Fakta
  Sejarah Johor
  Lokasi Menarik 

 

Fakta Negeri Johor

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=152971

Info Asas Negeri Johor

Nama rasmi: Negeri Johor Darul Takzim
Ibu negeri: Johor Bahru (populasi anggaran: sekitar 500,000)
Keluasan: 19,984 sq km
Populasi penduduk: 2.8 juta (2000)
Kadar pertumbuhan pernduduk: 2.6% (2000)
Sultan: Sultan Iskandar al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail
Menteri Besar: Datuk Hj Abdul Ghani Othman
Lagu rasmi negeri: Lagu Bangsa Johor
Cogan kata rasmi negeri: Kepada Allah Berserah

Daerah dalam negeri Johor: Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing.

Negeri Johor atau juga dikenali sebagai Johor Darul Takzim merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Johor merupakan negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan Singapura di Selatan. Dahulunya ibu negeri dan bandar diraja Johor ialah Johor Lama, kini berpindah ke Johor Bahru.

Maksud bendera negeri Johor


Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Maksud jata negeri Johor


Jata negeri Johor mula diwartakan sebagai jata rasmi kerajaan pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Mahkota pada jata bermaksud kedaulatan Sultan Johor sebagai pemerintah negeri Johor. Dua ekor harimau yang memegang perisai bermaksud keberanian. Pada perisai pula, anak bukan dan bintang di bahagian tengah perisai melambangkan Islam sebagai agama rasmi kerajaan Johor manakala 4 bintang kecil pada setiap penjuru perisai mewakili 4 daerah asal dalam negeri Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Sedili. Corak awan larat pada jata negeri pula adalah simbolik mewakili gambir dan lada hitam sebagai hasil tanaman utama negeri pada masa itu. Akhir sekali di bawah jata negeri Johor terpampang satu banner dengan cogan kata rasmi negeri Johor iaitu Kepada Allah Berserah.

Lagu bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

kemaskini terkini: 3 September 2007 oleh: zawawi parjan