Saturday, 11 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Rakyat > Kerajaan Elektronik
Jul 03, 2009 •   

Kerajaan Elektronik

Kerajaan Elektronik merupakan salah satu saluran dalam usaha Kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Dengan matlamat tersebut, Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan Projek Pembangunan Kerajaan Elektronik Negeri Johor (JEG) Fasa 1 pada 20 Disember 2004 dan fasa 2 pada tahun 2007.

Antara aktiviti yang terlibat di dalam JEG Fasa 1 adalah:

  1. Pembangunan Rangkaian Negeri Johor (JohorNet)
  2. Pembangunan Sistem Hasil Tanah Negeri Johor (SHTJ)
  3. Sistem Jualan Lot Perumahan Bumiputera (PUTERA)
  4. Pembangunan Emel Rasmi Kerajaan Negeri Johor
  5. Pembangunan Laman web Rasmi Kerajaan Negeri Johor

Antara aktiviti yang terlibat di dalam JEG Fasa 2 adalah:

  1. Penaiktarafan JohorNet
  2. Pembangunan Sistem Majlis Mesyuarat Kerajaan (e-MMK)
  3. Pembangunan Sistem Nikah Cerai Rujuk (e-NCR)
  4. Pembangunan Sistem Perlesenan Pejabat Daerah (e-Lesen)
  5. Pembangunan Sistem Kontrak (e-Kontrak)
  6. Pembangunan Sistem Kurniaan (e-Kurniaan)
  7. Perlaksanaan Perkhidmatan Telefon VOIP
  8. Halaman ini telah dibaca sebanyak 3863 kali