Muka Utama
Bahasa Inggeris
E-Aduan
E-Cukai
Buku Pelawat
Paparan terbaik:
Internet Explorer 6.0 &
1024 x 768 pixels
Penafian : Pihak MPJBT tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari laman web ini
|
JABATAN BANGUNAN DAN KEJURUTERAAN
OBJEKTIF
-
Memastikan semua pembangunan awam dan swasta mematuhi segala syarat-syarat dan peraturan sediada bagi mengwujudkan alam persekitaran yang indah, teratur dan sempurna
-
Memastikan penduduk di kawasan Majlis dapat menikmati kemudahan sosial dan awam dengan cara penyediaan dan kemudahan-kemudahan tersebut
-
Memastikan semua kemudahan dan insfrastruktur berkeadaan baik dan selamat untuk digunakan
-
Memberikan sokongan teknikal kepada bahagian-bahagian lain dalam Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Kejuruteraan
- Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dengan teratur selaras dengan keperluan penduduk
- Menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur dengan cekap dan sempurna
- Mengambil tindakan ke atas aduan awam berhubung dengan infrastruktur dan kemudahan awam dalam tempoh satu bulan tertakluk kepada kesesuaian dan peruntukan yang ada
- Membuat pengesahan Inden, Sebutharga dan Tender dalam tempoh 2 minggu dengan syarat kerja telah disempurnakan dan disertakan dengan dokumen yang lengkap
Bahagian Kawalan Bangunan
- Memproses kelulusan pelan bangunan, kerja tanah dan infrastruktur (jalan, perparitan dan lampu isyarat) dalam tempoh 3 bulan dengan syarat disertakan dengan semua dokumen yang lengkap dan mendapat ulasan-ulasan dari Jabatan Teknikal yang diperlukan
- Memproses kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki dalam tempoh 2 minggu dengan syarat borang E dikemukakan lengkap dengan surat sokongan Jabatan Teknikal
- Memproses kelulusan pelan ubah/tambahan dalam tempoh 2 bulan dengan syarat mengemukakan dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat Majlis
SENARAI HARGA PENJUALAN DOKUMEN TAWARAN
Sebut Harga
|
Nilai Projek |
Harga Dokumen |
|
RM < 50,000.00 |
RM 20.00 |
|
RM 50,000.00 - RM 100,000.00 |
RM 30.00 |
|
RM 100,000.00 - RM 150,000.00 |
RM 40.00 |
|
RM 150,000.00 - RM 200,000.00 |
RM 50.00 |
Tender
|
Nilai Projek |
Harga Dokumen |
|
RM 200,000.00 - RM 500,000.00 |
RM 150.00 |
|
RM 500,000.00 - RM 1,000,000.00 |
RM 200.00 |
|
RM 1,000,000.00 - RM 2,000,000.00 |
RM 250.00 |
|
RM 2,000,000.00 - RM 3,000,000.00 |
RM 300.00 |
|
RM 3,000,000,00 - RM 4,000,000.00 |
RM 400.00 |
|
RM 4,000,000.00 - RM 5,000,000.00 |
RM 500.00 |
|
|