PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR
BILANGAN 7 TAHUN 2001

BENDERA-BENDERA PARTI POLITIK

1.    TUJUAN

Pekeliling Am ini bertujuan supaya tindakan diambil terhadap Bendera-bendera Parti Politik yang dikibarkan di tempat-tempat awam.
2.    LATARBELAKANG
2.1.    Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Bendera-bendera Parti Politik yang dikibarkan di tempat-tempat awam kecuali di pejabat parti atau rumah individu.
2.2.    Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 18 Julai 2001 telah bersetuju supaya Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis Daerah dan Jabatan yang berkaitan hendaklah mengambil tindakan terhadap bendera-bendera parti politik yang dikibarkan di tempat-tempat awam.
3.    KUATKUASA
Pekeliling Am ini berkuatkuasa serta merta. Datuk Bandar, Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah hendaklah memastikan bahawa perlaksanaan tindakan pekeliling ini dipatuhi sepenuhnya.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

(DATO HAJI AYUB BIN MION)
SETIAUSAHA KERAJAAN,
JOHOR.

25 Julai 2001

[Back]