Pembangunan Ekonomi
Pertanian / Ternakan- 1,032,000 hektar tanah pertanian dimajukan.
- Meluluskan 7,168 ekar tanah kepada 28 Pertubuhan Peladang Kawasan untuk dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit.
- 5,000 ekar tanah diperuntukkan untuk penanaman sayur.
- Melaksanakan Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Sekijang, Sri Pantai, Ulu Tiram, Ayer Hitam dan Kg. Lepau di mana telah berjaya menghasilkan pengeluaran makanan sebanyak 1,009,456 mt setahun
- 15,262 hektar tanah sebagai Zon Tanaman Makanan.
- Mewartakan 2,171 hektar kawasan sawah di mana mengikut pecahan, seluas 70 hektar sawah diusahakan di Batu Pahat, Mersing (458), Kluang (77) dan Muar (1,379).
- 171,690 ekar ladang kelapa sawit dimanfaatkan untuk Program Integrasi ternakan Ruminan.
- Pelaburan di sektor perindustrian telah berkembang dengan cergas. Di antara 1988-1999, Negeri Johor menerima sejumlah 2,106 projek perkilangan dengan cadangan modal RM33.1 billion dan mewujudkan 275,504 pekerjaan.
- 13 kelompok industri dibangunkan di bawah Pelan Induk Perindustrian Johor.
- Penubuhan Pasukan Petugas Khas dan Unit Pelancongan untuk meningkatkan perkhidmatan pelancongan.
- Penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
- Membabitkan pihak swasta mempromosi dan mempakej produk pelancongan.
- Mengenal pasti 9 jajaran pelancongan untuk dipromosi.
