin - Rabu
( Minggu kedua setiap bulan )
9.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 4 petang