Program Pembangunan Masyarakat Berilmu
Ditulis pada 20/04/2012 18:09:41
Kolej Komuniti
- Penubuhan Kolej Komuniti di setiap daerah dengan tujuan menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pasa semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
- Penyediaan pelbagai kursus - kejuruteraan, elektrik & elektronik, kemahiran komputer, rekafesyen, grafik dan penyediaan makanan.
- Matlamat program ini adalah meningkatkan prestasi dan bilangan murid berprestasi sederhana kepada cemerlang dalam peperiksaan awam khususnya dalam kalangan murid bumiputera.
- Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diamanahkan untuk menyusun program berbentuk tuisyen.
- Program tuisyen ini diberikan secara percuma untuk memberi peluang kepada keluarga yang tidak mampu menghantar anak mereka untuk mendapat tuisyen berbayar.
- Program ini dibahagikan kepada Tuisyen Kampung untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, dan Tuisyen Ibnu Sina untuk matapelajaran Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.
- Projek pembangunan pusat e-Desa ini adalah merupakan projek sosial Kerajaan Negeri Johor melalui hasil penswastaan.
- Pusat e-Desa menjalankan aktiviti penggunaan komputer, internet dan latihan asas bagi penggunaan komputer dan aplikasi.
- Keutamaan kepada kawasan-kawasan kampung dan luar bandar.
- Jumlah Pusat e-Desa di seluruh Negeri Johor sehingga 1 April 2009 : 17 buah
- Penganjurannya diletakkan di bawah fungsi dan tanggungjawab Unit Sains Teknologi & ICT Negeri Johor (USTICT).
- Golongan sasaran Pelajar Sekolah (Rendah & Menengah), Pelajar IPTA/IPTS, Guru-guru/Golongan Akademik, Kakitangan Awam/Swasta dan Masyarakat Awam.
- Antara program yang dianjurkan :
- Festival Sains dan Teknologi Peringkat daerah dan Negeri Johor
- Pertandingan Jejak Sains Playsmart Johor
- Program Jelajah Angkasawan Johor
- Kem Sains Johor
- Minggu Sains Teknologi & ICT Negeri Johor (MISTI)
- Mewujudkan Institusi Kepimpinan dan Latihan Semangat Johor (IKLAS) yang diletakkan di bawah fungsi Yayasan Warisan Johor
- Matlamat program ini adalah untuk melahirkan para pemimpin pelapis di kalangan generasi muda masa ini yang beretika dan bermoral serta komited terhadap tugas dan tanggungjawab. Di samping patriotik dan bangga terhadap warisan budaya bangsa.


