
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PIAGAM PELANGGAN a) Memastikan pengisian dan penempatan calon yang berjaya yang diterima daripada spaj atau lembaga kenaikan pangkat diselesaikan dalam tempoh SATU BULAN daripada tarikh senarai calon diterima. b) Memastikan kelulusan permohonan perletakan jawatan dan pelepasan dengan izin dimaklumkan dalam tempoh SATU BULAN daripada tarikh permohonan diterima. c) Memaklumkan keputusan permohonan pertukaran anggota perkhidmatan awam negeri dalam tempoh SATU BULAN daripada tarikh diterima. d) Memproses permohonan dan mengeluarkan kelulusan penanggungan kerja dan pemangkuan dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh diterima permohonan yang lengkap dan memastikan keputusan dikeluarkan dalam tenpoh SATU MINGGU daripada tarikh kelulusan lembaga kenaikan pangkat. e) Memproses kenaikan pangkat kakitangan awam negeri johor sekiranya ada kekosongan. f) Memproses permohonan dan mengeluarkan keputusan pengisytiharan harta dalam tempoh DUA BULAN dari tarikh permohonan. g) Memastikan kertas persaraan wajib disediakan SATU TAHUN sebelum tarikh persaraan. h) Memastikan jadual peperiksaan subjek jabatan diedarkan pada BULAN PERTAMA SETIAP TAHUN dan mengeluarkan keputusan peperiksaan dalam tempoh DUA MINGGU dari tarikh terima keputusan dari panel peperiksaan. i) Merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya DUA JENIS KURSUS SETAHUN bagi setiap kumpulan perkhidmatan. j) Mengeluarkan sijil kursus:-
a) Induksi khusus – SATU BULAN dari tarikh akhir kursus
b) Induksi umum – SATU BULAN dari tarikh terima keputusan panel peperiksaan
dan ujian urin.
c) Kursus khas – DUA MINGGU dari tarikh akhir kursus. k)Sentiasa memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, harmoni, cekap, cepat dan tepat. [ Kembali]