Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 1982

(Peraturan Tatatertib Dalam Peperiksaan Perkhidmatan)


1. Pendahuluan

Peperiksaan perkhidmatan ialah peperiksaan yang disyaratkan kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam bagi tujuan untuk pengesahan dalam jawatan dan juga bagi setengah-setengah perkhidmatan bagi tujuan untuk melangkah sekatan kecekapan untuk kemajuan dalam perkhidmatan seterusnya. Syarat-syarat peperiksaan yang dikenakan kepada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan kerajaan adalah sebagaimana yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan. Dengan adanya syarat-syarat ini pegawai-pegawai yang dikehendaki mengambil peperiksaan mestilah mempunyai inisiatif masing-masing bagi melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan

2. Tujuan

Tujuan Peraturan Tatatertib dalam Peperiksaan Perkhidmatan ini diadakan ialah untuk dijadikan garis panduan kepada pegawai-pegawai yang akan menduduki peperiksaan perkhidmatan

3. Pentingnya Peperiksaan Perkhodmatan

Seseorang pegawai dalam perkhidmatan Awam perlulah mengetahui apakah jenis-jenis peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan kepada mereka sebelum memutuskan sama ada untuk mengambil peperiksaan atau tidak. Syarat-syarat peperiksaan ini pada kebiasaannya adalah dinyatakan di dalam sesuatu skim perkhidmatan dan juga dalam surat perlantikan pegawai-pegawai.

Menduduki peperiksaan adalah merupakan satu tanggungjawap semua pegawai yang disyaratkan mengambil dan lulus peperiksaan perkhidmatan. Ini bermakna pegawai-pegawai yang terlibat adalah wajib menduduki (syarat) peperiksaan adalah sama sekali tidak akan diberi. Pegawai-pegawai yang gagal memenuhi syarat-syarat peperiksaan ini adalah bermakna mereka gagal memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dan tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa berdasakan kepada perbekalan-perbekalan yang terdapat dalam Perintah Am Bab “A”.Bagi pegawai yang memasuki sesuatu peperiksaan di mana peperiksaan tersebut tidak disyaratkan di dalam Skim Perkhidmatan, maka peperiksaan tersebut tidak diiktiraf dan pegawai-pegawai yang mengambilnya dikira gagal dalam peperiksaan tersebut.

Menghadiri peperiksaan adalah dianggap sebagai menjalankan tugas-tugas rasmi pejabat dan pegawai yang terlibat bolehlah menuntut sebarang elaun yang biasa seseorang pegawai layak semasa menjalankan tugas-tugas luar pejabat jika peperiksaan tersebut diadakan di luar kawasan ibu pejabat. Walau bagaimanapun pegawai-pegawai perlulah memberitahu Ketua Jabatan masing-masing sebelum menghadiri sesuatu peperiksaan bagi mendapat keizinan Ketua Jabatan masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawap Ketua Jabatan untuk memberi keizinan kepada pegawai-pegawai mereka bagi menghadiri sesuatu peperiksaan perkhidmatan.

4. Persediaan menduduki Peperiksaan

Pegawai-pegawai yang disyaratkan memduduki peperiksaan sama ada pegawai dalam tempoh percubaan mahupun pegawi yang hendak melangkah sekatan kecekapan perlulah mendapat pekara-pekara berikut dari pada Ketua Jabatan masing-masing atau daripada Urusetia Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia:

(i) Sukatan Peperiksaan

(ii) Pengumuman Peperiksaan. (iii) Borang Permohonan Masuk Peperiksaan


5. Hari Peperiksaan.

Setiap Pegawai (kemudian ini disebut sebagai calon) yang hendak menduduki peperiksaan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut:

5.1.1 Dokumen yang perlu dibawa di hari Peperiksaan, Calon-calon hendaklah membawa bersama-sama mereka semasa di hari peperiksaan dokumen-dokumen berikut:

(a) Naskah Arahan Calon-calon yang mengandungi Angka Giliran, Pusat peperiksaan dan Tarikh/ Waktu peperiksaan.

(b) Kad Pegenalan Atau lain-lain dokumen Pengenalan diri yang sah.

