PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR
BILANGAN 9 TAHUN 2001
KEMUDAHAN POTONGAN GAJI KEPADA KAKITANGAN
AWAM
PERKHIDMATAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN
YANG BERAGAMA ISLAM
UNTUK TABUNG PEMBANGUNAN MASJID DAN
AMAL JARIAH JOHOR
NAMA RINGKASNYA "TABUNG PEMBANGUNAN
MASJID JOHOR"
TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai kemudahan potongan gaji bulanan kepada semua kakitangan Awam Negeri dan Persekutuan yang beragama islam yang berkhidmat di Negeri Johor untuk mengisi "Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor"
LATARBELAKANG
2. Keperluan umat islam kepada masjid surau semakin bertambah dengan pertambahan penduduk dan wujudnya perumahan baru. Manakala Kebanyakan masjid dan surau yang sedia ada pula sudah sampai masanya untuk dibina semula dan dibaikpulih atau diperbesarkan.
3. Untuk tujuan ini, kerajaan Negeri Memerlukan peruntukan yang begitu besar bagi Memenuhi keperluan tersebut. Oleh yang demikian, kerajaan Negeri telah menubuhkan satu "Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor" atau nama ringkasnya " tabung masjid johor" satu enakmen pembinaan, pemugaran, pemuliaharaan, pembangunan dan penyelenggaraan masjid-masjid di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim dan kerja-kerja amal jariah serta pekara-pekara yang berkaitan denganya telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dalam sidangnya pada 27 JULAI hingga 10 OGOS 2000 dan telah diwartakan.
OBJEKTIF
4. Objektif Tabung ini antara lain adalah seperti berikut:-
SUMBER TABUNGUntuk membina masjid-masjid baru yang diluluskan oleh kerajaan Untuk memulihara, memugar dan mempertingkatkan keadaan fizikal serta kemudahan infrastruktur masjid-masjid sedia ada yang diluluskan oleh kerajaan Negeri Untuk penyelnggaraan, pembaikan semula dan pembinaan semula masjid Untuk membiayai aktiviti-aktiviti masjid, melengkapkan masjid-masjid dengan kemudahan dan peralatan yang sesuai.
5. Salah Satu sumber kewangan Tabung yang diluluskan ialah derma tetap daripada Kakitangan Awam Negeri dan Persekutuan melalui potongan gaji bulanan untuk disalurkan terus kepada "Tabung Masjid Johor".
6. Satu kod potongan gaji telah dipersetujukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
PERLAKSANAAN
7. Semua kakitangan Awam Negeri dan Persekutuan yang Beragama islam yang berkhidmat di Negeri Johor diminta membuat potongan gaji dengan minima RM 2.00 setiap bulan sebagai derma ikhlas untuk meninggikan syiar islam.
8. Manakala kakitangan yang ingin membuat potongan lebih daripada kadar tersebut hendaklah memaklumkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan. Bersama-sama ini dikembarkan borang persetujuan pencaruman untuk tindakan jabatan masing-masing.
TARIKH BERKUATKUASA
9. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh pekeliling ini diterbitkan
PEMAKAIAN
10. Pekeliling ini
dipanjangkan kepada semua perkhidmatan Negeri dan Perkhidmatan Persekutuan
, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan tersebut
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(DATO’
HAJI AYUB BIN MION)
SETIAUSAHA KERAJAAN
JOHOR
Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor
16 Ogos 2001
s.k. Semua Ketua Jabatan Perkhidmatan
Negeri
Semua
Ketua Jabatan Perkhidmatan Persekutuan
Semua
Pihak Berkuasa Berkanun
Semua
Pihak Berkuasa Tempatan