Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Dasar Pembangunan Rumah Kos Rendah

Ditulis pada 08/11/2012 00:52:57

Kerajaan Negeri telah menetapkan setiap pembangunan perlu memperuntukan unit-unit kediaman kos rendah daripada keseluruhan unit pembangunan sebagaimana berikut:

  • Melebihi 5 ekar : 40 peratus
  • Melebihi 3 ekar hingga 5 ekar : 20 peratus
  • 3 ekar dan kurang : Dikecualikan
Dasar perumahan semasa juga memperuntukan keperluan pembangunan perumahan kos rendah mengikut komposisi dan kawalan harga tertentu yang berbeza antara MBJB dengan PBT-PBT yang lain. Jadual 1 : Kompisisi Penyediaan Rumah Kos Rendah
BIL
KATEGORI
KAWALAN HARGA (RM)
KOMPOSISI (%) MBJB
KOMPOSISI (%) PBT LAIN
1.
Rumah Kos Rendah
Mengikut Harga yang telah ditetapkan
50%
30%
2.
Rumah Kos Sederhana Rendah
< RM 50,000
20%
30%
3.
Rumah Kos Sederhana Rendah
< RM 80,000
20%
30%
4.
Kedai Kos Sederhana Rendah
< RM 150,000
10%
10%
Sumber: Pejabat SUK Negeri Johor ( Cawangan Perumahan), 1998 dan Ucapan Belanjawan Negeri Johor Tahun 1999 Selain daripada peruntukan berkenaan dengan dasar dan komposisi penyediaan terdapat pindaan terkini berhubung dengan jualan rumah kos rendah di Negeri Johor sebagaimana pembentangan MMK Johor pada 21 Mei 2003 Ringkasan Mesyuarat Bil 1174/2003 telah menetapkan harga baru adalah seperti berikut : Jadual 2 : Harga Jualan Rumah Kos Rendah Di Negeri Johor
BIL
DAERAH/KAWASAN PEMBANGUNAN
LUAS LANTAI
HARGA JUALAN
1.
Dalam Daerah Johor Bahru

680kp

RM35 000

2.
Dalam Daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing

680kp

RM30 000

3.
Di Bandar-bandar kecil/pekan dalam Dalam Daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing

680kp

RM28 000

4.
Semua Daerah di mana pemaju diluluskan kebenaran merancang (SBKS) bagi 500 unit dan ke atas Rumah Kos Rendah disyaratkan 10 % daripada pembangunan

680kp

RM25 000

Sumber : Surat Pekeliling Perumahan Bil 01/2003 bagi Harga Jualan Rumah Kos Rendah Di Negeri Johor

Halaman ini telah dibaca sebanyak 22751 kali

^ Atas