(c) Alat-alat bagi keperluan peperiksaan seperti pen ,pensil ,pemadam dan sebagainya. Ketua-ketua Pegawas berkuasa menahan seseorang calon daripada memduduki sesuatu peperiksaan sekiranya didapati seseorang itu gagal membawa salah satu dokumen
(a) atau (b) atau kedua-duanya sekali.

5.1.2 Kedatangan.

Calon-calon hendaklah berada di dalam Dewan Peperiksaan lebih awal daripa waktu peperiksaan dimulakan untuk tujuan-tujuan berikut:
(a) Mendaftar kedatangan.
(b) Mendapatkan penjelasan terakhir mengenai peraturan-peraturan peperiksaan/ tatatertib di Dewan peperiksaan.

5.1.3 Kedatangan Yang Lewat.

Calon-calon yang datang lewat melebihi 30 minit selepas peperiksaan dimulakan mungkin tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan.Sekiranya alasan-alasan yang dikemukakan oleh calon-calon itu tidak logik dan dapat terima. Ketua pengawas atas budibicaranya boleh membenarkan calon-calon itu mengambil peperiksaan. Walau bagaimanapun masa tambahan atas kelewatan yang terjadi itu adalah terpulang atas budi-bicara Ketua Pengawas. Ketua Pengawas pula adalah bertanggungjawap melaporkan pekara ini kepada Urusetia Peperiksaan.

5.1.4 Pakaian.

Calon-calon yang mengambil peperiksaan adalah diwajibkan sentiasa berpakaian kemas sebagaimana menjalankan tugas-tugas harian rasmi dipejabat. Ini bermakna calon-calon tidak dibenarkan memakai selipar, Baju T dan Seluar Pendek. Calon-calon wanita tidak dibenarkan memakai Purdah dan pakaian-pakaian yang menjolok mata bagi menduduki sesuatu peperiksaan. Ketua Pengawas boleh menyingkirkan calon-calon dari Dewan Peperiksaan sekiranya mereka melanggar peraturan ini.

5.1.5 Pekara-pekara yang dilarang dibawa masuk ke Dewan Peperiksaan

Sukatan Peperiksaan atau Arahan-arahan kepada calon telah menjelaskan pekara-pekara yang boleh atau tidak boleh dibawa ke Dewan Peperiksaan. Buku-buku atau pekara-pekara yang dibenarkan tidak sepatutnya mengandungi apa-apa tanda, isyarat, tulisan ataupun nota-nota yang boleh digunakan bagi membantu calon-calon menjawap soalan. Ketua Pengawas boleh menyingkirkan calon-calon dari Dewan Peperiksaan sekiranya mereka melanggar peraturan ini.

5.1.6 Peraturan dalam Dewan Peperiksaan.

Calon-calon yang melanggar mana-mana peraturan di atas boleh dikenakan salah satu daripada denda-denda di bawah atau ketiga-tiganya sekali. 6. Laporan Kepada Urusetia Peperiksaan.

Ketua Pengawas Peperiksaaan hendaklah melaorkan kepada Urusetia Peperiksaan sebarang tindakkan tatatertib peperiksaan yang dikenakannya ke atas mana-mana calon. Urusetia Peperiksaan akan menentukan sama ada pekara itu hendak dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.

7. Kewajipan Menduduki Sesuatu Peperiksaan

Menghadiri peperiksaan dianggap tugas persendirian dan wajib dilaksanakan oleh setiap pegawai semasa berada dalam perkhidmatan awam. Kegagalan dengan sengaja tidak menduduki peperiksaan ini boleh dianggap telah melanggar tatatertib peperiksaan. Dengan yang demikian pegawai yang terlibat akan di ambil tindakkan tatatertib seperti yang dinyatakan bi atas.

8. Tarikh Kuatkuasa

Peraturan ini telah diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam pada 30hb Mac, 1982 dan berkuatkuasa mulai daripada 1hb Jun, 1982.
 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(Mohd. Noorani bin Kamarun)
bahagian perkhidmatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ,
Malaysia.

1hb Jun, 1982.

Semua Ketua Setiausaha Kementerian,
Semua Ketua Jabatan Persekutuan,
Semua Pihak Pengurusan Badan-badan Berkanun,
Semua Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan

[Kembali]