PEKELILING AM KERAJAAN
JOHOR
BILANGAN 8 TAHUN 2001
TINDAKAN PENGUATKUASAAN UNTUK
MEMBENTERAS CETAK ROMPAK
DAN LARANGAN
MENGELUARKAN LESEN PREMIS
PERNIAGAAN MENJUAL
CD, VCD, DAN CD- ROM DI
PREMIS BUKAN KEKAL
1. TUJUAN
Pekeliling ini dibentangkan bertujuan untuk memaklum pekara–pekara berikut:-
1.1. Menubuhkan Jawantankuasa Petugas Khas Hakcipta di Peringkat Daerah dan Negeri Johor.
1.2. Jabatan dan Agensi Kerajaan menyediakan plan tindakan penguatkuasaan untuk membenteras segala bentuk cetak rompak dan lucahmelibatkan karya filem, sastera dan muzik di negeri Johor1.3. Pihak berkuasa Tempatan tidak dibenarkan untuk mengeluarkan lesen premis perniagaan CD, VCD, DVD, CD- ROM di premis bukan kekal
2.
LATARBELAKANG
2.1. Isu cetak rompak di negara ini bukan saja menjadi masalah kepada sektor industri harta intelek, malah keberkesanan agensi-agensi Kerajaan yang dipertanggungjawapkan bagi membenterasnya turut dipersoalkan.2.2. Pihak berkuasa Tempatan telah mengeluarkan lesen premis perniagaan di premis-premis kekal dan bukan kekal seperti ruang-ruang terbuka, kakilima dan pasar malam. Sejak Akta Hakcipta 1987 dikuatkuasakan, gejala tersebut masih wujud dan dilihat berleluasa. Dengan kewujudan projek Multimedia Super Corridor (MSC) pembenterasannya secara lebih berkesan amatlah penting.
2.3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah mengeluarkan Pekeliling Am Negeri Johor Bil. 6/2001 mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap pengeluaran, pengedaran dan penggunaan VIDEO, CD, VCD, DVD lucah.
2.4. Kerajaan Johor telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Hakcipta Negeri Johor Pada tahun 1999 dan telah megadakan beberapa siri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa perdagangan dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Perumahan.
2.5. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di mesyuaratnya Pada 8.8.2001 telah bersetuju supaya Pasukan Petugas Khas Hakcipta di tubuhkan di peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai-Pegawai Daerah dan ahli-ahlinya seperti berikut:-2.5.1. Yang DiPertuan MajlisDaerah
2.5.2. Ketua Polis Daerah
2.5.3. Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
2.5.4. Pegawai Kastam,Daerah
2.5.5. Pegawai FINAS, Daerah
2.5.6. Pegawai Imigresen, Daerah
3.1. Pasukan Petugas Khas Hakcipta Negeri Johor dan daerah hendaklah merangka dan usaha-usaha menghapuskan segala bentuk cetak rompak dan bahan lucah melibatkan karya filem, sastera perisian komputer dan muzik di Negeri Johor Khasnya di daerah dengan sasaran sifar dalam tempoh 3 bulan.3.2. Pihak Berkuasa tempatan tidak dibenar mengeluarkan lesen-lesen premis perniagaan kepada
Peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di pasar-pasar malam, kios-kios sementara sementara dan di kakilima kedai serta diruang perniagaan sementara di kompleks-kompleks perniagaan kecuali dipremis kekal seperti kedai, ruang niaga kompleks perniagaan dan Hypermarket mulai 1 September 2001.3.3. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dimesyuaratnya pada 22 Ogos, 2001 juga bersetuju supaya pihak FINAS membatalkan semua lesen-lesen pengedaran filem/video yang telah dikeluarkan kepada peniaga-peniaga di premis terbuka berkuatkuasa mulai 1 September 2001.
3.4. Mengesyorkan supaya mereka yang terlibat dengan aktiviti cetak rompak dan lucah diambil tindakan dibawah ‘ Akta Kediaman Terhad ‘ yang mana boleh dipenjara dan di buang daerah.
3.5. Mengenalpasti lokasi pembuatan/pengedaran dan penjualan produk cetak rompak.
3.6. Mulai 15 Julai 2001, semua Ketua Polis Negeri, Daerah dan Ketua Balai diberi arahan untuk membenteras cetak rompak dan lucah CD, VCD, DVD, dan CD-ROM.
3.7. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri , Hal Ehwal Pengguna dan Perumahaan Negeri Johor akan megadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan dan pemimpin-pemimpin masyarakat mengenai kesan buruk akibat gejala cetak rompak dan lucah supaya usaha ini mendapat kerjasama seluruh anggota masyarakat untuk turut sama menbenteras kegiatan tersebut.
4.
KUATKUASA
4.1. Pekeliling Am ini berkuatkuasa mulai 1 September 2001. Pegawai -Pegawai daerah dengan ini hendaklah memastikan bahawa tindakan pengeuatkuasa yang berterusan dilaksanakan sepenuhnya
" BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA "
(DATO HAJI AYUB BIN MION)
SETIAUSAHA KERAJAAN,
JOHOR.
20 Ogos 2001