Muka Utama

Bahasa Inggeris

E-Aduan

E-Cukai

Buku Pelawat


Paparan terbaik:
Internet Explorer 6.0 &
1024 x 768 pixels



Penafian : Pihak MPJBT tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari laman web ini

 

JABATAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENGENALAN

Jabatan Komputer dan Teknologi Maklumat telah diwujudkan pada pertengahan bulan Jun tahun 1993 dimana pada mulanya kakitangan jabatan ini hanya 3 orang. Jabatan ini dahulunya dikenali sebagai Unit Komputer dan kini telah bertukar kepada Jabatan Komputer dan Teknologi Maklumat. Sehingga kini jumlah keseluruhan kakitangan jabatan ini adalah seramai 9 orang.

PIAGAM PELANGGAN

  • Sentiasa menyediakan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai MPJBT di dalam laman web MPJBT
  • Bersedia untuk bertindak terhadap sebarang aduan kerosakan peralatan IT di dalam MPJBT selewat-lewatnya 3 jam daripada masa menerima aduan
  • Memastikan keselamatan rangkaian komputer sentiasa terjamin
  • Memastikan permohonan kemudahan infrastruktur komputer dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan
  • Memberi latihan kefahaman tentang penggunaan peralatan IT kepada semua kakitangan MPJBT khasnya pengguna-pengguna sistem

 

OBJEKTIF

  • Menjadikan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah suatu penguasa tempatan yang tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi maklumat
  • Memberi perkhidmatan yang lebih cepat dan sempurna kepada orang ramai ketika berurusan dengan pihak Majlis
  • Menggalakkan kakitangan bekerja menggunakan komputer agar dapat menghasilkan produktiviti yang lebih baik dan memuaskan
  • Memastikan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah sentiasa peka dengan kemajuan ICT dengan menggunakan teknologi serta aplikasi ICT terkini
  • Menggalakkan budaya penggunaan komputer di kalangan pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk

 

FUNGSI JABATAN

  • Menyediakan garis panduan dan latihan penggunaan komputer kepada setiap jabatan di dalam Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
  • Menyelenggara dan memastikan perkakasan komputer di setiap jabatan sentiasa berada di dalam keadaan yang sempurna
  • Membuat analisa dan kajian kemungkinan untuk menyelesaikan proses dan pengurusan maklumat ke arah pengkomputeran
  • Membantu jabatan dalam kerja-kerja menggunakan komputer
  • Memastikan kesempurnaan perkakasan komputer di setiap jabatan

.

SISTEM PENGOPERASIAN

  • Sistem Cukai Taksiran
  • Sistem Perlesenan
      • Sistem Lesen Penjaja
      • Sistem Lesen Gerai Tepi Jalan
      • Sistem Lesen Pasar
      • Sistem Lesen Tred Perniagaan
      • Sistem Lesen Pasar Malam
  • Sistem Kutipan
  • Sistem Perakaunan
  • Sistem Rekod Perkhidmatan Dan Gaji Bulanan
  • Sistem Wang Amanah
  • Sistem Sewa Gerai dan Sistem Memproses Permohonan Sewa Gerai
  • Sistem Kompaun Letak Kereta
  • Sistem Tempahan Dan Pengurusan Penyewaan Dewan Raya / Gelanggang Permainan
  • Sistem Penilaian Harta

AKTIVITI PENGOPERASIAN

  • Mengawal operasi sistem maklumat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
  • Membuat penyelenggaraan terhadap sistem mengikut keadaan semasa
  • Menyelesaikan segala masalah yang berlaku berkaitan sistem dengan bantuan pembekal
  • Membuat pelarasan terhadap data-data dalam komputer yang tidak dapat di selesaikan oleh pembantu tadbir
  • Membuat 'backup' harian untuk keseluruhan data komputer
  • Mengemaskini ½ tahun pertama dan kedua data-data bayaran cukai harta
  • Mengemaskini data perlesenan
  • Mengawal segala peralatan komputer Majlis
  • Memperbaiki kerosakan peralatan komputer yang dilaporkan dari semua jabatan-jabatan di dalam Majlis
  • Mengkaji peratus penggunaan komputer di semua bahagian dan merancang peruntukan yang baru
  • Memberi latihan kepada pengguna bagi memastikan mereka dapat menggunakan komputer dengan cara yang betul

AKTIVITI UNIT PEMBANGUNAN SISTEM

  • Mengawal operasi perjalanan sistem maklumat di dalam Majlis
  • Menyelenggara, menyimpan dan memproses semua rekod yang berkenaan supaya berada dalam keadaan selamat, tersusun dan mudah di kesan
  • Menyelesaikan segala masalah yang berlaku berkaitan sistem dengan bantuan pembekal
  • Membuat pelarasan terhadap data-data dalam komputer yang tidak dapat di selesaikan oleh pengguna-pengguna sistem
  • Mengenalpasti dan membuat kajian bidang-bidang tugas dan kerja yang boleh dikomputerisasikan
  • Memberi latihan kefahaman dan penggunaan komputer khususnya kepada pengguna sistem
  • AKTIVITI UNIT PENYELENGGARAAN PERKAKASAN

  • Memastikan kelancaran perjalanan sistem dan rangkaian
  • Membuat 'backup' harian untuk keseluruhan data dalam komputer
  • Mengawal segala perbelanjaan dan penggunaan peralatan-peralatan komputer di dalam Majlis
  • Memperbaiki kerosakan peralatan komputer yang dilaporkan dari semua jabatan dengan bantuan pihak pembekal

.