20 May 2013 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Program Pembangunan Dan Penghayatan Agama Islam

Ditulis pada 16/05/2013 14:33:11

Membudayakan Al-Quran

  • Diperkenalkan dan dilaksanakan sejak 1996 dipelbagai peringkat merangkumi seluruh jabatan-jabatan kerajaan, masjid-masjid dan kini telah diperluaskan hingga ke peringkat sektor-sektor swasta.
  • Program ini telah menjadi amalan rutin untuk dilaksanakan dan disertai sekurang-kurangnya seminggu sekali pada setiap hujung minggu
  • Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana akan diadakan pada setiap tahun di Kediaman Rasmi Y.A.B. Menteri Besar dengan penglibatan kakitangan kerajaan, Umno dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Penempatan guru al-Quran di setiap daerah untuk melatih johan qari dan qariah mukim supaya unggul di peringkat tertinggi.

Mengimarahkan Masjid

  • Penubuhan Bahagian Pengurusan Masjid untuk meningkatkan sistem pentadbiran masjid.
  • Perlantikan Penggerak Masjid untuk program berkaitan pengimarahan masjid.
  • Penerbitan buku berkaitan pengurusan masjid.
  • Penilaian Prestasi imam.

Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor

  • Mewujudkan "Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor" bagi menggalakkan orang ramai bersama-sama kerajaan membangun dan menguruskan masjid dan surau di dalam Negeri Johor
  • Mengeluarkan Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 9 Tahun 2001 yang memberi kemudahan potongan gaji kepada kakitangan awam perkhidmatan negeri dan persekutuan yang beragama Islam untuk mengisi Tabung Pembangunan Masjid.

Program Berkembar Universiti Al-Azhar

  • Program kerjasama di antara Kerajaan Negeri Johor melalui Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab (MARSAH) dengan Universiti Al-Azhar
  • Ditubuhkan pada bulan November 1997 di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Johor
  • Tawaran kursus peringkat ijazah dalam Syariah Islamiah.
  • Tenaga Pengajar MARSAH adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari dalam dan luar negara yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Universiti Teknologi Malaysia, Univesiti Kebangsaan Malaysia.

Pembangunan Sakinah

  • Kerajaan Negeri Johor telah menubuhkan Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Bilangan 2 Tahun 1997 pada 19 Mei 1997.
  • Dua modul iaitu Modul Sakinah dan Modul Kasih telah diperkenalkan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).
  • Kedua-dua modul ini bertujuan menangani masalah sosial dan memperkukuhkan sahsiah individu, keluarga dan masyarakat melalui program-program yang sistematik.
Halaman ini telah dibaca sebanyak 6809 kali

^ Atas