Fatwa Negeri Johor
- Tajuk: Hukum zakat wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Keterangan
Alhamdulillah Fatwanya;
Wajib dikeluarkan zakat KWSP bila cukup holnya setahun hijrah setelah penerimaannya disamping cukup syarat-syarat lain
Tarikh Pewartaan : 1 April 2008
- Tajuk: Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Bismillahirrahmanirrahim
- Keterangan
Alhamdulillah Fatwanya,
- Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud ??? ??????? ????????? ??????? , meyakini angka tersebut membawa tuah dan nisab yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli Al- Sunnah Wa Al- Jamaah dan syariat serta akhlak Islam.
- Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan disiplin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.
- Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta-merta.
Oleh itu, semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Johor (http://www.johordt.gov.my/mufti)
- Tajuk: Kewajipan Zakat Gaji Dan Pendapatan
- Keterangan
Alhamdulillah Fatwanya;
" Gaji dan pendapatan wajib dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya. "
Kaedah pengiraan zakat penggajian atau pendapatan di Negeri Johor adalah seperti berikut :
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Sekiranya sama atau melebihi nisbah, maka zakatnya 2.5% atau 1/40.
Yang dimaksudkan keperluan asas sebenar pada tahun semasa adalah seperti berikut :
i. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :
sara diri - RM8,000.00
isteri - RM3,000.00 x bilangan isteri
anak - RM1,000.00 x bilangan anak
mereka yang di bawah tanggungannya ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )
ii. Perubatan ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )
iii. Pendidikan ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Johor (http://www.johordt.gov.my/mufti)
- Tajuk: Menanam Tanaman Di Atas Tanah Perkuburan Islam
- Keterangan
Alhamdulilah Fatwanya:
" Pokok-pokok besar yang ditanam ditanah perkuburan sekiranya berada dikawasan yang telah dikebumikan mayat-mayat, maka hendaklah dimusnahkan (ditebang dan dibersihkan) kerana akar pokok tersebut boleh menjalar sampai ke jasad mayat-mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut. "
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Johor (http://www.johordt.gov.my/mufti)
- Tajuk: Penggunaan Wang Pinjaman Koperasi Untuk Umrah
- Keterangan
Alhamdulillah Fatwanya;
- Faedah yang dikenakan keatas peminjam dinasihatkan ditukarkan kepada upah perkhidmatan
- Pihak koperasi dinasihatkan menyediakan borang pinjaman yang jelas dan terang yang berkaitan dengan segala pengurusan pinjaman supaya dapat mewujudkan perasaan redha-meredhai.
- Pinjaman untuk umrah diharuskan kerana terdapat kemampuan di dalam pembayaran (??????? ???????)dan tidak ada bebanan keatas orang ketiga sekiranya berlaku kegagalan keatas peminjam di dalam pembayaran disebabkan satu perkara
- Pihak koperasi dinasihatkan mewujudkan satu skim perlindungan takaful Islam supaya tiada bebanan ke atas orang ketiga untuk membayar hutang sekiranya terjadi sesuatu perkara ke atas peminjam seperti mati , cacat, atau hilang.
Sumber: e-fatwa (www.e-fatwa.gov.my)
- Tajuk: Perlaksanaan Ujian HIV Dikalangan Bakal Pengantin di Johor
- Keterangan
Berdasarkan kepada laporan daripada Jabatan Kesihatan Johor di atas seriusnya HIV/AIDS yang mengancam umat Islam, nyawa, diri, akal dan keturunan, serta berasaskan kepada hujah-hujah syariat yang bersumberkan daripada Al-Quran, Al-Hadith, Al-Qawaid, Al-Ahkam Fiqiah dan pendapat ulamak, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Syaaban 1422 bersamaan 1 November 2001 membuat keputusan seperti berikut :
"Semua orang Islam yang hendak memohon kebenaran bernikah atau melangsungkan pernikahan atau mendaftarkan pernikahan di negeri Johor adalah diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan (HIV)."
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Johor (http://www.johordt.gov.my/mufti)
