Saturday, 11 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Rakyat > Ke Arah Meningkatkan Kecekapan Kerajaan
Nov 09, 2009 •   

Ke Arah Meningkatkan Kecekapan Kerajaan

Hari Bertemu Rakyat
  • Hari Bertemu Rakyat bertujuan untuk memudahkan lagi rakyat berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan.
  • Kerajaan Negeri Johor menetapkan pada setiap hari Khamis dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang dikhaskan bagi ketua-ketua jabatan berada di pejabat masing-masing untuk melayani masalah rakyat.
Audit Dalam Pengurusan
  • Tujuan Audit Dalam Pengurusan dilaksanakan adalah sebagai satu strategi dan mekanisma bagi meneruskan pendekatan pembangunan yang holistik dan langkah untuk mengwujudkan urustadbir yang baik atau ‘good governance’.
  • Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 16 Julai 2001 bagi melaksanakanAudit Dalam Pengurusan
  • Antara aktiviti yang terlibat adalah lawatan pemeriksaan oleh Ahli Pasukan Audit Dalam Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Penilaian Audit Dalam Pengurusan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Johor.
  • Pasukan Audit Pengurusan ini akan dibahagikan kepada sembilan pasukan Iaitu:-
    1. Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor.
    2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Cawangan Pentadbiran).
    3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Cawangan Perkhidmatan).
    4. Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Cawangan Perumahan).
    5. Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Cawangan Kerajaan Tempatan).
    6. Unit Perkhidmatan Komputer Negeri Johor.
    7. Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor.
    8. Pejabat Tanah dan Galian Johor.
    9. Jabatan Agama Negeri Johor.
Pelaksanaan Sistem MS ISO 9000:2000
  • Piawaian mutu perkhidmatan MS ISO 9000 bagi jabatan-jabatan Kerajaan Negeri telah dilaksanakan.
  • Lima jabatan terpilih iaitu Pejabat Daerah Muar, Majlis Daerah Muar Selatan, Majlis Daerah Segamat Selatan, Pentadbiran Tanah Muar dan Jabatan Kerja Raya Johor.
  • - Semua pelaksanaan adalah di peringkat terakhir.
Majlis Tindakan Ekonomi (MTENJ)
  • Kerajaan Johor menubuhkan MTENJ pada 11 Februari 1998.
  • Diwujudkan untuk membantu negara mengembalikan keyakinan umum terutama pelabur asing terhadap ekonomi negeri.
  • Membantu memulihkan ekonomi negara daripada kemelesetan dan menyediakan asas ekonomi negara yang kukuh.
  • Keanggotaan MTENJ terdiri daripada YAB Menteri Besar Johor, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ketua-ketua Jabatan persekutuan dan negeri yang terpilih.
Halaman ini telah dibaca sebanyak 3988 kali