Ke Arah Meningkatkan Kecekapan Kerajaan
Ditulis pada 03/05/2012 00:27:04
Hari Bertemu Rakyat
- Hari Bertemu Rakyat bertujuan untuk memudahkan lagi rakyat berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan.
- Kerajaan Negeri Johor menetapkan pada setiap hari Khamis dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang dikhaskan bagi ketua-ketua jabatan berada di pejabat masing-masing untuk melayani masalah rakyat.
- Tujuan Audit Dalam Pengurusan dilaksanakan adalah sebagai satu strategi dan mekanisma bagi meneruskan pendekatan pembangunan yang holistik dan langkah untuk mengwujudkan urustadbir yang baik atau ‘good governance’.
- Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 16 Julai 2001 bagi melaksanakanAudit Dalam Pengurusan
- Antara aktiviti yang terlibat adalah lawatan pemeriksaan oleh Ahli Pasukan Audit Dalam Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Penilaian Audit Dalam Pengurusan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Johor.
- Pasukan Audit Pengurusan ini akan dibahagikan kepada sembilan pasukan Iaitu:-
- Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor.
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Cawangan Pentadbiran).
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Cawangan Perkhidmatan).
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Cawangan Perumahan).
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Cawangan Kerajaan Tempatan).
- Unit Perkhidmatan Komputer Negeri Johor.
- Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor.
- Pejabat Tanah dan Galian Johor.
- Jabatan Agama Negeri Johor.
- Piawaian mutu perkhidmatan MS ISO 9000 bagi jabatan-jabatan Kerajaan Negeri telah dilaksanakan.
- Lima jabatan terpilih iaitu Pejabat Daerah Muar, Majlis Daerah Muar Selatan, Majlis Daerah Segamat Selatan, Pentadbiran Tanah Muar dan Jabatan Kerja Raya Johor.
- - Semua pelaksanaan adalah di peringkat terakhir.
- Kerajaan Johor menubuhkan MTENJ pada 11 Februari 1998.
- Diwujudkan untuk membantu negara mengembalikan keyakinan umum terutama pelabur asing terhadap ekonomi negeri.
- Membantu memulihkan ekonomi negara daripada kemelesetan dan menyediakan asas ekonomi negara yang kukuh.
- Keanggotaan MTENJ terdiri daripada YAB Menteri Besar Johor, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ketua-ketua Jabatan persekutuan dan negeri yang terpilih.


